Jom Follow!!!

Monday, December 5, 2011

Generasi Kini~


seorang pensyarah yang juga pendakwah bebas telah membuat satu kajian..

kajian untuk melihat sejauh mana pelajar ipta atau lebih layak digelar pemuda mengambil berat masalah berkaitan umat Islam....

kebanyakan pelajar lebih memikirkan masalah pekerjaan, cinta, keseronokan, bola, filem, permainan komputer, dan macam-macam lagi...

masalah ini merupakan masalah yang majoriti pelajarnya pemuda dan pemudi Islam...

 punca mengapa pelajar atau kebiasannya dipanggil pemuda tidak mengambil berat masalah ini, antaranya :

tidak terlaksananya undang-undang Allah s.w.t di tempat-tempat majoriti penduduknya beragama Islam.. lebih berpegang dengan undang-undang manusia...

tetapi masalah yang lebih utama sekali ialah, pemuda sekarang lebih memikirkan tentang diri sendiri daripada memikirkan masalah umat yang kian lemah....

setelah melihat kepada kajian ini, jelas kepada kita satu perkara yang amat di khuatirkan iaitu:

hilangnya perasaan menyertai bersama umat Islam di kalangan pemuda. Masalah ini merupakan masalah yang amat dikhuatirkan ke atas umat Islam.

ini memerlukan rawatan yang amat serius untuk menyembuhkannya. Umpama pesakit yang mengalami kesakitan yang kritikal dan memerlukan rawatan yang rapi untuk sembuh...

timbul satu persolan: Mengapa generasi muda tidak mengambil berat tentang isu besar terhadap umat Islam ?

Secara jelas jawapannya: Tidak jelas di kalangan pemuda tentang tujuan hidupnya. Pemuda tidak mengetahui kitaran kehidupan mereka dan nilai mereka di dunia.

kitalah pemuda...

hanya jasad dan tubuh sahaja yang dewasa akan tetapi akal dan pemikiran masih kebudak-budakan...

Adakah kita pemuda masih tidak luput dari melakukan perkara yang kebudak-budakan ?

Tidakkah sama antara berfikir kebudak-budakan dengan umur budak-budak?

ataupun, bukankah hakikat kebudak-budakan ialah kebudak-budakan pada pemikiran dan kefahaman ?

Jawapannya ada pada kita. Taariflah kebudak-budakan sebagaimana kita mahu...

Sebagai akhirnya, hayatilah sebuah hikmah dipetik dari kitab AYYUHAL WALAD – Imam al-Ghazali :

"Hiduplah sebagaimana kamu mahu sesungguhnya kamu akan mati, cintalah siapa yang kamu mahu sesungguhnya kamu akan berpisah dengannya, dan buatlah sebaimana kamu mahu sesungguhnya kamu akan ditanggungjawabkan."

bantulah diriku ya Allah menjadi pemuda islam yang cergas badannya..yang cerdas pemikirannya..yang taat dan patuh pada syariat dan undang-undangMu..yang sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripada ku..yang sentiasa menjadikan Al Quran dan sunnah sebagai panduan dalam hidup..tempatkan diriku sebagai salah seorang para mujahidMU..ku bermohon pada usia ini..aku akan mengikut jejak langkah pemuda sebelumku..seperti Sultan Muhammad Al-Fateh dan pemuda-pemuda islam di bumi Palestin..jadikanlah islam pegangan yang kekal utuh dalam diriku..amin ya rabbal alamin~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .