Jom Follow!!!

Sunday, May 8, 2011

Fikirkan Sebelum Menghisap & Menghembusnya..


Sesungguhnya setiap insan adalah hamba Allah yang diamanahkan 
supaya memelihara rohani dan jasmaninya...
Ini adalah kerana dirinya bukanlah miliknya yang mutlak...
Dirinya, fizikalnya serta tubuh badannya adalah milik Allah SWT...

"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.” (Al-Baqarah:195)
 
Jika dulu la kan..
para penagih rokok ni terdiri dari kalangan lelaki dewasa je..
tapi sekarang penagih rokok dah tak kira usia dan jantina...
Lelaki, wanita, dewasa dan remaja dan kadang-kadang..
murid sekolah rendah pun sudah ada yang merokok.
Apa nak jadi... ?
kalau kita tengok la..
kadang-kadang ada sesetengah kaum hawa ni...
slamber je hisap rokok depan orang ramai..
mana perginya malu seorang wanita ? 

 Bukankah merokok itu membahayakan kesihatan ? 

Diantara bahan kimia yang merbahaya di dalam setiap batang rokok
 

merokok merupakan penyebab utama berlakunya serangan kanser (barah) paru-paru..
Asap tembakau mengandungi sebanyak lebih kurang 4000 jenis kimia yang berlainan..
. Sekurang-kurangnya 43 daripada bahan kimia ini di ketahui menyebabkan kanser...
Terdapat juga bukti meningkat..
bahawa seorang yang sering terdedah dengan hembusan asap rokok..
dan mereka yang sering berada di persekitaran orang yang merokok..
boleh mengidap kanser paru-paru walaupun ia tidak merokok...
 
Ada je yang cakap..
 
“Aku kalau tak merokok sehari buntu rasanya, tak datang ilham.”
 
“Hilang rasa bosan bila kena sebatang.”
 
"rasa mengelatar lutut aku ni kalau tak merokok sehari"

Bagi seorang yang muslim..
ketenangan hati dan jiwa yang tenteram..
bukan diperolehi dengan benda-benda 
yang memudaratkan dan merosakkan...
Sebaliknya ketenangan hanya diperolehi 
dengan melakukan ibadat dan zikrullah...

“Orang-orang yang beriman 
dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. 
Ingatlah dengan mengingati Allah, 
hati akan menjadi tenang.” (Ar-Ra`d: 28)
 
Sebagai insan yang waras..
tekadkan dalam diri anda..
berikrar untuk meninggalkan perbuatan yang sia-sia..
khususnya merokok...

Jika kita fikirkan seseorang yang merokok.. 
yang dihisap adalah asap..
dan yang dihembus keluar juga adalah asap...
Jadi dimanakah untungnya merokok... ?
kenyang ke perut dengan hisap rokok ?
Kasihanilah orang lain disekeliling anda..
terutamanya keluarga yang terpaksa sama menghidu asap rokok...


Dalam islam merokok itu hukumnya haram..
tepuk dada tanya iman...
fikirkan la wahai hamba-hamba Allah..
tidak kiralah anda lelaki, wanita, kanak-kanak..
atau apa jua sekali pun umur dan jantina anda 
sayangilah diri anda..
kerana dirimu amatlah berharga...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .