kebanyakkan kita akan
rasa sangat-sangat berdebar dan teruja jika dapat peluang bertemu dengan
mana-mana ikon atau tokoh dunia yang amat terkenal.
apatah lagi jika mendapat
peluang berbual-bual sebentar, bersalam dan bergambar. Itu sudah cukup untuk
membuatkan kita rasa bangga bagai nak gila. Bagi yang teringin sangat, bila tak
dapat rasa kecewa dan hasad pula pada mereka yang berjaya.
malangnya perasaan
ini tidak hadir sewaktu kita berdiri dihadapan Allah Jalla Wa 'Ala. Pencipta
dan Pemilik langit dan bumi. Dia yang memberikan apa sahaja kelebihan kepada
mana-mana manusia untuk mereka dipandang tinggi dan mulia.
Allah Jalla Wa 'Ala
membuka peluang kita berbicara sepanjang masa,"Kau seru, saat itu juga Aku
jawab" kataNya. Tetapi kita tidak teruja dan sering rasa malas untuk
berdoa dan merintih kepadaNya.
sekian banyak manusia
diatas muka bumi, Allah SWT sentiasa memberikan kita peluang istimewa untuk
berbual-bual denganNya, tidak perlu temu janji, tidak perlu sebarang yuran dan
giliran. Hanya perlu datang dengan hati yang ikhlas. Apa sahaja yang kita
minta, Allah SWT janji akan tunaikan dengan cara yang terbaik. Namun berapa
ramai kita yang teruja dan seronok menikmati peluang ini?
bijak syaitan
membuatkan kita kagum pada manusia mengatasi kekaguman kita pada Pencipta
manusia.
♥ Allah.
Allah. Allah. ♥
semoga Allah SWT
mengampuni sifat hipokrit dan curang ini.
Al-Quran surat cinta
dari Allah. Azan tu pulak call dari Allah. solat tu dating dengan Allah. sehari
5kali Allah ajak dating. belum tambah yang sunat lagi. Sweet sangat bercinta
dengan Dia, tak penah rasa kecewa :')
1 comments:
Allahurabbi...
moga Allah ampunkan segala dosa kita samada kita sedar ataupun tidak..
jzkk..entri yg dpt muhasabah diri.
Post a Comment