kematian itu pasti menjelma...
hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui...
cuba kita amati...
kenapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa..
lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'..
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
jelas menunjukkan kita disarankan agar mendiamkan diri..
jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang...
sebagai orang yang beragama islam kita WAJIB menghormati azan...
banyak fadhilatnya...
jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri...
mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri ?
muhasabah diri..
kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka...
mari kita sama-sama menghormati azan...
mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut...
"Ya Allah Anugerahkanlah kematian ku dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah ku mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."
0 comments:
Post a Comment