Jom Follow!!!

Monday, June 6, 2011

Salam atau a’kum, solat atau sembahyang ?


Jangan guna lafaz a’kum, perkataan 'akum' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi kepada orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG'. Dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Jangan terperangkap dalam konspirasi yahudi untuk hina agama kita..


"saya guna SALAM bukan akum...."

“Salam pun tak boleh..salam bermaksud: selamat tinggal, kena type penuh, bla bla bla..”

Salam atau As Salam pun tak boleh ? sape punya email forward yang semua orang dah percaya ni ?

 dalam dunia penulisan...
orang tulis short word bukan maksud nak hina agama...
mereka malas nak tulis panjang sebab nak cepat dan jimat ruang atau memang pemalas..

AKUM yang sama makna 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT',

Habis tu kamu tak tahu ke maksud “email forward” dalam bahasa Yunani hulu Kuala Berang, : maksudnya, orang yang percaya pada semua email forward adalah bodoh dan senang di perbodohkan !

dalam islam tulisan ringkasan seperti SAW untuk Selawat atas Nabi...
RA untuk RadhiAllahuanhu dan lain-lain

dunia penulisan dengan dunia nyata adalah berbeza...
nak komen tulisan orang kena faham adab menulis dulu...

cuba baca berita...
jika orang tu pangkat datuk...
berapa kali wartawan akan ulang nama datok setiap baris ? 
Tak de maknanya, cukup barisan pertama..
 buat rugi ruang surat khabar je jika nak tulis nama penuh dalam setiap ayat...

cuba check nama Sultan yang panjang...
berapa kali wartawan dalam dunia penulisan akan ulang nama panjang tu dalam karangan..
sekali je iaitu pada ayat yang pertama...
cuba check...
wartawan tu pemalas atau korang yang tak paham adab menulis ?

SALAM...
 99% pembaca faham...
hanya 1% orang slow memang tak faham maksudnya...

sembahyang dan solat...
kita selalu keliru, pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik." Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."

 bila anda solat..
anda akan sebut sembahyang...

"weii pergi sembayang la dah pukul berapa ni..kau tak sembayang ke ?"

itu BAHASA MELAYU...
Allah MAHA Mengetahui apa yang ada dalam hati kita..
 bahawa kita nak sembah ALLAH...
bukan sembah “yang”....
 Allah paham semua bahasa termasuk bahasa melayu...
Allah Maha bijak...
hanya orang yang kurang akal je benda remeh macam ni pun nak highlight...

lepas ni jika ada orang dalam IC nama MOHD...
 tak payah suruh mereka pergi tukar IC nama penuh MUHAMMAD sebab ikut email forward yang korang baca dan terus percaya, MOHD dalam bahasa asal Uganda bermaksud The Dog With Big Mouth. Apa benda ni ? Mana ada orang baca MOHD, dengan sebut “mmooohd”, semua akan baca Muhammad, tak payah pening pening...

Ada jugak yang cakap tak boleh sebut hello...
sebab hello bermaksud “hell low” iaitu neraka rendah.. 
kalau kita mengucapkan hello pada kawan kita 
bererti kita mendoakannya supaya masuk neraka yang paling rendah..
habis selama ni kalau kita telefon atau jawab call...
 lepas memberi atau menjawab salam sedikit sebanyak mesti kita cakap helo kan ?
maknanya kita mendoakannya supaya masuk neraka yang paling rendah..macam tu ?

hey dengar sini... ini adalah jarum sulit orang-orang kafir untuk menyesatkan umat islam.. 

Ada banyak lagilah benda merepek ni yang orang 'slow' sanggup percaya...
 nama masjid tu asal dari nama jentik jentik
(“Mosque” berasal daripada “mosquito” ) 

Tak boleh guna agama...kena guna ugama..
kerana agama dalam bahasa ibunda Zimbbawe bermaksud..dah dah dah..! Hampeh belaka !

dah-dah tak payah nak percaya benda-benda karut ni..
ni semua benda yang boleh lemahkan iman..
Allah tahu apa yang kita buat...
apa yang kita maksudkan...
Allah lebih maha mengetahui..
tepuk dada tanya iman....

O°o. .o°O______________________________O°o. .o°O.
(✿◠‿◠)*.:。 Allah Lebih Maha Mengetahui。.:*(✿◠‿◠)
.°o.O.o° ¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯ ¯ °o.O.o°
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comments:

Pustaka NurIman said...

entri yg sgt menarik...
nasihat kpd semua banyakkan membaca dari sumber2 yg sahih & buat rujukan dgn guru2 agama. jgn telan bulat2 je apa yg diterima melalui frwd email & jgn fwrd email yg bkn2

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .