Salaamun 'ala
manittaba'al huda....
dah lama rasanya tak update blog...
rindu rasanya nak bertinta...
apa khabar iman sahabat blog saya =)
entry kali ini, saya ingin berkongsi cerita mengenai KLIBF 2012 yang sedang berlangsung di PWTC..
cuti hari buruh yang lepas saya mengambil kesempatan "berdating" bersama ayahnda tercinta meluangkan sedikit masa kami menghadirkan diri ke Pesta Buku Antarabangsa 2012 (KLIBF 2012 )..
cukup teruja dan mengasyikan apabila melangkah masuk ke PWTC...
pertama kali ke KLIBF yang agak besar pamerannya, dan pertama kali juga ke PWTC, pelbagai rasa yang menyilap di dalam diri.
taniah saya ucapkan kepada penganjur iaitu MAJLIS BUKU KEBANGSAAN MALAYSIA (MBKM), KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA..
kelabu mata saya melihat lambakan buku-buku yang memenuhi ruang pameran, begitu juga dengan harga yang ditawarkan. Amat istimewa! rasa mahu memborong sahaja semua buku pada ketika itu...
dalam beringat, seratus lebih jugak yang telah saya belanjakan untuk membeli buku-buku yang dipilih. Itu pun dalam beringat kalau tidak beringat habis semua buku diborong mengikut nafsu..
entahlah, mengapa saya terlalu lemah dihadapan kedai buku. Penyakit lama sejak di zaman belajar . "tersungkur saya dipintunya.."
diri ini terlalu teruja melihat buku. melangkah ke kedai buku diri ini akan membaca Au'udzubillah kerana ketika keluar dari kedai buku saya jadi manusia yang fakir tetapi penuh kepuasan dengan buku yang dibeli..
itulah realiti...
namun saya tidak lah kisah untuk belanja "lebih sedikit" kerana setiap sen yang dilaburkan adalah dengan niat untuk mencari ilmu, kebaikan, motivasi, panduan dan sebagainya. Dan saya yakin ia memang berbaloi dalam mencari erti hidup agar hari ini lebih baik dari semalam..
akhirnya saya bersama ayahnda tercinta melangkah keluar dari bangunan PWTC dengan poket yang fakir tetapi hati yang kembang berbunga seribu kepuasan, bersama susunan buku yang telah kami beli. Bila agaknya dapat menghadam kesemuanya, jangan sampai jadi keldai sudahlah..
Firman Allah dalam
surah al - jumu'ah ayat 5 yang bermaksud :
"Bandingan orang
(Yahudi)yang dipertanggungkan dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan
hukum) taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas
itu, samalah seperti keldai yang memikul beban kitab - kitab yang besar
(sedangkan ia tidak mengetahui kandungannya).Buruk sungguh bandingan kaum yang
mendustakan ayat - ayat keterangan Allah. Dan (ingatlah Allah tidak memberi
hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim."(Surah al - jumu'ah 62:5)
jom sahabat sekelian jangan melepaskan peluang untuk mengunjungi KLIBF 2012. Masih ada masa lagi untuk ke sana =)
# seorang insan yang
matang dan cerdik akan sentiasa melihat kehidupan sementaranya secara
keseluruhan, tindak tanduknya banyak yang memikirkan manfaat jangka masa
panjang. Antaranya ialah, dia akan membelanjakan wang, masa, tenaga dan
kemahiranya untuk menjaga serta meningkatkan kecergasan dan kecantikan rohani
lebih berbanding apa yang dibelanjakan untuk kecantikan fizikal yang zahir.Ya
kecergasan dan kecantikan fizikal sangat penting, tetapi jangan dipandang sepi
soal rohani, apa guna cantik dimata, sakit dihati?
sedikit perkongsian gambar di KLIBF 2012..
Alhamdulillah Allah
beri kesempatan dengan mudah untuk bertemu bertentang mata dan bersalaman
menjalin ukwah dengan penulis dan penceramah yang amat dikagumi ustazah Fatimah Syarha ♥
Ustaz Hasrizal Abdul
Jamil & Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman ♥
0 comments:
Post a Comment