A: Tahniah! anda
telah terpilih untuk menyertai kelab yang maha dahsyat hebatnya di seluruh
galaksi bimasakti secara otomatik! [sila baca dgn nada penuh riang teruja]
B: tunggu sat tunggu
sat. bila masa saya register keahlian. tak ingat pun? [sila pamerkan riak
hairan]
A: cuba ingat
betui-betui. tarik nafas. hembuih. recall balik.
B: eh sumpah ai takde
join kelab mana-mana yuu!
A: *geleng kepala*
“Alastu birabbikum?
Qalu bala syahidna”
“bukankah Aku ini
Tuhanmu?” mereka menjawab: “betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi.”
(Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan:
“Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini
(keesaan Tuhan)”. (7:172)
keahlian anda telah
pun direkodkan sejak anda melafazkan penyaksian dua kalimah syahadah. anda
merupakan seorang Muslim. hal yang demikian menjadikan anda sebahagian daripada
kelab ini, Kelab Islam. tapi yang sedihnya, ramai diantara ahli kelab yang
terus hanyut lalai, leka dan terlupa akan keahlian mereka dalam kelab ini. kebanyakan mereka terus buta. apabila mereka celik di suatu alam yang lain,
baru mereka sedar tentang keahlian tersebut. sayangnya, the rice has turn into
porridge already bebeh!
B: er..........
(silent pause)________tsk tsk :'(______ astaghfirullah hal aziim
----
jadi anda bagaimana? are you really in this club, or are you not?
tepuk pipi, tanya
iman masing-masing.
----------------------------------------------------------------
tak terlambat lagi nak ucap taqabbalallahu minna waminkum kan? ^_^
Salam 'Eidul Fitri dari saya Nur Afifah Ghazali dan keluarga Taman Keramat buat sahabat-sahabat yang mulia. taqabbalallahu minna waminkum. moga Allah menerima
amalan (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan
termasuk orang-orang yang mendapatkan kemenangan. amiin. maaf zahir batin =)
sahabat-sahabat yang saya sayang , ingat kita jadi hamba Allah bukan hamba Ramdhan.. selamat berpuasa 6,
bagi yang dah mula berpuasa. moga dapat ganjaran bagai puasa setahun. jika
tiap-tiap tahun kita buat, macam sepanjang hayat kita berpuasakan? Nabi Daud puasa
selang sehari. betapa indahnya menjadi umat Muhammad.. =)
0 comments:
Post a Comment