Salaamun ‘ala
manittaba’al huda...
usia subuhmenjelma ini dah hampir masuk 2 tahun..
saya dengan rendah hati ingin memohon maaf andai ada salah silap sepanjang diri ini bertinta...
bila saya menulis
sesuatu yang baik, itu bukanlah bermakna saya ini lebih baik dari orang yang
membaca apa yang saya tulis. bukan juga nak "bajet bagus".
tidak sekali-kali.
kerana merasakan diri
ini punya kekurangan yang begitu banyaklah, saya berusaha melakukan dan menulis
sesuatu yang baik. supaya kalau ada manfaatnya yang dapat diambil oleh sesiapa pun
yang membacanya, saya berharap manfaat itu menjadi saham untuk saya di sisi
Allah.
sebab itu, saya
sentiasa berharap pada doa orang-orang yang membaca apa yang saya tulis. saya
tahu, ada yang lebih soleh dan solehah dari saya. yang dirinya lebih dekat
dengan Allah, doanya makbul di depan Allah.
hendak berharap pada
doa diri sendiri yang banyak dosa ini, sudah tentulah payah. maka, pada doa
kalian yang soleh dan solehahlah saya menumpang manfaat.
kadang, kita berdiri
di tempat kita berada hari ini bukanlah kerana doa kita, tetapi kerana doa-doa
orang soleh yang sentiasa mendoakan kita, walau kita tidak tahu siapakah dia.
"aku cintakan
orang-orang soleh walau aku bukan dari kalangan mereka."