Salaamun 'ala
manittaba'al huda
kadangkala usaha kita
terlalu sedikit, tetapi Allah memberikan balasan yang begitu banyak.
umpama kisah Maryam,
Allah minta Maryam goyangkan sedikit saja pokok sebagai tanda berusaha, tetapi
kemudian Allah hilangkan kelaparan Maryam dengan kurma yang gugur dari pokok
itu.
kalau difikirkan
logik, wanita yang sarat mengandung, mana mungkin dapat menggoyangkan pokok
kurma dengan begitu kuat sehingga gugur pula buah-buahnya. Tetapi begitulah
cara Allah mendidik hambaNya.
mendidik kita supaya
bergerak dan berusaha, meskipun walau dengan hanya satu langkahan.
berusahalah kerana
kadang-kadang kita ini belum berusaha pun ataupun apa yang kita lakukan belum
layak untuk digelar sebagai usaha.
usahalah jangan sekali terjatuh dalam
kelemahan. Sekali terjatuh jangan lama-lama membiarkannya.
cari tempat berpaut
dan bangunlah semula.
selagi kita belum
mati, maka tidak ada apa yang sepatutnya dapat menghentikan usaha kita.
biar mati menjadi
penamat segalanya.
sebelum itu, bangun
dan teruslah bergerak. Jatuh lagi, bangun lagi. Jatuh lagi, bangun semula.
jangan pernah biarkan
diri kita jatuh selama-lamanya, tolong jangan.
Allah uji kerana Dia
cinta. "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar" Ali Imran ayat
146
Doa Nabi selepas
diuji dengan peristiwa dakwah di Taif ini sangat menyentuh hati. Betapa kerdil dan
lemahnya diri kita.
“Ya Allah, aku
mengadu kepada-Mu kelemahan kekuatanku, sedikitnya kemampuanku dan hinanya aku
pada pandangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Engkaulah Tuhan
golongan yang lemah dan Engkau jugalah Tuhanku. Kepada siapa Engkau serahkan
aku ?
Kepada orang jauh
yang memandangku dengan wajah bengis atau kepada musuh yang menguasai urusanku?
Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku, aku tidak peduli (apa yang menimpa).
Namun keselamatan daripada-Mu lebih melapangkan aku.
Aku berlindung dengan
cahaya wajah-Mu yang menyinari kegelapan serta memperelokkan urusan dunia dan
akhirat. Aku berlindung daripada kemarahan-Mu atau kemurkaan-Mu terkena
kepadaku. Kamu berhak untuk mencela aku sehingga Kamu redha. Tiada kuasa dan
tiada kekuatan melainkan dengan-Mu.” [Sirah Nabawiyah : Mustafa As-Sibaie']
2 comments:
Assalamualaikum..
alhamdulillah..dpt singgah di sni..
yer..teruskan usaha..
Allah menilai usaha kita.
jzkk atas perkongsian ini.
moga usaha dan kejayaan kita berserta redha dan keberkatan daripada Allah..amin
Post a Comment