Salaamun ‘ala
manittaba’al huda.
ada satu kisah, yang
lebih kurang begini ceritanya...
suatu hari
sedang saya memandu kenderaan, saya memasang CD bacaan ayat suci al-Quran
daripada seorang Qori’ yang terkenal, dan yang ada bersama saya ialah seorang anak kecil.
kemudian Qori’ itu membaca satu ayat daripada surah Fussilat:
"Dan di antara
tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan.
Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan.."
si kecil itu kebingungan
dan bertanya dengan pantas: "kenapa tak boleh sujud kepada tanda-tanda
kekuasaanNya seperti matahari dan bulan, habis tu kita nak sujud kepada siapa?"
maka Qori’ tadi pun
melengkapkan ayat itu selepas berhenti sekejap untuk mengambil nafas:
"..dan sebaliknya
hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau benarlah kamu
hanya beribadat kepada Allah."
si kecil ini pun bersetuju dengan berkata: "Ha’ah la, benar!"
maka bermanfaatlah
apa yang didengar oleh telinganya, dengan apa yang dihayati oleh hatinya… ♡
*41:37
sahabat yang saya sayangi, beberapa hari lepas kita dah masuk 10
malam terawal Zulhijjah. Kita ingat-ingat balek amalan-amalan yang kita buat masa
10 malam terakhir Ramadhan dulu..
hari-hari kita berdoa
mohon Syurga, hari ini Allah membuka lebuhraya untuk kita menujunya.
jom kencangkan
amalan kita, jangan risau highway ni tak ada AES speed trap. Insyaallah setiap
kelajuan akan dicatat dalam buku amalan.
dan semoga setiap
amalan kita diterimaNya
teringat doa ketika pertengahan Ramadhan dulu..
"Ya Allah
sepertimana Kau pertemukan kami dengan Ramadhan, pertemukan juga kami dengan
Lailatul Qadr"
maka 10 hari terawal Zulhijjah perbanyakkan doa, yang lebih kurang sama seperti doa di atas.
"Ya Allah
sepertimana Kau pertemukan kami dengan Zulhijjah, pertemukan jugak kami dengan Hari
Arafah"
hari ni dah masuk 6 Zulhijjah.
Teruskan mood melipat gandakan amal soleh. 10 Hari yang paling diberkati ini
Allah SWT pilih untuk kita berada di dalamnya seperti mana Allah SWT juga pilih
dikalangan hamba-hambaNya untuk menikmati bulan Ramadhan ataupun bertandang ke
Masjidil Haraam sebagai tetamuNya bagi menunaikan ibadah Haji.
jom kita berpuasa, banyakan
zikir, doa, istighfar, solat sunat, tilawah dan selawat..
"tidak ada hari yang paling disukai Allah untuk melakukan amal soleh melebihi hari-hari tersebut (yakni hari-hari awal Zulhijjah tersebut)" (Riwayat Imam Bukhari dari Ibnu ‘Abbas r.a.)
9 Zulhijjah nanti
kita sama-sama berpuasa insyaallah. Diampunkan dosa setahun sebelum dan setahun
yang akan datang.
Allahumma Solli wa
Sallim 'ala Nabiyyina Muhammad ♡
1 comments:
tiada sempadan yang membataskan untuk kita sentiasa beribadat kepadaNYA..yang utama hati kita sama ada mahu atau tidak melaksanakannya..
Post a Comment