Sabarlah wahai manusia..
Sabar dalam melakukan ketaatan..
Sabar dalam menolak kemaksiatan..
Sabar menerima ujian Allah..
Tanpa kesabaran tak mungkin seorang ibu sanggup melalui proses mengandung dan melahirkan..
Tanpa kesabaran tak mungkin seorang ayah sanggup berjuang demi memikul amanah Allah..
Tanpa kesabaran tak mungkin rakyat Palestin tegar meneruskan kehidupan dalam kepayahan..
Tanpa kesabaran tak mungkin seseorang hamba mampu mati dalam keimanan..
Sabarlah wahai hati !
Perkataan yang mudah dilafazkan tetapi sukar untuk dilaksanakan...
“Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat..” (al-Baqarah: 45)
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (al-Baqarah: 286)
"Dan janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman." (al-Imran: 139)
“Sungguh pada hari ini, Aku memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka. Sungguh, mereka itulah orang-orang yang memperolehi kemenangan.” (al-Mu’minun: 11)
Ya sabar itu mahar buat Allah di Hari Pengadilan.
"Ya Allah kurniakanlah aku, dia dan mereka sifat-sifat terpuji..
Hiasilah peribadi kami dengan kesabaran yang tinggi..
Amin Ya Rabbal 'Alamin..
1 comments:
T_T
mudah2n kita tergolong dgn org yg sabar expcially me dgn emotion sndiri.
Post a Comment