Salaamun 'ala manittaba'al huda.
entry kali ini saya ingin menceritakan kisah Rasulullah SAW dan buah limau..
mungkin ada yang dah penah dengar kisah ini, tapi saya tetap ingin bercerita sebab saya nak sahabat-sahabat yang saya sayang ingat dan contohi bagaimana mulianya akhlak Rasulullah SAW yang kita sayang.
kisahnya bermula begini....
satu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat.
wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Buahnya sangat cantik. Siapa yang melihat pasti akan terliur.
baginda menerimanya dengan senyuman gembira....
hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Terus makan. Makan dengan senyuman sehingga habis semua limau itu.
kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.
sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.
lalu mereka bertanya...
dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan :
"tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa aku merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, aku bimbang ada diantara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Aku bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu aku habiskan semuanya. ..."
begitulah akhlak Rasulullah SAW..
baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biar pun benda yang tidak baik, apatah lagi dari orang bukan islam.
wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa...
kenapa?
sebenarnya dia bertujuan ingin mempermainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malang ia tidak berjaya. Rancangannya "ditewaskan" dengan akhlak mulia Rasulullah SAW.
* Rasulullah SAW. Mekar di hati. Biarkan jasad di dunia. Namun hati bersamaNya. *
sedang berusaha menjadi hamba Allah yang lebih baik. Tegurlah aku, andai aku terlalai :">
1 comments:
Bissmillah,assalammualaikum..sama sama berusaha bukan saja menjadi hamba Allah tetapi menyerap peribadi Rasulullah agar kita manjadi umah sejati..molek peribadi..
Post a Comment