"Awak nampak
cawan ini? Apa yang awak nampak dari cawan ini?"
"Cawan tu boleh
guna untuk minum la, fa."
"Cawan tu boleh
hilangkan dahaga kita."
Cawan itu hanyalah
perumpamaan kepada sebuah kehidupan.
Ada orang mungkin
memandang cawan hanya untuk menghilangkan dahaganya. Tetapi, ada orang
memandang lebih besar daripada itu. Cawan yang kecil boleh diguna untuk
memberi minum kepada ramai orang yang lebih memerlukan.
Itulah perumpamaan
kepada sebuah kehidupan. Ada orang memandang kehidupan ini hanyalah untuk
memenuhi kehendak-kehendak dirinya. Hanya untuk memenuhi kehendak duniawi saja. Maka hidupnya tidak lain hanyalah sekadar
bermanfaat untuk dirinya. Bangun pagi, pergi kerja, main game dan
cuma itu saja. Orang lain tidak meneguk walau sedikit manfaat daripadanya.
Alangkah ruginya begitu.
Jadilah sebaik-baik
manusia sebagaimana sabda Rasul s.a.w. :
"Sebaik-baik
manusia, adalah yang bermanfaat kepada manusia lain."
Ketika orang lain
memandang hidup ini hanya untuk kepuasan dirinya, kita akan tetap memandang
hidup sebagai medan khidmat untuk manusia.
Biar dengan segala
manfaat yang ada pada kita,
Islam mampu tumpang
dan manusia lain dapat meneguk hikmah pula darinya.
--------------------------------------------
Alhamdulillah sudah masuk hampir sebulan saya bekerja di Jabatan Pengairan dan Saliran. Baru merangkak-rangkak untuk belajar apa yang tak diketahui. Menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai seorang juruteknik.
"Awak akan diberi amanah untuk memegang salah satu sungai yang berada di negeri Selangor. Sekirannya banjir berlaku, awaklah yang akan berhadapan dan bersoal jawab dengan rakyat.." - Jurutera Daerah
Sangat berat tanggungjawab yang diberi. Tapi insyaAllah saya akan cuba sedaya upaya untuk menggalasnya dengan sebaik mungkin.
Saya akan berusaha untuk menjadi manusia yang memberi bermanfaat kepada manusia lain.
Kerana merasakan diri
ini punya kekurangan yang begitu banyaklah, saya akan berusaha melakukan sesuatu yang baik. Supaya kalau ada manfaatnya yang dapat diambil oleh sesiapa
pun yang, saya berharap manfaat itu menjadi saham untuk saya di sisi
Allah.
Tak mampu nak
menjanjikan jadi yang terbaik. Tapi insyaAllah cuba untuk jadi yang terbaik.
Nak minta doa boleh?
Doakan ya! :')
Saya sentiasa
berharap pada doa orang-orang yang membaca apa yang saya tulis, berharap doa dari orang-orang yang saya sayang. Saya tahu, ada
yang lebih soleh dan solehah dari saya. Yang dirinya lebih dekat dengan Allah,
doanya makbul di depan Allah.
Hendak berharap pada
doa diri sendiri yang banyak dosa ini, sudah tentulah payah. Maka, pada doa
kalian yang soleh dan solehahlah saya menumpang manfaat.
Kadang, kita berdiri
di tempat kita berada hari ini bukanlah kerana doa kita, tetapi kerana doa-doa
orang soleh yang sentiasa mendoakan kita, walau kita tidak tahu siapakah dia.
"Aku cintakan
orang-orang soleh walau aku bukan dari kalangan mereka."