bayangkan kita menerima sepucuk surat daripada seorang kekasih namun kita tidak memahaminya...
sedangkan ianya sebuah kata-kata cinta yang penuh bermakna...
Allah telah mengutuskan 114 surat cintaNya kepada kita...
namun bukan semuanya yang benar-benar kita fahami...
sedangkan surah al-Fatihah pun kita tidak berapa faham T____T
apatah lagi surah-surah yang lain...
sedangkan surat-surat cinta yang Allah utuskan mengandungi peringatan serta kisah-kisah yang perlu diambil iktibar...
saya rasa selama ini pun kita dah tahu yang kita tidak tahu makna bacaan solat tapi kita bersikap tak apa, tunggu atau nantilah...
sedar tidak sedar sikap sambil lewa kita itu berlarutan sehingga puluhan tahun..
sebabnya kita tak serius dalam solat..
punca tidak serius dalam solat adalah sebab kita rasa solat tu tak penting..
macam mana kita nak rasa solat ni penting even kita dah tahu yang solat ni memang penting ?
kita tahu kepentingannya tapi tak terasa...
tak terasa bersalah pun kalau solat tertinggal..
tak rasa bersalah pun if solat cincai-cincai...
tapi cuba kalau hilang duit, rumah terbakar, harga barang naik, harga minyak naik..
kisah Nabi Muhammad s.a.w yang bersolat sehingga bengkak-bengkak kaki akibat terlalu lama berdiri semasa solat. Juga bagaimana Abdul Rahman bin Auf r.a. yang menginfakkan seluruh kafilah yakni unta-unta dan segala isinya kerana ingin menebus kelewatannya bertakbiratulihram dalam solat jemaah pimpinan Rasulullah...
mengapa kita berbeza dengan mereka ?
sebab kita tak rasa Allah itu penting dalam kehidupan kita..
kita hanya akan berhubung seseorang itu bila kita merasakan dia penting atau ada keperluan je..
bayangkan apa perasaan kita bila kita berada di sebuah kawasan yang berada di luar kawasan liputan, handphone tak dapat nak guna..
rasa macam kurang selesa kan ?
rasa gelisahkan masa tu ?
rasa macam nak menangiskan masa tu ?
macam tu lah pentingnya Allah lebih dari segala-galanya...
tiada panggilan yang lebih penting dari seruan Ilahi..
kalau Allah tak beri, kita tak punya apa-apa walaupun satu sen...
bayangkan kita umpama burung kakak tua yang berkata-kata tanpa memahami makna...
tak hairalah kalau hati kita lalai dalam solat...
jika tak faham macam mana kita nak menghayatinya dalam kehidupan seharian ?
kita sujud tapi hati kita tidak sujud...
kita ucapkan subhanallah tetapi tak terasa kita sedang mensucikanNya...
itu baru kalimah yang mudah-mudah...
tak masuk lagi doa iftitah, alfatihah, qunut dan lain-lain...
dah hafal tapi tak faham maknanya..
zaman sekarang ramai juga yang masih tak hafal bacaan solat..
tu yang solat...
yang tak solat ?
baru-baru ni bulan ramadhan berapa ramai yang tak solat..
seolah-olah puasa tu wajib solat lima waktu sunat..
puasa je tapi tak solat, tak ada guna juga..
tak hairanlah kemungkaran makin berleluasa di tengah masyarakat kita ni...
bila tak solat, mana ada kemampuan dalam diri untuk tidak melakukan kejahatan dan kemungkaran..
sekarang dah makin mudah...
tafsir al quran pun dah banyak dijual..
cuma mahu dan tak mahu belajar untuk memahami surat cinta dari Allah..
muhasabah diri untuk diri saya sendiri, awak dan mereka..
tepuk dada tanya iman..
0 comments:
Post a Comment