Salaamun 'ala
manittaba'al huda
Solat Subuh. Kenapa
dengan Solat Subuh?
kadangkala, kita
tidak mampu menjaga Subuh di awal waktu bukanlah kerana mata kita yang
keletihan atau kepenatan pun, tetapi kerana hati kita yang telah penat dan
letih.
kalau benar mata yang
letih dan penat, maka mustahil mampu bangun untuk menonton perlawanan bola 2-3
pagi, all-out untuk ulangkaji sebelum hari exam dan sebagainya.
bukan mata yang penat
sebenarnya.
bukan tubuh yang letih atau sakit.
tapi hati yang letih telah menyebabkan
"tercipta" semua alasan itu demi membenarkan kita untuk bermalas-malasan
dalam menjaga hak Allah yang pertama di pagi hari dalam diri kita.
sakit, penat biasanya
sehari dua saja, tapi kalau sudah berhari-hari, itu mungkin antara tanda hati
kita bermasalah.
checklah semula.
Luruskah hati kita ketika berada di atas jalan yang lurus.
penah seorang makcik pesan "kalau nak cari suami yang
hebat, cari di masjid pada waktu subuh. saf paling belakang tak apa, yang
penting ada.."
2 comments:
Setiap sakit Allah sertakan penawarnya..begitu juga hati..rawatlah dengan zikir dan kalamullah moga kembali subur mencintai Allah..
Assalamualaikum..subhanallah..suka baca entry ni.
betul tue..bab solat Subuh..ramai yang kalah..
moga diri kita jua sentiasa istiqamah & mujahadah dalam menggapai redha-Nya.
aminn..
Post a Comment