Salaamun ‘ala
manittaba’al huda.
Salam Nisfu Syaaban 1433H dari saya Nur Afifah Ghazali...
malam Nisfu Syaaban tanda madrasah Ramadhan makin hampir dengan kita..
Salam Nisfu Syaaban 1433H dari saya Nur Afifah Ghazali...
malam Nisfu Syaaban tanda madrasah Ramadhan makin hampir dengan kita..
bermaksud tinggal lagi kurang daripada 15 hari sebelum kita
semua ummat Islam menyambut kedatangan tetamu yang dinanti-nantikan..
wahai jiwa-jiwa yang do'if, hadiah daripada Allah semakin menghampiri..
maka setakat mana
persiapan kita untuk menjadikanya Ramadhan yang berganda jauh lebih baik
daripada yang sebelumnya?
sudahkan kita
mengulangkaji semula ilmu-ilmu yang berkaitan dengan fiqh ibadah puasa dan
kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang tersangat istimewa?
sejauh mana persiapan
kita dari segi fizikal dan rohani untuk memaksimumkan amalan pada bulan yang
berganda-ganda bayaran pahalanya, siang kita wajib berpuasa, kering tekak mengaji
bermuka-muka, malam pula hendak berdiri lama menikmati alunan Qur'an yang meruntun
jiwa...
apakah logik jika
kita berfikir semua ini boleh diperolehi dengan percuma tanpa sebarang usaha
persediaan?
kalau nak cemerlang
periksa pun kena study macam nak gila, atau nak dapat kerja kena berhempas pulas
bertemu duga sini sana.
agak-agak nak dapat
syurga kena buat macam mana?
Ya Allah andai ini Ramadhan yang terakhirku.. =(
ok berbalik kepada tajuk entry, hari ini saya ingin menulis satu entry khas mengenai kursus ISK/LLP/47/2012 yang akan menamatkan kursus mereka tidak lama lagi..
membilang hari untuk pulang ke kampung masing-masing..
(Kpl Saiful, saya nak mintak izin ambil satu gambar nak letak dalam blog. maaf dah ambil baru mintak izin..)
taniah kepada anda
semua seramai 26 pelatih kerana telah berjaya menghabiskan kursus katalogistik
selama 4 bulan dengan jayanya..
taniah yang akan berjaya
mendapat gelaran "best student"..
saya cuma dapat
mengenali kumpulan pertama OJT dengan lebih dekat dan kumpulan kedua selama
seminggu dan untuk kumpulan ketiga saya hanya sempat mengenali mereka diluar
sahaja..
-------------------------------------------------------
masa tidak boleh
diputar semula..
tetapi memori boleh
di simpan..
kita semua akan terus
membesar..
tetapi ukhuwah itu
kita boleh kekalkan.. =)
syukran kerana sudi
bersahabat dengan saya..
Allah sudah aturkan
semuanya..
sekiranya saya tidak
bekerja di MAFCA..
sekiranya anda tidak
dipanggil untuk kursus..
maka kita tidak akan
bertemu, tidak akan berta'aruf, tidak akan menjadi sahabat..
sahabat sejati itu
bukan perlu dihubungi hari-hari..
tetapi sahabat sejati
itu tetap di dalam ingatan, hati dan doa, tidak kira ke mana sahaja kita
pergi..
selamat bertugas
kembali..
selamat meneruskan
perjuangan..
selamat beramal..
selamat menjadi hamba
Allah yang soleh..
selamat meyambut bulan Ramadhan 1433H.. =)
mohon maaf andai diri ini tersilap bicara..
mohon maaf andai diri ini tersilap bicara..
jika jumpa saya
diluar, tegur-tegur la. jika saya tidak tegur anda dahulu, mungkin saya tidak
perasan kerana anda semua sudah tua, dan saya sudah dewasa..woha! =P
jika tidak jumpa saya sekalipun tapi terjumpa "si comel wkt" saya, maka boleh selitkan nota dicermin, tapi bukan nota saman tau....
p/s: saya nak bagi gambar ni dekat orang yang selalu pegang kamera, tapi saya tak tahu nak bagi macam mana. jadi saya letak dalam blog..
0 comments:
Post a Comment