Salaamun ‘ala
manittaba’al huda.
apa khabar iman sahabat blogger saya?
moga bertambah iman dari sehari ke sehari..
moga bertambah iman dari sehari ke sehari..
jika terlanjur
berbuat dosa, cepat-cepat istighfar dan iringinya dengan pahala. dengan harapan
rahmat dan belas Allah melebihi kemurkaanNya.
biasa la manusia, yang
tak sunyi daripada dosa, termasuk lah tukang taip nih -,-'
hari ni tiba-tiba saya terpikir, untungnya kita
menjadi umat terakhir kerana tiada lagi umat selepas kita yang boleh
memperkatakan tentang dosa-dosa kita.
kita sibuk memikirkan
kenapa begitu zalim pada zaman Firaun yang sanggup membunuh anak lelaki mereka
yang baru lahir. Kita juga sibuk berbicara kenapa begitu kejam arab jahiliyyah
yang sanggup menanam hidup-hidup anak perempuan mereka.
entah kenapa terlalu
selesa agaknya, sampai kita terlupa kalau la ada umat selepas zaman kita ni,
sudah tentu kita kena lebih teruk. Mana tidaknya anak lelaki ke perempuan ke,
jantan ke betina ke, habis dihumban ke dalam tong sampah, disumbat dalam lubang
tandas, dicampak ke dalam longkang, dibiarkan dimakan anjing..
sekali lagi saya
ulang, untungnya kita menjadi umat terakhir kerana tiada lagi umat selepas kita
yang boleh memperkatakan tentang dosa-dosa kita. Jadi kisah-kisah
kezaliman/kekejaman/kesudahan/pengakhiran umat terdahulu itu untuk muhasabah
umat yang mana? Jadi dosa-dosa umat hari ini juga untuk muhasabah umat yang
mana, kalau kita sendiri dah maklum yang kita ini umat terakhir.
# siapa penah dengar sajak dari ustazah Norhafizah Musa yang selalu di putarkan di ikimfm mengenai anak yang terbuang. serius meremang bula roma, menitis air mata bila dengar sajak ustazah. Jika seorang bayi tahu dosa yang terjadi di kalangan manusia pasti dia tidak ingin membesar..pasti.......
# siapa penah dengar sajak dari ustazah Norhafizah Musa yang selalu di putarkan di ikimfm mengenai anak yang terbuang. serius meremang bula roma, menitis air mata bila dengar sajak ustazah. Jika seorang bayi tahu dosa yang terjadi di kalangan manusia pasti dia tidak ingin membesar..pasti.......
1 comments:
sepatutnya kita menjadi umat yang bebas daripada kezaliman kerana Allah bekalkan kita umatnya kitab Al-Quran dan Nabi Muhammad mewariskan sunnah baginda sebagai panduan..
Post a Comment