Firman Allah SWT :
“Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati, (daerah yang kering-kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan ituberbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).” (al-A`raaf: 57)
sesungguhnya angin yang berhembus adalah pembawa berita gembira sebagai permulaan daripada rahmat Allah yang akan dilimpahkan semua makhluk. Di dalam tafsir Al-Jalalain menyatakan, maksud rahmat adalah rezeki dan hujan.
dalam satu hadis Rasulullah saw telah bersabda :
Daripada`Atha` bin Abu Rabah ra. katanya, dia mendengar Ummul Mukminin A`isyah rha. berkata: "Bila angin bertiup kencang dan langit mendung berawan banyak, tampak kegelisahan di wajah baginda berjalan mundar-mandir. Apabila hujan turun wajah baginda berubah menjadi gembira dan kegelisahannya hilang. A`isyah berkata: Aku bertanya kepada baginda, apa yang menyebabkan baginda begitu gelisah." Baginda menjawab: Aku bimbang kalau-kalau angin mendung itu menjadi laknat yang ditimpakan kepada umatku. Tetapi bila hujan telah turun maka hal itu adalah rahmat." (Muslim)
apabila hujan turun, umat Islam disunatkan untuk berdoa. Antara doa yang diajar oleh Rasulullah saw ialah doa yang diriwayatkan oleh 'Aisyah rha. Doanya seperti berikut :
"Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang memberi manfaat kepada kami" (Riwayat Bukhari)
terdapat juga beberapa riwayat lain dengan lafaz yang sedikit berbeza...
di luar hujan turun mencurah-curah....
boleh dikatakan setiap pagi dan petang hujan turun....
hujan hari ini boleh dianggap sebagai mukaddimah atau permulaan kepada pertukaran musim...
musim sejuk sedang menanti gilirannya....
hujan yang turun takkan terasa lebatnya, apabila pelangi muncul selepas turunnya ia =)
0 comments:
Post a Comment