Salaamun ‘ala
manittaba’al huda.
boleh pause seketika lagu kat blog saya dibahagian atas sekali, untuk menghayati lagu The Chosen One by Maher Zain..
moga entry ini bermanfaat. Kadang-kadang bila kite dengar lagu, kita sekadar mendengar saja tak menghayati apa maksud yang cuba disampaikan. Jom kita hayati sekejap apa yang cuba disampaikan oleh Maher Zain..
Minit 0:32 >
Mereka membuang sampah/kotoran di depan rumah.
“Malah, mereka akan
datang dengan usus yang berlumuran darah dan membuangnya depan pintu rumah ku…”
|al-Tabaqat al-Kubra:Ibn Saad, seperti yang dipetik dalam al-Jami’ al-Kabir:
as-Suyuti|
Dalam riwayat lain,
ia disebut apabila hal ini berlaku, Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam akan
mengambil sampah itu dengan sebatang kayu, datang ke luar pintu dan berkata
dengan kuat, “Wahai anak-anak Bani Abdul Manaf, apakah jenis perlindungan yang
diberikan ini?” (kerana puak beliau telah berjanji untuk melindunginya, tetapi
tidak menghalang kedengkian itu bahkan sampai depan pintu rumah Baginda).
Kemudian, beliau akan membuang sampah dari depan pintu itu dan meneruskan
perjalanannya. |Subulal-Huda wal-Rashad: Muhammad b Yusuf as-Solihi; ar-Raheeq
al-Makhtum: al-Mubarakfuri|
Minit 1:08 & 1:27
> Suka bersedekah.
“Wahai para pedagang,
sesungguhnya syaitan dan dosa kedua-duanya hadir dalam jual-beli. Maka hiasilah
jual-beli kalian dengan sedekah.” |HR Tirmidzi no. 1208, ia berkata: “Hasan
Sohih”|
“Rasulullah
Sallallahu Alayhi Wasallam adalah orang yang paling berani dan paling
dermawan.” |HR Bukhari no.1033, Muslim no. 2307|
Minit 1:40 > Rutin
harian di rumah.
Daripada Saidatina
A’isyah Radiyallahu Anha apabila ditanya apakah yang dibuat oleh Rasulullah
Sallallahu Alayhi Wasallam ketika Baginda berada di rumah, dia menjawab:
Sesungguhnya dia menjahit bajunya, membaiki sepatunya, dan membuat kerja
seperti lelaki-lelaki lain di rumah. |Musnad Imam Ahmad: 24947|
Minit 1:45 >
Kanak-kanak menunggang di belakang ketika sujud.
Dari Syaddan
Al-Laitsi Radhiyallahuanhu berkata,"Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam
keluar untuk solat di siang hari entah Zohor atau Asar, sambil menggendong
salah satu cucu Baginda, entah Hassan atau Hussain. Ketika sujud, Baginda
melakukannya lama sekali. Lalu aku mengangkat kepalaku, ternyata ada anak kecil
berada di atas punggung Baginda Sallallahu Alayhi Wasallam. Maka aku kembali
sujud. Ketika Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam telah selesai solat,
orang-orang bertanya,"Ya Rasulullah, engkau sujud lama sekali sehingga
kami mengira sesuatu telah terjadi atau turun wahyu". Baginda
menjawab,’Semua itu tidak terjadi, tetapi anakku (cucuku) ini menunggangi aku,
dan aku tidak ingin terburu-buru agar dia puas bermain. |HR Ahmad, An-Nasai dan
Al-Hakim|
Minit 2:01 >
Membuang bahaya di jalanan.
Daripada Abu Hurairah
Radiyallahu Anhu beliau berkata: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam telah
bersabda:
“Setiap anggota badan
manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari, engkau
berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang
berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau
mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang
baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang
adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.”
|HR Bukhari dan Muslim|
Minit 2:08 – 2:15
> Memberi minum kepada binatang.
Daripada Abu Hurairah
Radiyallahu Anh: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam berkata,
“Ketika seorang
lelaki telah berjalan, dia berasa haus dan pergi ke bawah perigi dan minum air
daripadanya. Apabila dia keluar daripadanya, dia melihat seekor anjing
kembang-kempis dan minum lumpur kerana dahaha yang berlebihan. Lelaki itu
berkata: Anjing ini mengalami masalah yang sama seperti aku. Jadi dia turun
semula ke dalam perigi, mengisi kasutnya dengan air, menangkap dengan giginya
dan memanjat lalu memberi minum kepada anjing itu. Allah berterima kasih kepada
perbuatan baiknya dan memaafkan beliau. ‘Tanya orang ramai, “Ya Rasulullah!
Adakah terdapat pahala bagi kami dalam melayani binatang?” Baginda menjawab,
“Ya, ada pahala kerana telah berkhidmat dengan mana-mana makhluk yang
bernyawa.”
|HR Bukhari, Hadith #
551 Bab Mengagihkan Air|
Minit 2:17 – 2:21
> Suami Isteri beriadhah.
Daripada A’isyah
Radiyallahu Anha: “Semasa aku bersama Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam dalam
satu perjalanan, aku telah berlumba dengan Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam dan
aku telah mengalahkannya, apabila aku menjadi semakin berisi, aku telah
berlumba (sekali lagi) dengan Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam dan Baginda telah
berjaya mengalahkanku,” lalu Baginda bersabda: “(kemenangan) ini adalah untuk
(kekalahan) yang dahulu.” |Sunan Abi Daud, Sunan Ibn Majah|
Minit 2:26 – 2:33
> Menyaksikan persembahan.
Juga telah
diriwayatkan daripada A’isyah Radiyallahu Anha bahawa Nabi Sallallahu Alayhi
Wasallam pernah membawanya menyaksikan permainan para sahabat yang berasal dari
Sudan.
Katanya: "Hari
itu adalah hari raya di mana orang-orang Sudan bermain pedang dan perisai. Aku
(A’isyah Radiyallahu Anha) tidak ingat apakah aku yang meminta untuk
menyaksikannya atau Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam yang berkata: Apakah
kamu ingin melihatnya? Aku pun menjawab: Ya. Aku disuruhnya berdiri di
belakangnya di mana pipiku bersentuhan dengan pipi Baginda. Baginda berkata:
Teruskan wahai Bani Arfidah! Ketika aku merasa letih, Baginda bertanya
kepadaku: Adakah engkau sudah puas? Aku menjawab: Ya. Baginda pun bersabda:
Pergilah.”
|HR Bukhari di dalam
Sahih al-Bukhari, hadis no: 950|
Minit 2:55 >
Membantu orang dalam kesusahan.
Daripada Abu Hurairah
Radiyallahu Anhu beliau berkata: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam telah
bersabda:
“Setiap anggota badan
manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari, engkau
berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang
berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau
mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang
baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang
adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.”
|HR Bukhari dan Muslim|
Minit 3.12 >
Mengasihi kanak-kanak.
Diriwayatkan oleh
Usamah ibn Zaid Radiyallahu Anh:
Rasulullah Sallallahu
Alayhi Wasallam meletakkan saya di (salah satu) pehanya dan meletakkan Al-Hasan
ibn `Ali pada peha yang lain, dan kemudian memeluk kami dan berkata," Ya
Allah! Engkau kasihanilah mereka, kerana aku sangat mengasihani mereka.
"|HR Bukhari|
Minit 3:40 – 3:55
> Memberi makanan kepada jiran.
قال النبي صلى
الله عليه و سلم
: يا أبا ذر إذا
طبخت مرقة فأكثر ماء
المرقة وتعاهد جيرانك أو
اقسم في جيرانك
Nabi Sallallahu
Alayhi Wasallam berkata, “Wahai Abi Zarr! Jika engkau memasak sup, lebihkanlah
airnya (sup) dan penuhilah kewajipan engkau kepada jiran-jiran engkau atau
membahagikannya kepada jiran-jiran engkau.” |Adab al-Mufrad|
sesungguhnya kami
amat mencintaimu wahai Rasulullah.
Allahumma Solli 'ala
Muhammad, Wa 'ala Aali Muhammad.
kita berdoa agar Allah memberikan kita kekuatan untuk menaladani sunnah Baginda, Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wasallam.
Like Sunnah, Share
Khair! <3
1 comments:
Tidak terhitung sunnah baginda yang harus kita contohi..berdikit-dikitlah kita lunaskan supaya kita tidak berasa malu untuk bersua muka di sana nanti.. *_*
Post a Comment