Bismillahirrahmanirrahim...
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful...
usai solat subuh..
macam biasa la saya on tv..
mata masih mengantuk..
tapi saya tahan...
sebab orang cakap siapa yang tido selepas solat subuh rezekinya mahal...
tiba-tiba saya tergerak hati nak update blog..
selepas tengok rancangan tanya la ustaz tv 9...
entry saya kali ni ciri-ciri golongan munafik...
antara ciri-ciri golongan munafik ialah :
Golongan munafik apabila dia bercakap dia bohong..
zaman sekarang kita tengok cakap bohong ni benda yang dah jadi kebiasaan..
" manis durian ni abang..cantik isi dalam dia "
alih-alih balik rumah semua busuk....
bohong dalam perniagaan..
" Ya Allah sumpah aku tak buat "
pembohongan dan berselindung di sebalik nama Allah...
pepatah melayu ada cakap..
Siakap senohong gelama ikan duri..bercakap bohong lama-lama mencuri..
AWAS ye... !
kalau anda cakap bohong lama-lama anda boleh buat lebih dari itu...
Sesungguhnya diri kita adalah ladang..
maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik..
kerana jika tidak tumbuh semuanya
(perkataan yang tidak baik) niscaya tumbuh sebahagiannya..
Golongan munafik apabila ada dua pihak sedang pertelingkahan dia la jadi fire stone...
dia la yang jadi penambah perisa..
dia la yang jadi batu api segalanya...
sepatutnya dia la yang meleraikan pertelingkahan...
bila api di siram dengan air insyaallah akan padam..
tapi apabila api di simbah lagi dengan minyak tanah bertambah besar la api tu...
Golongan munafik apabila dia di beri amanah dia khianat..
AMANAH...
ibarat sekeping kaca yang perlu dijaga supaya ia tidak terjatuh...
jika ia terjatuh pasti ia akan berderai....
walaupun ia dapat dicantumkan kembali......
jarang ada orang yang ingin melihat kaca yang retak seribu....
Golongan munafik apabila ia berjanji ia mungkir..
" aku minta maaf aku janji aku tak buat lagi "
berjanji pandai tapi buat tak.........
Ya Allah jauhkan la aku..dia dan mereka daripada golongan munafik..
jauhkanlah kami dari sifat-sifat kepuraan-puraan ini..
moga bertambah iman kami padamu Ya Allah..
Amin Ya Rabbal 'Alamin..
0 comments:
Post a Comment