mata menangis tapi
hati ini tetap yakin Allah akan beri apa yang terbaik untuk hambaNya...
ada masanya Allah
letak sesuatu tu terbaik untuk kite, walaupun kite rasa itu yang paling tak
baik.
jangan merungut menyalahkan Allah, redha is the best policy. kerna orang
beriman itu sentiasa bersangka baik terhadap Allah.. :)
monolog sendirian di dalam hati..
"cuba berikan satu
sahaja nama hamba Allah yang tidak pernah diuji? satu sahaja..."
dan tiada jawapan untuk soalan itu..
setiap hamba Allah
pasti diuji. mengapa? kerana Allah terlalu sayang kepadanya. Allah tersangatlah
rindu kepada hambanya itu. Allah mahukan si hamba pulang kepada Allah dalam
sujudnya. Allah mahukan si hamba menitiskan butiran manik jernih berupa air
mata kerana Allah ingin menghapuskan dosa-dosanya. Allah mahu sediakan sebuah "surprise"
yang besar buat si hamba di syurga kelak. kerana Allah adalah sebaik-baik kekasih,
maka Dia jua lah yang tahu apa yang terbaik buat kita semua.
tersenyumlah wahai diri, usah berduka lara..
redha dengan ujian
yang menimpamu, kerana ia akan membuatkanmu kaya di dunia, dan kelak kaya di
akhirat. jangan bersedih, kerana Allah itu Maha Pengampun dan rahmatnya Maha
Luas.
ujian itu membuatkan kamu terlalu istimewa. anggaplah ujian ini sebagai satu anugerah. Allah beri anugerah ini hanya untuk
kamu seorang sahaja. tidak boleh dikongsi-kongsi. tidakkah kamu terasa diri
istimewa? Allah memuliakan dirimu dengan anugerah berbentuk ujian. Allah yakin
kamu boleh menghadapinya. sedangkan yang menciptakanmu sendiri yakin dengan
keupayaanmu, mengapa tidakkah dirimu? ingatkah anda kepada SMS cinta
daripadaNya yang berbunyi:
Allah tidak menimpa
sesuatu ujian kepada hambanya melebihi kesanggupan hamba tersebut.
if Allah brings you
to it, He will help you go through it as long as you remember Him in every
single step.
~ rojak lah pulak
huhu =) ~
kalam Allah yang
indah dalam surah Al-Insyirah turut menyebut:
"Fainnama al
usri yusra"
sesungguhnya dalam
setiap kesusahan ada kemudahan
malahan, kekasih
Allah Nabi Muhammad SAW pun diuji dengan ujian yang jauh lebih besar daripada
yang menimpa diri kita. apalah sangat ujian yang kita terima ini? adakah ujian
kepada insan yang mulia itu tanda Allah tidak adil. atau adakah ia bermaksud
Allah tidak menyayangi baginda Rasulullah? tidak sama sekali. malah Allah
hadiahkan baginda dengan raudhatul jannah yang kekal abadi. Rasulullah
meninggalkan penawar buat diri kita yang menimpa musibah:
“ Sesungguhnya orang
mukmin akan menerima tekanan hidup
kerana tidak ada satu
bencana sama ada kerana terkena duri
atau yang lebih
besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah
akan meningkatkan
darjatnya satu darjat dan menghapuskan
satu kesalahan dengan
kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut”
[riwayat al-Hakim]
maka apakah perlu bersedih lagi wahai Nur Afifah Ghazali?
fuhhh..pergilah segala kesedihan, sudahlah jangan menangis lagi wahai diri.....
fuhhh..pergilah segala kesedihan, sudahlah jangan menangis lagi wahai diri.....
0 comments:
Post a Comment