Jom Follow!!!

Saturday, May 14, 2011

Bersangka-sangka..


kalau kita tengok manusia hari ini...

suka sangat bersangka-sangka...

kadang-kadang rasa macam hobi diaorang kot bersangka-sangka ni...

ada sangkaan baik...

ada sangkaan buruk...

orang beribadah disangka riak...

orang yang relax disangka malas..

orang yang pakai baju baru disangka menunjuk...

orang yang pakai baju buruk disangka hina..

orang makan banyak disangka pelahap...

orang makan sikit disangka diet...

orang baik disangka buruk...

orang buruk disangka baik...

orang senyum disangka mengejek...

orang masam disangka merajuk..

orang bermuzakarah disangka mengumpat...

orang diam disangka menyendiri..

orang menawan disangka pakai susuk...

orang nampak ceria disangka membela...

mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah..

mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah...

mana tahu yang masam itu keranan mengenangkan dosa...

mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya..

mana tahu yang ceria itu kerana cergas mindanya..

 peringatan untuk saya, awak dan mereka..

jauhi sikap suka bersangka-sangka...

sikap ini merupakan akhlak syaitan..

kerana ia bakal memusnahkan ukhwah..

seperti musnahnya kayu dimakan api..

ingat ya.. !

Allah sendiri pun bersangka baik terhadap hambanya..

sebab tu sejahat mana sekali pun hambanya...

Allah berfirman bertaubatlah kepadaku nescaya aku akan terima taubatmu...

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa” (Surah Al-Hujurat:ayat 12)

berkata buruk mana sekalipun...

namun saya tetap Nur Afifah yang sama …..

maki dan cacilah sampai terkeluar anak tekak
kamu sekalipun...

sebab alasannya saya tutup dan saya simpan 
kemas-kemas…

diam saya bukan bermakna saya kalah...

diam saya bersebab..

biar saya seorang sahaja yang rasa sakit memenahan segalanya...

sebab " I was born to make  others happy…"

apa-apa pun saya tetap berbaik sangka kepada anda yang lain-lain…

sedikit pun saya tidak tergugat dengan kata-kata 
yang anda lemparkan ...

sebab saya menjadi diri saya sendiri..

saya tahu Allah ada bersama saya..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .