Salaamun ‘ala
manittaba’al huda.
jika dulu, sekiranya
ada sahabat yang baca entry saya mengenai "Tandas Lebih Wangi Dari Surau,
Dimanakah silapnya?" kini saya ingin menulis satu lagi entry mengenai
kompleks membeli belah juga tapi lebih kepada mengenai "Perbuatan
Mengambil Wuduk di Kompleks Membeli
Belah.."
saya jenis yang suka
perhati..
perhati sambil
berfikir...
dan saya perhati
setiap kali saya berwuduk di mana-mana surau
kompleks membeli belah, pasti ada yang wuduknya ala kadar, mahu cepat...
walhal wuduk itu
antara pra syarat sahnya solat...
jika wuduknya tidak
sempurna, maka sahkah solatnya?
antara kesalahan yang
obvious :
1. sekadar alirkan
air (tidak menyapu).
2. tidak kena
keseluruhan anggota wuduk.
kalau yang buat tu
kanak-kanak umur bawah 12 tahun boleh la tegur direct, ini kebanyakannya
kanak-kanak umur 20+.
bagaimana ya teknik
terbaik yang berhikmah untuk menegur orang yang tak kita kenali mengenai wuduk
mereka?
satu lagi yang saya
perhatikan..
ada orang bukak paip
laju-laju, sambil ambil wuduk perlahan-lahan...
nampak gaya macam
warak, rupa-rupanya dah jadi sedara syaitan sebab membazir air..
-----------------------------------------
satu dialog yang
masih saya ingat sehingga kini:
"kalau ada Smart
Solat, anak sahaja yang dihantar hadir, walhal ibubapa yang lebih sepatutnya
hadir. =)", adu seorang pakcik pada saya beberapa tahun lepas.
0 comments:
Post a Comment