Jom Follow!!!

Wednesday, January 4, 2012

Kebenaran Dilihat Dengan Mata Hati~

dulu, ada orang mendakwa Tuan Guru Nik Aziz sebagai Ayah Pin. Dari mana perkhabaran diterima, tidak pula dapat dipastikan. Mungkin orang tersebut mempunyai kasyaf...

hari ini kedengaran pula dakwaan Ustaz Azhar Idrus itu Iblis, Syaitan dan sebagainya...

semua dakwaan itu cuma satu, iaitu supaya gelaran ‘sesat’ berjaya dilemparkan kepada golongan ulamak. Biar pun tanpa berlapik hujah, yang penting berjaya memburuk-burukkan, ataupun kalau tidak berjaya sekalipun, setidak-tidaknya mereka berpuas hati dengan mulut jahat mereka...

saya melihat, ada golongan tertentu yang tidak senang dengan gelombang dibawa oleh Ustaz Azhar Idrus. Penceramah dari Terengganu ini dilihat mempunyai daya tarikan yang begitu kuat kepada golongan muda di samping pencerahan agama yang mudah dan sesuai untuk orang awam...


 malam tahun baru, Ustaz Azhar Idrus berjaya mencetuskan fenomena luar biasa apabila kehadirannya di Selangor menarik puluhan ribu manusia untuk menjayakan sambutan alternatif malam tahun baru...

kita akui, bukan mudah untuk seorang ustaz mengekalkan pakaian jubah serta kopiahnya dan dalam masa yang sama diterima baik oleh sasaran dakwah...
  
MATA HATI

apapun, rentetan dari sambutan alternatif malam tahun baru yang kelihatan sungguh berjaya dilakukan oleh Ustaz Azhar Idrus, maka timbullah pula suara sumbang tentang alat muzik itu haram, hiburan itu haram, tiada malam sambutan tahun baru cara Islam dan sebagainya...

dan suara itu lebih sumbang, apabila hanya kedengaran saat dan ketika ini. Sedang sebelumnya, ketika konsert-konsert dan sambutan-sambutan yang lain dihadiri oleh orang besar negara, tidak pula suara-suara tersebut keluar...

tegur menegur itu bagus. Bersama-sama mendidik ummah ke arah celik agama juga bagus...

tetapi bukan dengan cara pembodohan. Bukan dengan cara menggunakan teks Al-Quran dan Hadith secara literal bagi menidakkan atau mengiyakan perbuatan pihak tertentu. Begitu juga, perlu amanah. Jika terdapat padanya khilaf dan perbezaan pendapat di kalangan ulamak, maka pencerahan kepada awam haruslah dibuat dengan cara yang adil...

alangkah hairan apabila ada golongan agamawan yang sengaja menjadi sempit untuk menyempitkan ummah. Ketika satu pihak mengambil alternatif menganjurkan sambutan yang bebas dari unsur-unsur kelalaian,  dimulakan dengan solat, ada pengisian agama, berhibur dalam batasannya dan bersama membacakan Asma Al Husna, maka satu pihak yang lain bertungkus lumus pula menggeledah kitab bagi menidakkan alternatif yang disuakan kepada ummah. Walhal sepatutnya mereka juga menunjukkan satu alternatif yang lain yang lebih baik sebagai ganti kepada alternatif yang mereka tidak suka.

ketidakjujuran itulah yang akhirnya menyedarkan kita, bahawa sesungguhnya kebenaran itu hanya mampu dilihat dengan mata hati dan bukannya mata kepala manusia. Mereka menyangka penglihatan mereka celik, sedangkan mereka sebenarnya telah lama menjadi buta. Allah berfirman dalam Al-Quran :

Dan apakah mereka tidak berjalan di atas muka bumi dan melihat keadaan mereka-mereka itu ( ummat yang dibinasa ) sedang mereka mempunyai hati yang boleh berfikir dan telinga yang boleh mendengar. Maka sesungguhnya mereka itu bukanlah buta mata penglihatan sebaliknya mereka buta hati di dalam dada. [ Al-Haj : 46 ]

sedikit komen ustaz Azhar Idrus mengenai orang yang mencemuh beliau..


begitu tenang saja ustaz menjawab tanpa menyakiti hati siapa-siapa..

“aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu” - Imam Syafie

komen Sham Kamikaze seorang guitarist yang hebat dan kini menjadi seorang pendakwah..

dan bagi saya sendiri yang merupakan seorang remaja dan begitu minta ustaz Azhar Idrus, jangan disalahkan masyarakat awam hanya semata-mata kerana mereka lebih menggemari pendekatan ustaz yang kelihatan lebih friendly dan memahami jiwa anak muda yang sedang ketagih hiburan..

anak muda hanya mampu mengambil dan mencapai apa-apa sahaja yang muncul dan dekat dengan jiwa mereka....

bukan salah anak muda seperti saya, tapi anda yang kurang memahami bahasa kami yang begitu dahagakan ilmu agama...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comments:

Harith Faisal said...

Assalamualaikum.. nice sharing..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .