Jom Follow!!!

Tuesday, February 7, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H...


Salaamun 'ala manittaba'al huda...

tak terlambat rasanya nak ucap Salam Maulidur Rasul 1433H...

Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad....

bukan hari tertentu saja yang kita kena selawat ke atas nabi, tapi setiap hari...

jangan kedekut untuk selawat ke atas Baginda SAW...

takut-takut Baginda SAW jugak kedekut untuk memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak..

Sabda Rasulullah : "orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku."

dan ikutlah sunnah Baginda SAW...

dan jika tak dapat buat semua sunnahnya, janganlah di tinggalkan semua...

perbualan dengan salah seorang sahabat saya...

"fa, kenapa hang pakai cincin ?"

dengan wajah kehairanan saya bertanya semula "kenapa ?"

"tak la hang kan tak tunang lagi, kahwin apatah lagi..hang dah pakai cincin, cincin mas pulak tu, susah tahu dak orang laki nak tahu hang dah berpunya ka belom..."

senyum ^_____^ sambil jawab di dalam hati "pemakaian cincin itu sunnah nabi dan sebagai kaum hawa saya ingin mengelakkn gangguan daripada adam yang ingin permainkan hati saya, jika benar adam inginkn saya ikutlah sunnah nabi dengan terus berjumpa ibu bapa saya.. ^^, "

"iisshhh dia ni, senyum plak dah..aku dok tanya hang ni..............."

perbualan ini, terhenti di situ....

*************

“nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari :
--->  jari manis
---> jari kelingking (anak jari)

dan janganlah memakai pada jari
---> jari tengah
---> jari telunjuk

Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

p/s : cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .