Jom Follow!!!

Monday, August 29, 2011

Cetusan Kemaafan..



Ramadhan pergi...

datanglah Syawal menggantikannya..

jika “syawal” bererti peningkatan, maka sungguh tak pantas kita mengalami penurunan signifikan selepas Ramadhan ini...

Ramadhan akan berlalu pergi...

 entah dapat atau tidak untuk kita bersamanya lagi pada tahun hadapan..

‎"Allahumma ausilna ila Ramadan Karim a’waman adidah"
Ya Allah sampaikanlah (usia kami) hingga ke Ramadan Karim tahun-tahun mendatang...

 tetapi kita cuba muhasabah kembali apakah kita sudah kembali seperti seorang ‘bayi’ dalam madrasah ramadhan ini...

sebelas bulan kita kejar dunia...

sebulan penuh kita berpuasa...

kita bakar segala dosa dan noda...

sebelas bulan kita hasad dengki dan prasangka..

 sebulan penuh kita tebar kasih sayang sesama manusia...

dua belas bulan kita berinteraksi penuh salah dan khilaf..

di hari suci nan fitri ini, kita cuci hati, kita buka pintu maaf bermaafan sesama kita...

Taqabballahu minna wa minkum solehal a’mal...

 didoakan Allah menerima ibdaah kita & memperkenankan keampunan kepada kita, seterusnya mampu menaikkan tahap kecelikan hati kepada taqwa...

saya Nur Afifah Ghazali sekeluarga menyusun jari sepuluh memohon Ampun & kemaafan kepada anda semua yang mengenali ataupun tidak samada kami ada melakukan kesalahan mahupun kesilapan...

Semoga Hari Raya Aidil Fitri pada tahun 2011 ini akan mengundang RAHMAT dan limpahan kasih sayang dari ALLAH SWT kepada kita semua...

Selamat Idul Fitri, mohon maaf zahir Dan batin

dari kediaman no 7 Taman Keramat, Kuala Lumpur... ~

menangisi pemergian Ramadhan, mensyukuri kedatangan Syawal...

 semoga Ramadhan kali ini benar-benar memberi makna dalam kehidupan...

 semoga Syawal kali ini benar-benar mengiktiraf kita di dalam sebuah kemenangan...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .