Jom Follow!!!

Monday, May 30, 2011

Bukan Kami Pinta...


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

kalau cuti sekolah budak-budak lain semua gembira... 

"yes esok cuti sekolah..lepas subuh boleh tidur..boleh bangun lambat..yuhhuuuu..."

tapi tidak bagi

Nur Farhana binti Mohd Zaidi..

seorang anak gadis yang baru berusia 13 tahun.. 

debaran yang menanti kami semua...


nana : akak..nana dah ada kat kl... kat Sime Darby Medical Centre Subang Jaya ni...


fifa : akak tahu tadi ibu ada call wan (my mum)


nana : diam membisu...


fifa : nana....are u ok ?


nana : nana takut.........


fifa : nana...kuat ok...kalau nana macam ni ibu lagi sedih....nana kena kuat...


nana : kenapa Allah nak bagi penyakit ni kat nana ? nana ni menyusahkan semua orang la...susahkan ibu..buat semua orang risau....Dr cakap nana tak boleh makan ikan..semua jenis ikan..nana kena pantang..sampai lah nana tahu keputusan hari khamis ni..


fifa : nana....tak baik tau cakap macam tu..nana tahu tak kalau Allah uji kita tu maknanya Allah sayang kita...nana tak suka ke Allah sayang nana..nana sakit tapi dosa-dosa kecil nana semua gugur..Dr tu sayang nana..sebab tu dia suruh nana pantang...sekejap je kan pantang tu..


nana : tapi nana sayangkan ibu...


fifa : kalau nana sayang..nana kena kuat..nana kena lawan sakit tu..semua penyakit ada ubat..nana tahu kan...dah tak nak sedih-sedih lagi..esok akak,wan dengan atok datang ok..tak nak sedih-sedih dah ok..insyaallah semua keputusan akan ok...apa-apa pun keputusan dari Dr kita kena terima...semua orang sayang nana..tak nak sedih-sedih...

Nur Farhana binti Mohd Zaidi..


sepupu saya punya anak..


hubungan saya dengan nana anak buah la kan ?


seawal usia 13 tahun bakal menghadapi kanser tiroid..


Ya Allah apa-apa pun keputusan dari Dr sama ada baik atau tidak..kuatkan hati kami semua..kuatkan la hati Nur Farhana binti Mohd Zaidi untuk menerimanya...wahai Allah sembuhkanlah dan Engkau yang maha menyembuhkan..tiada kesembuhan kecuali kesembuhan dari Mu..kesembuhan yang tidak menyebabkan akibat buruk dan kepedihan lainnya..wahai Yang Maha Mencukupi..wahai Yang Maha Menaungi..wahai Yang Maha Terpuji dan Maha berhak atas pujian..amin..
Sakit bila di uji datang bagai kilat...namun ku harap nana tabah tempuh segalanya biar pun ku tahu penawarnya datang lambat bagai ulat...
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tidak Pernah Ku Harapkan...

 
 Seketul daging....
 
Terisi di dalamnya dengan seribu perasaan yang kadang-kadang sukar untuk diertikan....
 
Hati....

Segalanya bermula di situ....

Hati yang penuh dengan keinginan kasih dan sayang..

hati yang sentiasa cintakan kedamaian...

Betapa sukar untuk menjaga sekeping hati...
 
" anak orang kl...macam tu la ada kereta..."
 
"anak orang kl...macam tu la cakap semuanya mudah..."

"anak orang kl...macam tu la makanan order je..."

"anak orang kl...macam tu la..cakap apa je semuanya dapat.."
 
Jangan pernah berprasangka seperti ini kerana hati manusia sangat rapuh....

Sangat-sangat rapuh....

dalam hati berbisik beruntung ke jadi anak orang kl ?
 
keluar rumah maksiat sana sini...

kurang kasih sayang...

mak ayah sibuk dengan kerja...

pergi pagi balik petang....

hujung minggu belum tentu dapat rasa masakan yang best-best...

Ya Allah maafkan hambamu ini....

bukan aku tidak bersyukur atas apa pemberianmu ini...

Andai diri ini...

Tidak mampu mendapat pandangan-Mu walau sesaat..

Tidak layak untuk mendapat kasih sayang dan cinta-Mu..

Maka aku mohon kepada-Mu ya Allah..

Andai tiada syurga buatku sekalipun..

Izinkan aku menjadi butiran debu yg melekat di kaki kekasih-Mu Muhammad kelak..

Menemani Rasullulah ke mana pun kakinya berjalan di syurga-Mu..

Itu sudah cukup membahagiakan ku Ya Rabbi...

Sudah cukup membahagiakan ku..
 
Sungguh tidak pernah ku harapkan apa-apa selain dari-Mu..

Selain dari pandangan-Mu, pandanglah aku walau sesaat..

Dengarlah rintihan hatiku ini ya Allah..

Kerna itu sudah cukup membahagiakan ku Ya Rabbi....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

M.A.A.F














 
biasa kita dengar orang berkata :

"aku takkan maafkan dia sampai bila-bila. hidup mati balik pun aku tak maafkan"

pada masa yang sama orang itu berdoa :

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku"
 
tak mahu maafkan orang tetapi pada masa yang sama mohon pada Allah supaya ampunkan dosanya... 
 
itu tandanya keras hati dan pentingkan diri serta tidak malu kepada Allah....

"Carilah 70 alasan untuk memaafkan sikap saudaramu...Jika hatimu masih tetap enggan menerimanya juga... Maka kekerasan hatimu itu yang lebih patut dipersalahkan"
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, May 28, 2011

Bukan Hipokrit....

 
" Eleh...kau buat blog cakap pasal agama pun bukannya ikhlas pun. Hipokrit ! "
 
" Tulis status kat FB berceramah bagai...ingat masjid ke nak bagi tazkirah "

" Ala..sebab dia kawan dengan si tettt  yang tudung labuh tu... tu yang dia konon buat baik tu "
 
"Bajet baik la konon nak nasihat aku ! Munafik la weyh!"

"Eh, sejak bila jadi mak lebai ni ? Dah pandai cakap halal haram ni ? Munafik betul !"

Sakit telinga mendengar.....
Sakit lagi dalam hati....
  Hampir mahu tersungkur...
Hasrat mahu berubah, hampir terkubur hanya kerana 'suara keldai' ini....
Inilah cabaran orang yang mahu berubah....
Pasti dia akan terdengar cakap-cakap buruk dari manusia sebangsa dan seagama dengan mereka ini....
 
Adakah orang yang mahu berubah itu orang hipokrit ?

Tidak ! Sama sekali bukan munafik orang yang mahu berubah...
Sebaliknya tindakan untuk berubah itu tindakan orang bijak dan berani.... 
 Manusia yang sedang berusaha untuk berubah....
Anda seorang wira ! 
Anda seorang pejuang ! 
Dan anda seorang yang cantik di mata Allah...

 Janganlah berhenti....
Dalam banyak tempat dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa manusia akan diuji...
Diuji, dan terus diuji hingga diyakini...
siapa yang dalam kalangan kita yang benar-benar 'bulat' hatinya untuk mencari wajah-Nya...

Ujian ini Allah timpakan kepada kita seperti tangga....
Selepas kita memanjat satu tangga, kita akan memanjat satu lagi....
Kemudian, satu lagi, dan satu lagi....
Hinggalah kita mencapai puncak iaitu wajah redha-Nya....
Antara ujian yang paling berat ialah penerimaaan masyarakat, ahli keluarga dan kawan-kawan kita...
 
Bagi yang lemah, pasti mereka akan berhenti memanjat hanya kerana label munafik..
atau hipokrit yang diberikan orang terutamanya dari sahabat...
Tuduhan yang tersangat salah ! 
 
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis" - Hadis riwayat At-Tabrani.

Tertarik dengan perkataan 'buat-buatlah menagis'...
Bukankah pada zahirnya, 'buat-buat' tu bererti berlakon? 
Adakah kita mahu menipu Allah ?

Tidak.... Sama sekali tidak...
Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu dan Paling Faham akan manusia...
Dia tahu, bahawa untuk manusia menjadi hamba yang baik, dia tidak akan dapat terus jadi baik...
Dia harus melalui proses yang panjang...
Sedikit demi sedikit, perubahan akan berlaku....

 Allah tahu segalanya...
Dia tahu bahawa kita ada limit atau batasan...
Kita tidak akan mampu terus berubah dengan mendadak...
Kita hanya akan mampu berubah, sedikit demi sedikit...
Kerana itu, Allah tak memberatkan kita dengan 'mesti menangis', sebaliknya Allah sediakan kita
keringanan, jika kita tak mampu, buat-buatlah menangis...

 Dengan erti kata lain, jika kita tidak mampu jadi manusia yang terbaik...
maka kita latihlah diri menjadi manusia yang baik ! 
Lama-kelamaan, pasti kita akan dapat jadi yang terbaik....

Untuk mencapai kesempurnaan iman jangan takut mencuba menerima cacian... 

Jangan peduli cakap orang...
Bukankah kita mahu berubah kerana Allah ? 
Allah pasti akan suka, jika kita mahu berubah....
Cuma syaitan saja yang tak suka...
Jadi, rasanya tidak melampau jika saya kata manusia yang menghalang orang buat baik..
dia tu macam syaitan.. 
Ada bantahan ?

Selepas ini, jika ada lagi orang kata 'kau munafik', maka balaslah, "So what ?

Semoga Allah mendengar doa ku..Ya Allah kuatkalah diriku ini...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, May 27, 2011

Kain Batik VS Kain Kapan..

 
Batik : “Hey….kain mayat. ..Selamat tinggal ek !
kejap lagi kamu akan masuk ke kubur... hªªhªªhªªhªªhªªhªª...”

Kapan : “Ya….syukran sahabatku...”
 
Batik : “Kasihan sangat ya nasibmu... 
Kain murahan...di pakai buat bangkai manusia...
Aku ni kain mahal..ada coraknya..boleh dibanggakan.. 
di pakai bersama kebaya..bersama wanita-wanita cantik..
lagi-lagi jadi rebutan MALAYSIA dan INDONESIA...hªªhªªhªª hªªhªªhªª.....” 

Kapan : “Aku bangga je biarpun cuma jadi kain kapan…”
 
 Batik : “Apanya yang boleh di banggakan ?
  kejap lagi kamu naik keranda menuju kubur yang gelap...
Sedangkan aku akan naik kereta mewah dan menuju ke rumah-rumah...”

Kapan : “Tak apa aku naik keranda pun...
Aku bahagia sebab dalam perjalananku orang-orang akan melafazkan tasbih,tahmid,tahlil,takbir dan juga doa...yang akan membuat jenazah yang memakaiku nyaman dalam keranda....
Aku juga akan bertemu malaikat penjaga kubur...
Aku siap menjadi saksi ketika manusia soleh yang mengenakanku ditanya oleh malaikat..”

Batik : “hªªhªªhªªhªªhªªhªª...kamu akan masuk kedalam tanah membungkusi bangkai manusia lepas tu akan dikerumuni cacing-cacing….”
 
 Kapan : “Tak apa lah... aku merasa lebih beruntung dari kau walaupun jadi kain kapan...
Aku tidak akan merasakan sakitnya dijahit, tidak akan pernah merasakan betapa tersiksanya di dalam mesin basuh diputar-putarkan sehingga kering... Tidak sampai di situ penderitaanmu... Kamu akan dipanggang di bawah terik matahari...setelah kering kamu akan digosokan dengan setrika…”
 
Batik : “Pepatah melayu mengatakan bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian...
Setelah penderitaan yang kamu sebutkan tadi aku akan jadi kain yang boleh buat orang kagum...
Sedang kamu akan ditelan BUMI bersama bangkai manusia...
Selain itu aku tidak akan pernah masuk kubur....
belum pernah pulak aku dengar kapankan orang mati pakain kain BATIK……”

Kapan : “Kamu lupa sahabatku ?
Bahwa manusia cepat bosan...
Entah 2 bulan,6 bulan atau 1 tahun...
Kamu akan dicampakkan oleh manusia...
Selepas warnamu pudar atau jahitanmu koyak...
Kamu hanya akan menjadi sampah yang berada di antara tompokan sampah yang baunya busuk dan dibakar Atau ada juga manusia menggunakanmu untuk membersihkan kotoran...
kalau kamu sudah tidak boleh digunakan lagi..”

Batik : “Arrrrrrrrrgggghhhhhhhhhh……diam jangan cakap lagi ! ”
 
 Janganlah sombong dengan kecantikan fizikal..
Kita tidak berhak merendahkan orang lain....
  ALLAH tidak melihat manusia berdasar fizikal dan kekayaan..
Tapi yang ALLAH pandang amal kebaikan dan manfaat kita untuk orang lain...
Dan jadilah manusia yang berguna untuk orang lain dalam hal kebaikan...

“Kesombongan adalah selendang-Ku dan keagungan adalah sarung-Ku. Oleh karena itu, barang siapa mengambilnya dari-Ku berperilaku dengan salah satu dari keduanya, maka Aku akan mencampakkannya ke neraka. (HR. Abu Dawwud dari Abu Hurairah ra).


Kalau kurang pada rupa jangan kurang pada budi...Kalau lebih pada rupa jangan kita lupa diri......
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, May 26, 2011

Kini Aku Mengerti...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, May 25, 2011

Namaku Remaja..

 
bahawa di dalam jasad ada seketul daging, jika ia baik maka baiklah seluruhnya dan jika ia rosak maka rosaklah seluruhnya jasadnya.ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati.
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

mari kita lihat diri kita..

di mana kita dapatkan pengaruh kita selama ini ?

dari mana kita ambik pengaruh untuk kita pegang selama ini ?

dari tv..dari movie..dari internet..dari orang-orang barat..dari kawan-kawan sekolah kita..

lihat cara kita cakap..

adakah seperti Nabi Muhammad berbicara..

cara kita cakap dengan ibu bapa kita..

adakah seperti yang di ajarkan Nabi Muhammad...

kita di hantar di sekolah-sekolah yang bagus..

kita di hantar sampai ke luar negara..

kita diberikan pendikan-pendikan nombor satu di dalam negara..

tapi kita lupa pegangan kita di dalam jiwa..

pegangan kita sebagai remaja islam..

mari kita lihat di dalam diri kita sendiri..

pegangan apa yang kita pegang selama ini dalam kehidupan kita ?

yang buat kita tetap teguh dalam kehidupan kita..

selama ini kita sebuk dan cantikan diri kita..

tapi kita tak kenal siapa pencipta langit dan bumi...

tapi kita lupa siapa yang menciptakan kita.. 
 
kita lupa siapa yang pejamkan mata kita pada waktu malam..
 
kita lupa siapa yang bukakan mata kita pada waktu siang..
 
kita lupa siapa yang hidupkan jantung kita..
 
kita lupa siapa yang mengalirkan darah dalam tubuh kita..

siapa yang kita idolakan ?

kenal ke kita dengan Nabi Muhammad ?

mari kita lihat dalam diri kita..

ke mana kita bawa hidup kita selama ini..

ke mana kita bawa tubuh badan kita..
 
ketampanan..kecantikan yang di kurniakan oleh Allah..

kita ibarat sebuah kapal yang sempurna..

tapi kita biarkan diri kita di bawa hanyut arus kehidupan..

ke mana kita bawa tangan dan kaki kita..

apa yang kita lihat dengan kedua mata kita..

apa yang keluar dari lidah kita ketika kita berbicara..

mari kita renungkan wahai remaja seperti saya..

erti kehidupan kita..

pegangan kita yang sepatutnya kita gunakan..

siapa diri kita yang sebenarnya sebagai remaja..

mungkin akan jadi seperti ini..
 
atau ini..


perbezaan remaja islam dan bukan islam...

perlu kita pikirkan...

tepuk dada tanya iman..

sekadar muhasabah untuk remaja seperti saya, awak dan meraka......
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Char Kuey Teow ...

Z610i berbunyi..

hu..ada mesej..

zetro kak fifi..

fa bagi tahu mak ok..esok PO nak belanja char kuey teow..
 
char kuey teow ?
 
hmm...lama dah tak makan..
 
kalau kat shah alam sanggup pergi stadium cari..ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ..
 
cucu orang utara mana boleh tak suka char kuey teow ni..

char kuey teow yang PO belanja ni lain daripada yang lain..

tak percaya ? tengok ni..


ada telur mata tu..

udang 5 ekor satu pinggan..besar-besar..

ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ..sedap tau...

PO tu sapa ?

dulu saya pernah kerja dekat Kementrian Pertahanan..

senang cerita mindef la...
 
selama 6 bulan..lepas habis sijil sementara nak tunggu sambung diploma..

Jawatan ?

Jurukatalog Sel Laut N17..

sementara je..senang cerita kerani sementara..

bila-bila masa boleh berhenti..

PO ibarat ketua la..

memang duduk bertekak je la saya dengan PO ni..

ada je benda tak kena..

sorang pelat sarawak..sorang cakap kl..


ni la PO saya..yang pandang camera tu..

yang tak pandang camera tu..sarjan man..

sahabat baik..

pergi mana-mana sama-sama..

lagi sorang leading shahrin..
 
 

hmm..tak dapat datang..ada sebab tertentu..

leading ni..ada je ceritanya..
 
berita sensasi dia la nombor satu dapat tahu dulu..
 
kalah PO sebagai ketua..

peminat setia allycats..

tiap-tiap hari pasang lagu allycats..

siap nyanyi plak tu..

siap suruh saya ambik lagu allycats masuk dalam pc...

ad0ooii.. macam saya plak peminat allycats..
 
kalau bab nak mengajar dia..

sekali memang paham tapi tak ingat..

kena 10 kali ajar baru ingat..

cara-cara nak guna microsoft office..

tulis juga nota..nak bagi ingat..

ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ..lawak la leading ni..

tak pe..belajar kan leading..

yang tak tahu kena bertanya..kalau tak sesat jalan betul tak..

jadi la 3 abdul..

PO Zaidi, leading Shahrin & srjan man..

kak fifi plak siapa ?


yang pakai baju ada butang tu..

pink hitam tu..
 
tu la kak fifi..

saya dengan dia memang rapat..

orang cakap macam kembar tapi tak serupa..

masa mula-mula masuk keje..

kak fifi la orang pertama yang saya kenal..

kitaorang masuk sama-sama..

hari dan waktu yang sama..

alih-alih bila dah kenal..

rupanya duduk satu taman..

tapi lain-lain lorong..
 
ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ..dunia ni kecik je..

kat mindef juga kita jumpa..
 
padahal duduk satu taman tapi tak kenal pun..

nama gelaran kami pun hampir sama..

Fifi dan Fifa..

memang rapat..

nak ke toilet pun kena berdua tau..

tak percaya ?


dah macam adik dengan kakak kan.. =)

kak Nurul..

penganti saya bila saya dah letak jawatan..

walaupun tak sempat nak kenal dalam spb..

tapi kitaorang tetap mesra diluar..


yang baju unggu tu la kak nurul..comey kan..

apa-apa pun terima kasih kepada anggota navy..

walaupun cik fifa ni dah berhenti..

apa-apa majlis makan-makan pun tetap dijemput dan dibelanja..

kredit kepada PO Zaidi belanja bekas anak buah makan char kuey teow..

bukan je sepinggan tapi ada dua bungkus bawa balik..

ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ..mak ayah cakap syukran belanja diaorang sekali walaupun bungkus..

SAHABAT tidak kira umur,status, bangsa dan agama.. 
 
yang penting kita tahu hormat mereka..
 
yang muda kita kasihi..sayangi..
 
yang tua kita hormati..

SAHABAT terbaik ialah sahabat yang baik dengan Allah..
 
 
terima kasih kerana bagi saya pengalaman..
 
pengalaman yang dapat mendidik saya supaya jadi lebih matang..

bak kata kapten hafizan..

" awak ni bertuah tau..orang lain kerja pertama dekat kfc..pizza..tapi awak tak pengalaman kerja pertama dekat Kementrian Pertahanan..jadi ambik pengalaman kerja ini secukupnya.."

terima kasih..sebab bagi saya peluang dan pengalaman yang cukup berharga ni.. =)
 
Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh... ~ Saidina Umar Al-Khattab

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, May 23, 2011

Wanita dan Epal..


Wanita ibarat Epal...

Epal yang tidak berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah...

Tapi epal yang tak mampu di beli berada di puncak...

Susah di petik..susah di gapai...

Terkadang epal itu risau...

kenapala diriku belum di petik ?

Lantas ia merendahkan martabatnya..

dan mengugurkan diri menyembah tanah...

Sedangkan ia sebenarnya Allah jadikan begitu tinggi martabatnya...

sehingga tidak ada sesiapa berani memetiknya...

Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu...

Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat ?

Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi.. :)

Peringatan untuk saya, awak dan mereka... 

 biar lelaki menganggap kamu sombong...

jangan sampai mereka memandangmu sebagai "gedik"..

tegasnya wanita adalah benteng untuk diri sendiri..

daripada dirobohkan dan juga dibinasakan...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, May 22, 2011

Temuduga Tertutup..


TEMUDUGA TERTUTUP :- 
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR
TANPA SEBARANG PENGECUALIAN !

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal
B. Ahli Neraka Dari Awal
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga

 TARAF JAWATAN (Untuk Semua Jawatan A, B dan C)TETAP
 
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (Khas Untuk Jawatan A Sahaja) :

1. Nikmat Kubur
2. Perlindungan Di Padang Mahsyar
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat
4. Syurga Yang Kekal Abadi

TARIKH TEMUDUGA : 

Bila-bila masa bermula dari saat kita bernyawa

LOKASI TEMUDUGA :  

Di Dalam Kubur (Alam Barzakh)

KELAYAKAN : 

Anda tidak perlu bawa siji-sijil..
termasuklah sijil-sijil saham di Bursa Saham dan saham internet...
Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes atau Kad Kredit...
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul...
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi...
Sila bawa dokumen asal sahaja iaitu : 
Iman dan Amal serta Sedekah Jariah sebagai sokongan...

  PANEL/PENEMUDUGA :

  Mungkar dan Nakir

ENAM SOALAN BOCOR :

1. Siapa Tuhan anda ?
2. Apa Agama anda ?
3. Siapa Nabi anda ?
4. Apa Kitab anda ?
5. Di mana Kiblat anda ?
6. Siapa Saudara anda ?

CARA MEMOHON : 

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda...
Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi)...
Ia akanberlembut kepada orang-orang tertentu..
dan akan bengis kepada orang-orang tertentu...
Ia diberi nama Izrail...

P/S : Bersamalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk 16 Allahyarham2 mangsa korban tanah runtuh rumah anak yatim di Sungai Gahal, Ulu Langat, Kajang. Semoga Allah SWT menempatkan mereka dikalangan orang yang diredhai olehNya. Al-Fatihah..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .