Semasa saya kecil dahulu, saya tidak tahu makna cantik...
Tapi saya selalu dengar orang puji mak saya cantik...
Baru saya tahu mak saya cantik....
Cantik itu adalah mak saya...
Mak juga seorang yang peramah dan lemah lembut..
Apabila saya mula meningkat remaja
orang selalu kata abang saya handsome macam mak saya..
orang selalu kata abang saya handsome macam mak saya..
Baru saya perasan, abang saya handsome.
Abang saya sama macam mak saya, kulitnya putih..
Kadang-kadang mereka berkawan dengan saya
semata-mata ingin mendekati abang saya..
Saya berbeza dengan mak dan abang..
saya tidak pernah mendapat pujian seperti mereka..
Saya selalu mendengar kata-kata seolah-olah membandingkan saya dengan mak dan abang..
Kadang-kadang mereka tidak menyangka
bahawa saya merupakan anak dan adik kandung abang
memandangkan saya tidaklah 'secantik' mereka..
Saya tembam, berkulit gelap..
Saya juga seorang yang agak garang...
Memandangkan saya hanya mempunyai dua beradik sahaja..
kehidupan saya lebih rapat dengan ayah..
oleh sebab itu...
saya membesar menjadi seorang perempuan yang tegas..
Saya membesar dengan pelbagai kritikan...
Saya teringin untuk menjadi "cantik" macam mak dan abang
tetapi mustahil untuk saya menjadi cantik seperti mereka walaupun saya ber"make up" tebal..
Kecantikan mereka merupakan kurniaan Illahi..
dan saya tidak dikurniakan memiliki kecantikan seperti itu...
Namun saya redha dengan apa yang Allah beri pada saya...
Kawan saya cakap cantik tu subjektif...
Ada orang yang nampak cantik di mata semua orang
dan ada orang yang nampak cantik di mata sesetengah orang je..
Saya mengaku kata-kata kawan saya itu ada benarnya...
Saya telah berjaya buktikannya...
Kecantikan luaran saya tidak mampu ubah..
tetapi kecantikan peribadi masih boleh saya miliki...
saya sentiasa berusaha untuk menjaga akhlak saya..
akhlak saya sebagai umat islam..
akhlak saya bersama orang yang lebih tua..
akhlak saya bersama kawan-kawan..
Biarlah rupa paras tidak cantik..
asalkan peribadi dan akhlak saya cantik...
saya telah mencuba sedaya upaya
untuk memiliki sifat-sifat baik..
yang perlu dimiliki oleh wanita muslimah..
Saya menanam azam untuk belajar bersungguh-sungguh
kerana saya selalu mendengar
tidak guna cantik andai tidak berilmu..
Saya ingin menjadi seorang yang berilmu..
orang yang dipandang tinggi kerana ilmunya..
bukan kerana kecantikannya..
Kekurangan saya, saya jadikan perangsang untuk berjaya..
Saya berjaya kerana saya berusaha..
bukan kerana paras rupa saya..
Biarlah saya menang kerana memiliki ilmu..
bukan kerana memiliki kecantikan...
Setiap orang memiliki kelebihan masing-masing..
dan kelebihan tersebut perlu dicari dalam diri sendiri...
Baru kini saya sedar..
walaupun Allah tidak kurniakan saya kelebihan dari segi kecantikan..
namun Allah telah memberi saya banyak kelebihan yang tidak semua orang miliki...
Saya berjaya buktikan kecantikan itu bersifat subjektif..
Cantik tidak semestinya dinilai dengan kecantikan paras rupa..
namun kecantikan juga boleh diukur
dengan akhlak yang baik, ilmu yang berguna..
serta cara kita membawa diri...
Apa yang penting, kenali kecantikan semulajadi diri sendiri
dan lakukan yang terbaik untuk menjaganya...
Jika mengharapkan..
sesuatu yang Allah tidak ciptakan untuk jadi milik kita..
dan kita tidak akan mengenali erti bersyukur...
Disebabkan saya tidak cantik........
saya tidak terlalu mengejar produk-produk kecantikan yang mahal-mahal yang dijual di pasaran...
Kerana saya tidak cantik..
saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya...
Kerana saya tidak cantik..
saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya...
Kerana saya tidak cantik...
saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki..
Kerana saya tidak cantik..
saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain..
Paling penting..
kerana saya tak cantik..
saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya..
Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa...
Saya ingin berpesan kepada saudari-saudari sekelian yang mengejar kecantikan...
Tiada wanita yang lebih cantik, melainkan wanita solehah...
Cantik di dunia..
tidak membawa sebarang kebahagiaan di akhirat kelak...
Cantiklah untuk DIA, maka segalanya akan menjadi CANTIK....
0 comments:
Post a Comment