"Aku cinta dia
kerana agamanya. Jika hilang agamanya, hilang jugalah cintaku padanya."
Andai betul kita
cinta, kita sanggup buat apa saja. Itu memang semulajadinya akan berlaku.
Sampai ada yang kata, 'Lautan api pun sanggup aku renangi.' Heh. Tak ada lautan
api depan mata bolehlah cakap. Cuba kalau betul-betul ada? Bukan setakat redah
lautan api, jumpa wali pun tak berani. Ada hati konon nak kata itu cinta
sejati.
Nak tahu betul atau
tidak cinta sejati, akan ada ithar yang jadi bukti. Ithar itu maksudnya
mendahulukan orang lain sebelum diri sendiri.
Dalam kuliah haritu,
Ustaz ada cerita pada kami, kisah dua manusia yang berkasih sayang
kerana Allah. Kisah Abdullah dan Umar (bukan nama sebenar)
Abdullah ketika
dihisab di mizan, pahala amalannya kurang satu untuk melayakkan dia ke syurga.
Manakalah Umar pula, dosanya sangat banyak, dan cuma ada satu saja pahala.
Kiranya dia memang confirm sangat ke neraka.
Lalu Umar dengan
rendah hati berkata, "Wahai Abdullah, di dunia kita berukhwah, juga pernah
berjanji untuk sama-sama ke Jannah. Namun kini sudah terbukti, aku langsung tak
layak untuk ke sana. Kau pula sudah hampir saja layak menjadi penghuni syurga.
Ambillah pahala aku, tambahkan ia pada pahala kamu. Semoga timbangan amal
kebaikanmu menjadi lebih berat, lalu melayakkan kau untuk ke syurga. Aku ni
memang tak ada harapan ke syurga, paling kurang pun, biarlah sahabat aku merasa
ke syurga, jangan masuk ke neraka bersama-sama aku."
Terjeda Abdullah ketika
mendengar pengakuan sahabatnya, lalu pahala Umar beralih pada timbangan
Abdullah.
Abdullah akhirnya
layak untuk bergelar penghuni syurga.
Kerana ithar yang
ditunjukkan, kerana pengorbanan ukhwah atas dasar cinta fillah, seluruh dosa
Umar diampunkan. Lalu berjalanlah kedua sahabat itu masuk ke syurga
bersama-sama.
Sekian.
Point yang boleh
disampaikan sebenarnya, ukhwah fillah, ithar juga cinta yang menyebabkan
kedua-dua sahabat itu berjaya ke syurga.
Berbalik kepada
tujuan asal, betulkah kita cinta? Tahap apa cinta kita? Kerana apa cinta
kita? Siapa yang lebih kita cinta? Sejauh mana kita cinta?
"Kalau benar
cinta, pasti hendak bersama-sama hingga ke syurga. Apa yang membawa ke neraka,
itu bukan cinta namanya." - Hilal Asyraf
Kita kata kita cinta
dia kerana agama yang ada padanya. Cuba bayangkan satu hari nanti, dia tersasar
daripada track dakwah dan tarbiyah. Adakah masa tu kita nak tinggalkan dia
kerana hilang agama padanya? Atau kita terus bersamanya bantu dia untuk sama-sama
menggapai mardhotillah?
Bukan nak kata tak
boleh jatuh hati pada agamanya, tapi kerana jatuh hati pada agamanya lah, kita
kena turut sama-sama serta dalam agamanya. Supaya bila satu hari nanti salah
seorang tersilap arah, ada yang lagi satu hadir membantu.
Mana ada tarbiyah
yang mudah. Mana ada tarbiyah yang tak susah. Mana ada tarbiyah yang seronok.
Tarbiyah itu pahit, sebab mahar ke syurga bukannya sedikit... :)
2 comments:
nak share entri ni..~
mohon ya..
nak ambil apa-apa saja idea dari blog ini, silakan. tak perlu minta izin. semua ilham yang dikurniakan, datang dari Allah juga. berkongsi ilmu yosh! saya pun ada berkongsi ilmu dari orang lain juga ;)
Post a Comment