Jom Follow!!!

Thursday, April 28, 2011

J0d0h dan Pertemuaan

 
wahai wanita solehah..
jangan risau akan jodohmu..
kerana muslim yang bijak itu..
tidak akan terpaut pada wanita hanya pada rupa paras..
lirikan senyuman..
lentokkan bicaranya..
atau pada pujuk rayunya..
andai belum sampai jodohmu..
anggap la bahawa..
muslim yang kamu nantikan itu..
sedang membina sahsiah keperibadiannya..
bagi membantu dirimu..
kerana pada muslim itu..
pasti ada kekurangannya..
dan muslim yang benar-benar layak pasti akan hadir..
melengkapkan kekuranganmu..

wanita solehah permata buat lelaki soleh..


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, April 27, 2011

usaha.d0a.tawakal


Alhamdulillah.. syukur.. 
dapat jugak habiskan semua paper sem pertama (sem 5 intrgrsi) dekat p0ly premier ni.. 
macam-macam jugak cabaran nak exam ni..
7 paper macam nak ambik PMR balik..
berpeluh juga la kan nak hafal tujuh-tujuh subjek..
demi masa depan..

memang tak tahu nak cakap la bz bukan main time exam..
aktiviti bers0sial di internet memang sama sekali tak de masa..
sebelum tid0 study.bangun tid0 study..
siang pergi library study gr0up dengan sahabat seperjuangan..
hari-hari library..
ibarat libraryku syurgaku la time tu..
makan minum memang tak jaga la..
sampaikan balik keramat terpaksa geledah peti ais
mencari ubat kapur aka ubat gastrik..

usaha dah.sekarang tinggal d0a dan tawakal sahaja..
d0a saya..
sem0ga usaha yang dah buat..
s0alan yang dah jawab..
mendapat keberkatan daripada Allah SWT..
diberi kejayaan di dunia dan akhirat..
dan kejayaan ini dapat mengembirakan hati
En Ghazali & Pn Noridah
amiin...

ayah saya slalu pesan.. 
apapun yang kita buat kat dunia ni.. 
berdoalah.. mohonlah perkenan daripada Allah.. 
Dia yang menentukan pengakhiran..
kita hanya merancang..
nak dapat d0a yang makbul, kita selaku hamba Allah kenalah buat la benda yang diredhai 0leh-Nya.. 
jangan d0a je.. usaha takde.. dah tu buat benda yang terang-terang dilarang..
dan perlu ingat jugak..
kalau tak dapat apa yang kita inginkan.. redhalah dengan ketentuan ilahi..

Tak payah lah usaha.sebab Allah dah tetapkan semuanya bt0l ke?

Ada yang percaya:
“Tak perlu study, sebab keputusan periksa tu
Allah dah susun semenjak azali”
Ya kah?

Saya sebenarnya suka untuk semua manusia memikirkan satu dimensi yang lain dari pemikiran-pemikiran di atas. Pada saya, 0rang yang berkata seperti di atas, tidak memahami kasih sayang Allah SWT secara sebenarnya kepada manusia..


Memang takdir itu kepunyaan Allah SWT. Memang, Allah SWT tahu apa yang jadi pada masa hadapan. Memang, Allah SWT dah susun semuanya. Tapi antara kasih sayang Allah kepada manusia, adalah Allah SWT mengurniakan kepada manusia satu perkara:

Ikthtiar...

 
Allah SWT, memberikan pada manusia ikhtiar.

Sebab itu Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu bergerak mengubah apa yang ada dalam diri mereka terlebih dahulu” Surah Ar-Ra’d ayat 11.

Allah SWT juga berfirman:
“Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah SWT, sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah SWT hanyalah orang-orang yang kufur” Surah Yusu ayat 87.

Di sini jelas bahawa, Allah SWT memberikan manusia kuasa untuk berusaha.
Untuk apa usaha, andai semua perkara sudah tersusun dan ditentukan ?

Pada saya, kata-kata: “Tidak perlu usaha, Allah dah susun semua” adalah satu tuduhan palsu kepada Allah SWT. Bukankah perkara itu, secara tidak langsung kita telah menyatakan bahawa Allah itu zalim ?

Allah itu Maha Mengetahui. Sebab itu, Allah SWT Maha Mengetahui Masa Hadapan kita. Adakah kerana Dia telah menyusun semuanya ?
Se0rang pensyarah saya berkata: 
“Sebenarnya, masalah ini masalah yang besar. 
Kerana ini adalah ilmu Allah SWT. 
Tiada siapa b0leh bereksperimentasi dalam hal ini, untuk membuktikan kebenaran hip0tesisnya. Tapi, saya b0leh katakan begini berkenaan masalah Allah telah menyusun semua perkara. Sebenarnya, Allah SWT tidak menyusun semua perkara..
tetapi Dia mengetahui semua perkara. 
Dia tahu kita akan pilih apa
Dia tahu apa akan jadi pada kita dengan pilihan kita
Dia tahu ke mana kita akan pergi dengan pilihan kita dan begitulah Dia. Dia Maha Mengetahui”

Yakni Allah SWT mengetahui masa hadapan kita.
Dia tahu kita bagaimana nanti.
Ada dua pilihan..
Allah tahu yang mana kita akan pilih. 
Allah SWT tahu apa akan jadi kepada kita dengan pilihan kita.
Tapi yang memilih, itu kita....
 
Jadi, jangan fikir fasal nanti jadi apa, apa Allah dah susun pada aku.
Itu semua ilmu Allah SWT. Natijah, kita serah pada dia.
Tapi kita juga perlu selitkan sangka baik kita kepada Dia.
Allah SWT tidak akan memungkiri janji-Nya. 
Takkan yang buat baik, Dia suka-suka nak campak masuk neraka?
Namun, di atas dunia ni memang berlaku situasi-situasi macam ni:
“Aku belajar sungguh-sungguh, tapi dapat 3 p0inter je.kenapa tak dapat 4 flat ? ”

Situasi-situasi macam ni, jangan kita salah anggap yang Allah dah takdirkan keburkan pada kita. Sebenarnya, itu semua ujian sahaja. Ujian sahaja. Kena faham yang itu. Dan ujian-ujian itu ada hikmahnya. Nak mengingatkan kita kepada kehidupan kita, nak dekatkan kita kepada Allah, nak uji keimanan kita..

Jadi, kita usaha. Sebab itu, kita selalu kata:
“Usaha di tangan manusia, natijah di tangan Allah, dan apa yang Allah beri itu yang terbaik”
Jadi, terus berusaha..
Mana la tahu, dari runtuhan kegagalan kita, kita mampu membina bangunan kejayaan yang tinggi.
Dan ketahuilah, dalam hidup memang akan ada ujian...
Ujian dengan kehidupan, adalah kembar tidak seiras...

Allah SWT suruh kita tidak berputus asa pada rahmatNya. Allah SWT kata, Dia tidak akan mengubah nasib kita, melainkan kita tidak bergerak mengubah diri kita. Allah SWT kata, tidak paksaan dalam agama, kita b0leh pilih mana kita suka, tetapi dah jelas mana baik buruk. Allah kata, siapa buat baik dibalas kebaikannya, siapa buat buruk, dibalas keburukannya.
Semua tu, Allah yang kata.

Dan Allah SWT, tidak memungkiri janjinya.

“Dan sesungguhnya janji-janji Allah itu benar…” Surah Ar-Rum ayat 60.

Jadi, kenapa kita memilih untuk tidak berusaha meraih janji-janji-Nya ?

Manusia yang tidak berusaha ni, layaknya kita panggil zombi. Dia mayat sebenarnnya, tapi terhidup pula. Mayat, tak payah usaha...

Bila boleh berhenti usaha ?
Bila dah mati sahaja...

Jadi, bersangka baiklah kepada Allah. Yakinlah dengan semua kata-kata-Nya. 
Dia tidak akan menzalimi diri kita...
Tetapi, manusialah yang sering menzalimi diri mereka sendiri...
Beri pelbagai alasan, itu dan ini...
Dan saya rasa: “Tak payah usaha, Allah dah susun semua” 
hanyalah salah satu alasan..



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .