Salaamun 'ala
manittaba'al huda.
teman,
gantungkanlah
harapanmu kepada Allah,
nescaya Dia akan
memberikan yang terbaik buat kamu.
jangan berharapkan
kepada manusia seperti aku,
kerana aku hanyalah
seorang manusia,
yang tiada kudrat dan
upaya,
yang tunduk dan patuh
kepada ketetapan Rabbul ‘Izzati.
sesungguhnya,
aku takut untuk
memberikanmu walau secebis harapan,
kerana aku amat
takut,
suatu hari nanti,
aku tak mampu untuk
memenuhinya….
lalu hatimu akan
terhiris,
oleh tajamnya kecewa.
teman,
sandarkanlah
harapanmu kepada Tuhan,
bergantung haraplah
kepada-Nya,
kelak nanti,
jika dirimu kecewa,
kecewamu akan
bersandarkan Redha…
sesungguhnya kita
merancang, Allah jua membuat perancangan untuk hamba-Nya. Dan Allah adalah
sebaik-baik Perancang.
"Boleh jadi kamu
membenci sesuatu, padahal ia amat baik pula bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedang
kamu tidak mengetahui" [al-Baqarah:216]
bukan sengaja tak
bersuara tapi kadang-kadang diam tu lebih power.
diri ini mungkin boleh
tolak cinta demi persahabatan.
tapi diri ini takkan
boleh tolak jodoh demi persahabatan.
cinta itu hadir dari
hati. jodoh itu ketetapan dan ketentuan dari Ilahi.
* Demi kau. Untuk dia.
Kerana Allah. *
2 comments:
Assalammualaikum,,kita akan menikmati kelazatan bahagia apabila sandarkan segala padaNYA..
memberi pada yang sudi. bukan bermaksud memberi sesuke hati :)
Post a Comment