Cuba ingat kembali,
entah berapa kali agaknya sepanjang hidup kita, kita pernah menghembuskan nafas
lega sambil berkata seperti ayat-ayat ini:
Fuh! Nasib baik la
aku tak ikut jalan MRR2 tadi. Kalau tak, dah tentu aku sampai ofis lambat.
Fuh! Nasib baik la
aku tiba-tiba nak study bab ini semalam. Kalau tidak, tentu aku tak dapat jawab exam
ni.
Fuh! Nasib baik aku
tekan brek tadi. Kalau tidak, tak tau la jadik apa.
Ayat-ayat seperti ini
menunjukkan bahawa apa yang kita rancang sebenarnya lain, dan apa yang terjadi pula
lain. Malah lebih baik daripada apa yang kita sangkakan akan berlaku.
Sedar tak sedar,
sebenarnya ayat-ayat seperti ini menjadi bukti bahawa kita adalah hamba yang lemah yang hanya
mampu merancang mengikut keterbatasan fikiran dan kemampuan. Dan perancangan
Allah jualah yang mengatasi segala strategi manusia.
Cuma kadang-kadang akibat
teruja/terkejut, kita terus meletakkan tanda noktah pada ayat-ayat tersebut, tanpa
ada pelengkapnya iaitu ayat yang memuji dan membesarkan keagungan Ilahi, sebagai tanda terima kasih kerana memberikan kita yang lebih baik daripada apa yang kita
rancang. Sebagai contoh ayat:
Fuh! Nasib baik la
aku baca entry yang panjang ni sampai habis. Kalau tidak, dah tentu aku tak
tau apa yang patut aku lakukan selepas ini. Terima kasih ya Allah, selepas ini aku akan
terus memujiMu dan membesarkan keagunganMu.
Peringatan bersama,
untuk kita menambah pahala. Moga Allah terima. InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment