bila kita menerima
berita saudara-saudara kita yang sedang teruk diuji di Gaza, di Syria dan pelbagai
lagi tempat di dunia ini, sebenarnya kita perlu menyedari satu hakikat bahawa
kita juga tidak terlepas dari diuji sebenarnya.
ketika kita menerima
berita sedemikian itu, kita juga sedang diuji.
apakah kita cakna
atau tidak?
apakah yang telah
kita lakukan sekiranya kita benar-benar cakna dengan isu itu?
bagaimanakah respon
kita bila berdepan dengan isu-isu sebegini?
adakah lebih banyak
menyindir orang lain atau kita pun berusaha mengusahakan sesuatu?
adakah lebih banyak
kita menyedarkan orang ataupun kita lebih banyak menjatuhkan orang?
adakah dengan
tindakan kita menjadikan orang semakin rasa ingin dekat dengan isu-isu sebegini
ataupun menjadikan orang lebih tawar hati?
kita diuji juga
sebenarnya...
bukan mereka saja
yang diuji.
mereka di sana
mungkin sedar dan tahu yang mereka sedang diuji, kerana ujian itu zahir di
depan mata mereka. kita di sini, diuji dengan ujian yang kadangkala tidak
kelihatan di mata kita, tetapi mudah sekali untuk membuatkan kita ini tewas.
sebab itu,
berhati-hati dan beringat-ingatlah.
beri pesanan,
sebarkan sayang, cadangkan penyelesaian dan kembalilah kepada Tuhan.
kerana ketika kita
berusaha memberi kesedaran, bukan kita sebenarnya yang menyampaikan kesedaran,
tetapi Allah jualah yang menyampaikan kesedaran itu pada hati-hati manusia.
"Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami jugak telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia. Kami akan terus tetap di dalam perjuangan. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda. Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut daripada Allah atas kealpaan anda semua..." kata-kata dari Khalil Ismail al-Haya Whips HAMAS.
0 comments:
Post a Comment