Jom Follow!!!

Saturday, April 21, 2012

Realiti Umat Islam Hari Ini... ( -_-!)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, April 10, 2012

Tandas Lebih Wangi Dari Surau, Dimanakah silapnya?

Salaamun 'ala manittaba'al huda.....

dah lama rasanya tak update blog...

sibuk meningkatkan prestasi kerja untuk naik ke N27..

mohon doa para sahabat sekalian, agar permohonan saya dari N17 naik ke N27 diterima...

insyaallah..amin..kalau ada rezeki tak ke mana =)

tadi saya ada terbaca artikel dekat i luv islam mengenai surau di kompleks membeli belah..

ini pengalaman saya bersama sahabat ketika menjadi mahasiswi di salah sebuah ipta di Shah Alam...

pekan Shah Alam tempat dimana menjadi tumpuan bagi pelajar ipta untuk membeli belah selain giant seksyen 13, Shah Alam...

saya bersama sahabat akan turun ke pekan apabila ada keperluan yang mahu di beli sahaja...

selalunya saya akan berhentikan kenderaan saya di masjid shah alam apabila masuk waktu solat, bagi saya mudah solat dimasjid dan keselesaan itu ada terutamanya bagi kami kaum wanita yang memerlukan penggunaan telekung wakaf ...

 pada hari terakhir exam saya diajak bersama sahabat serumah untuk turun ke Plaza Alam Sentral atau dikenali sebagai PAS untuk meraikan hari-hari terakhir kami menjadi mahasiswi...kami hanya menaiki satu kenderaan sahaja...kebetulan ketika itu saya tidak membawa kenderaan...

selepas majlis makan-makan, sahabat saya Ainul Elmy bersuara..

"fa dah masuk asar ni, jom solat..."

"jom la..nanti terlepas waktu pulak...."

memadangkan hanya saya dan dia saja yang bersolat ketika itu, kami pun mencari-cari surau di Plaza Alam Sentral...

hampir 10 minit kami berpusing-pusing mencari arah surau tapi tidak jumpa...

saya mula ringgan mulut untuk bertanya dengan salah seorang pekerja sekuriti di manakah surau Plaza Alam Sentral untuk kami menunaikan solat...

"tinggkat paling atas sekali dik...." jawab pekerja sekuriti...

setibanya kami di tinggkat atas....

"Allahuakabar...sunyinya fa...betul ke surau kat atas ni ? gelap pulak tu..tak ada arah ke surau pun...takut la kita..jom la turun, kita solat dekat SACC Mall lah nak tak..."

jarak antara PAS dan SACC Mall hanya mengambil masa 10 minit berjalan kaki...

setibanya di SACC Mall..

arah ke surau basement tempat letak kereta...

"betul ke surau ni, ni tempat letak kereta ni...ke kita salah baca tadi? "

"tu la fa surau dia..."

"la tersorok rupanya..."

gambar sekadar hiasan

beberapa persoalan timbul dalam pemikiran saya :
1. berapa banyak kompleks membeli belah yang menyediakan ruang surau di tempat-tempat yang terceruk hinggakan sukar ditemui ? 

2. berapa banyak pula yang menyediakan fasiliti ruang ibadah ini di tempat-tempat seperti tempat letak kereta bawah tanah (basement) yang jauh dari ruang membeli belah ?

3.  berapa banyak kompleks membeli belah yang tidak langsung mengambil endah akan keselesaan ruang ibadah ini dengan tidak menyediakan sistem pengudaraan yang baik, karpet yang hapak dan tidak disenggara, ruang wuduk yang berlendir dan kotor dan tersumbat ? 

4.  tidak pentingkah ruang fasiliti solat ini dan tidakkah hak pengunjung untuk menunaikan ibadah sambil berkunjung diambil berat oleh pihak pengurusan fasiliti dan juga pemilik kompleks berkenaan ?

saya yakin isu surau di kompleks membeli belah bukan satu isu yang baru diketengahkan. Dilihat dari aspek keuntungan, sememangnya ruang merupakan komoditi penting bagi harta tanah komersil. Setiap inci adalah berharga dan pemilik sudah pasti mahu menuai keuntungan dari sewa setiap ruang yang dibina. Namun begitu jika ada beberapa kompleks yang boleh mengorbankan ruang yang begitu besar untuk tujuan memberikan fasiliti untuk dinikmati pelanggan atas dasar tanggungjawab sosial korporat seperti landskap dalaman dengan kolam ikan dan ruang hijau lengkap dengan air terjun dan sebagainya, kenapa pula keperluan surau dipandang enteng ?

saya kira hal ini bukan perkara kecil. Ini tanggungjawab kesemua pihak  dari pihak yang meluluskan kebenaran pembangunan dan pembinaan, pihak pemilik yang membangunkan, pihak pengurusan harta dan fasiliti yang menguruskan juga pihak pengunjung yang menggunakan fasiliti surau sebagai tempat beribadah.

 barangkali pihak Persatuan Pengguna Pengguna Islam Malaysia (PPIM) boleh mengambil inisiatif menyediakan platform kepada masyarakat muslim khasnya untuk membawa isu ini kepada pihak yang berwajib. Saya yakin perkara ini bukan keluhan individu, bahkan rintihan ramai pengunjung di mana-mana kompleks membeli belahpun. Sebagai rakyat Malaysia di mana agama Islam diangkat sebagai agama rasmi negara, permintaan untuk menyediakan fasiliti surau ini bukanlah satu permintaan yang keterlaluan.

adakah fasiliti surau yang disediakan  di kompleks membeli belah merupakan satu tempat ibadah atau penyediaannya hanya satu kehendak ?

kadang kala tandas lebih wangi dari surau dimanakah silapnya ? 

suka saya menyeru kepada masyarakat untuk bergandingan dengan pihak pengurusan kompleks agar tidak hanya meletakkan tanggungjawab ini pada pihak pengurusan fasiliti kompleks semata-mata. Namun begitu pihak pengurusan kompleks perlulah mengambil inisiatif untuk mempelawa masyarakat untuk menyumbang sama ada tenaga, wang ringgit dan inisiatif  dalam projek seumpama ini.

bukan kerana apa, ini ruang ibadah dan jika kita tidak kedekut dengan Allah SWT, saya yakin Allah akan lebih sayang dan pemurah dengan organisasi kita..

tanggungjawab ini tanggungjawab kita bersama. Kalau bukan kita yang endah, siapalah lagi kan ?







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .