Jom Follow!!!

Monday, December 12, 2011

Cerita Di Sebalik Kenduri Kahwin~

jadi jurukamera seketika untuk Uda =)

“Ayah, ni ada satu lagi kad jemputan kenduri kahwin,” beritahu saya sambil menghulurkannya kepada ayah

“Siapa yang bagi,” tanya ayah sambil membelek-belek kad tersebut.

“ada dalam peti tadi” jelas saya.

“Banyak betul kenduri kahwin minggu ni, hari yang sama pulak tu, jom ikut kenduri kahwin nanti” ayah mengomel 

hampir sepuluh jemputan kenduri kahwin yang mak ayah terima. Termasuk dari rakan-rakan sekerja. Ada yang hari Sabtu dan ada yang hari Ahad. Tetapi itu bukanlah sesuatu yang pelik, kerana sekarang ini musim cuti sekolah. Hari yang sesuai untuk berkumpul keluarga dan sanak saudara. Kalau hujung minggu bukan cuti sekolah mungkin susah sedikit, terkejar-kejar masa.

Dan bagi ayah mungkin terpaksa membuat pilihan untuk pergi ke rumah yang mana satu, kerana untuk memenuhi semua jemputan rasanya sesuatu yang agak mustahil.

Kenduri kahwin dulu-dulu

bercerita mengenai kenduri kahwin, saya perhatikan cukup berbeza dahulu dan sekarang..

 memang banyak perbezaannya. Saya teringat ketika zaman kecik-kecik dahulu, kerja-kerja kenduri kahwin di lakukan secara berjemaah. Bermula dari membina bangsal, menyembelih lembu dan menyiang, mengukur kelapa, membasuh beras hinggalah memasak nasi dan lauk pauk, semuanya dalam suasana bergotong-royong. Cukup harmoni.

alhamdulillah ianya berterusan dan menjadi satu tradisi bagi sanak saudara di Rembau...

"kami tidak mahu kehilangan suasana ini, biar cucu cicit kami melihat suasana kerjasama dengan penuh kasih sayang yang Allah beri" ujar pak long apabila ada yang bertanya kenapa tidak catering saja kerana ia lebih mudah.

kalau sebut kenduri kahwin mesti ada jiran-jiran yang datang akan membawa sesuatu untuk diberikan kepada tuan rumah seperti beras, gula, kopi, sayur-sayur dan sebagainya. Pendek kata setiap orang akan membawa sesuatu sebagai hadiah kepada tuan rumah.

malam kenduri atau biasanya disebut sebagai ‘malam besar’ lebih meriah lagi. Tua muda, lelaki dan perempuan semuanya berkumpul di bangsal. Yang perempuan di bangsal dapur menyiang bawang dan sebagainya. Yang lelaki di bangsal utama mmotong daging, ada yang berborak. Di ketika itu macam-macam cerita dan 1001 kisah yang dapat kita dengar.

3 G O L O N G A N

Sebenarnya jika kita perhati dan kita fiikirkan mungkin kita akan perasan. Apa dia? Cuba lihat tetamu yang datang kenduri kahwin, ada beberapa golongan. Saya lihat ia boleh dibahagikan kepada 3 golongan. Perhatikan..

1. Kawan rapat kita. Kita jumpa dia dan jemput ke rumah, tanpa kad jemputan. Dan dia akan datang pada awal pagi. Datang untuk bekerja basuh pinggan, angkat lauk dan sebagainya. Dia bekerja sampailah ke petang.

2. Tetamu yang kita bagi kad. Dia datang waktu tengahari iaitu waktu makan. Lepas makan dia akan jumpa tuan rumah dan bersalam. Waktu itu tuan rumah akan pakai baju banyak poket.

3. Tetamu yang datang bersama pengantin. Kita tidak jemput atau bagi kad jemputan kepadanya. Dia datang dan duduk di meja bersama pengantin, makan lauk pengantin. Lepas makan, terus balik. Kadang-kadang tuan rumah pun dia tak jumpa. Inilah tetamu yang paling tak guna agaknya.

rupa-rupanya apabila saya fikirkan, tetamu yang datang kenduri kahwin, ehh.. sama macam tetamu yang datang ke rumah Allah. Ada persamaan ke... Tak pernah terfikir pula. Bagaimana persamaannya? Perhatikan.

1. Tetamu yang pertama iaitu apabila mendengar azan, dia terus ke masjid. Apabila azan, maka dia akan tahu ini adalah tanggungjawab yang harus ditunaikan. Orang yang sebegini biasanya diberi amanah oleh Allah untuk jaga agama. Dia tahu dia ada kerja agama.

2. Bila ada kuliah dia akan datang. Jika tiada kuliah maka tak nampaklah mukanya. Seumpama ada kad jemputan dia datang, jika tiada kad jemputan maka tak nampaklah mukanya. Ramai orang begini.

3. Tetamu yang datang apabila ada ‘orang besar’ datang. Maksudnya jika ada program-program besar di masjid maka dia akan datang. Ibarat orang yang datang bersama pengantin. Inilah tetamu yang tak guna agaknya.

perhatikanlah di golongan manakah kita. Satu, dua atau tiga. Jika golongan yang pertama alhamdulillah, istiqamah. Jika golongan kedua, boleh tahan dan ada harapan cuma perlu tingkatkan lagi prestasi. Tetapi jika di golongan yang ketiga, berhati-hatilah. Kerana disitu pasti ada yang tidak kena. Muhasabah diri. Mudah-mudahan sempat kembali kepada kebaikan.

ehh... saya golongan mana pula...~ muhasabah diri untuk saya, awak dan mereka~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .