Salaamun 'ala
manittaba'al huda....
Cinta High Class...
cinta high class
bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua.
Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita mesti mencintai secara high class.
Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class jugak...
errrr.. apa itu cinta
high class ?
cintamu mendaulatkan
Allah nombor satu..
cintamu padaku kerana
Allahmu yang satu..
cintamu bermujahadah
menahan nafsu..
“Ya Allah, aku
memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang
menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku
cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas
terik).” (HR al-Tarmizi).
saya terfikir, wanita
dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut
dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin
berterusannya kehidupan di dunia.
Wanita dan lelaki
saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba
menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi
iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah...
wanita dan lelaki
sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa
binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup
pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada
punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.
Wanita dan lelaki
bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar
biasa. Dan ini barulah high class.
jika belum menikah,
cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah. Bantu si dia memahami dengan mengurangkan
perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan
menjaga syarat dan batasan..
jika di luar batas
urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa
itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan,
bila halal, penuh keterujaan..
saya cuba memahami,
mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta
kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita
sukakan sifat kelelakian seorang lelaki..
lelaki dan wanita
bagaikan botol dan penutupnya...
bagaikan elektron dan proton...
bagaikan baju dan
seluar...
bagaikan sepasang selipar...
kedua-duanya saling memerlukan...
bukti saling
memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada
insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman
lelaki...
kenapa ianya high
class ?
itu tanda patuhi
Allah...
itu tanda jauhi
fitnah...
itu tanda sebuah
mujahadah...
mujahadah itu pahit kerana syurga itu indah..
jodohku, aku tidak
tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di
syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad
menghalalkan kita..
the time will be come, insyaallah..
jika tidak di dunia kita akan bertemu di syurga kelak, insyaallah..
Nabi SAW berpesan "jika kalian berasa gelisah terhadap sesuatu perkara, maka solatlah dua rakaat kemudian berdoalah : Ya Allah, aku beristikharah kepadaMu dengan ilmuMu" (Riwayat Bukhari)
------------------------------------------------
tidak akan rugi orang yang melakukan istikharah dan musyawarah...=)
0 comments:
Post a Comment