Jom Follow!!!

Saturday, May 28, 2011

Bukan Hipokrit....

 
" Eleh...kau buat blog cakap pasal agama pun bukannya ikhlas pun. Hipokrit ! "
 
" Tulis status kat FB berceramah bagai...ingat masjid ke nak bagi tazkirah "

" Ala..sebab dia kawan dengan si tettt  yang tudung labuh tu... tu yang dia konon buat baik tu "
 
"Bajet baik la konon nak nasihat aku ! Munafik la weyh!"

"Eh, sejak bila jadi mak lebai ni ? Dah pandai cakap halal haram ni ? Munafik betul !"

Sakit telinga mendengar.....
Sakit lagi dalam hati....
  Hampir mahu tersungkur...
Hasrat mahu berubah, hampir terkubur hanya kerana 'suara keldai' ini....
Inilah cabaran orang yang mahu berubah....
Pasti dia akan terdengar cakap-cakap buruk dari manusia sebangsa dan seagama dengan mereka ini....
 
Adakah orang yang mahu berubah itu orang hipokrit ?

Tidak ! Sama sekali bukan munafik orang yang mahu berubah...
Sebaliknya tindakan untuk berubah itu tindakan orang bijak dan berani.... 
 Manusia yang sedang berusaha untuk berubah....
Anda seorang wira ! 
Anda seorang pejuang ! 
Dan anda seorang yang cantik di mata Allah...

 Janganlah berhenti....
Dalam banyak tempat dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa manusia akan diuji...
Diuji, dan terus diuji hingga diyakini...
siapa yang dalam kalangan kita yang benar-benar 'bulat' hatinya untuk mencari wajah-Nya...

Ujian ini Allah timpakan kepada kita seperti tangga....
Selepas kita memanjat satu tangga, kita akan memanjat satu lagi....
Kemudian, satu lagi, dan satu lagi....
Hinggalah kita mencapai puncak iaitu wajah redha-Nya....
Antara ujian yang paling berat ialah penerimaaan masyarakat, ahli keluarga dan kawan-kawan kita...
 
Bagi yang lemah, pasti mereka akan berhenti memanjat hanya kerana label munafik..
atau hipokrit yang diberikan orang terutamanya dari sahabat...
Tuduhan yang tersangat salah ! 
 
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis" - Hadis riwayat At-Tabrani.

Tertarik dengan perkataan 'buat-buatlah menagis'...
Bukankah pada zahirnya, 'buat-buat' tu bererti berlakon? 
Adakah kita mahu menipu Allah ?

Tidak.... Sama sekali tidak...
Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu dan Paling Faham akan manusia...
Dia tahu, bahawa untuk manusia menjadi hamba yang baik, dia tidak akan dapat terus jadi baik...
Dia harus melalui proses yang panjang...
Sedikit demi sedikit, perubahan akan berlaku....

 Allah tahu segalanya...
Dia tahu bahawa kita ada limit atau batasan...
Kita tidak akan mampu terus berubah dengan mendadak...
Kita hanya akan mampu berubah, sedikit demi sedikit...
Kerana itu, Allah tak memberatkan kita dengan 'mesti menangis', sebaliknya Allah sediakan kita
keringanan, jika kita tak mampu, buat-buatlah menangis...

 Dengan erti kata lain, jika kita tidak mampu jadi manusia yang terbaik...
maka kita latihlah diri menjadi manusia yang baik ! 
Lama-kelamaan, pasti kita akan dapat jadi yang terbaik....

Untuk mencapai kesempurnaan iman jangan takut mencuba menerima cacian... 

Jangan peduli cakap orang...
Bukankah kita mahu berubah kerana Allah ? 
Allah pasti akan suka, jika kita mahu berubah....
Cuma syaitan saja yang tak suka...
Jadi, rasanya tidak melampau jika saya kata manusia yang menghalang orang buat baik..
dia tu macam syaitan.. 
Ada bantahan ?

Selepas ini, jika ada lagi orang kata 'kau munafik', maka balaslah, "So what ?

Semoga Allah mendengar doa ku..Ya Allah kuatkalah diriku ini...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .