Jom Follow!!!

Wednesday, March 30, 2011

P.E.N.D.I.A.M S.E.B.E.N.T.A.R


kata-kata semangat untuk diri..

untuk memujuk diri supaya rajin study..!!

demi sebuah dipl0ma yang akan ku genggam..

untuk masa depan..

Ir Nur Afifah Ghazali..(Insyaallah..)

'setiap ketentuan Allah itu ada hikmah disebaliknya.....'

=) 

Afifah Ghazali budak baik....

banggakan Pn N0ridah.En Ghazali.Ahmad Afif..

biar mereka menitikan air mata disebabkan kejayaanmu

bukan disebabkan kegagalan....


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, March 29, 2011

kenapa 'subuhmenjelma'??

 

 Tatapilah langit dan kau akan lihat pintu langit serasa dibuka oleh Pemiliknya. Engkau akan lihat pemandangan alam yang sangat luar biasa. Bintang kecil yang berkelap-kelip dan pancaran cahaya bulan s0lah-olah mengatakan kepadamu, “selamat pagi sahabatku”. Lalu kau akan dengarkan suara azan yang merdu sambung menyambung dari masjid ke masjid...

Memanggil umat Islam untuk segera s0lat subuh daripada tidur. 
Alangkah indahnya suasana subuh. Suasana kedamaian hati yang selalu terjaga. Dalam suasana itu para malaikat turun ke bumi mencatat 0rang-0rang s0leh yang selalu menegakkan s0lat subuhnya dengan baik dan sempurna. Memuji manusia yang selalu k0nsisten dengan apa yang dituliskan dengan apa yang dikerjakan. Membuat para malaikat iri dengan amalan 0rang-0rang s0leh. 0rang-0rang yang selalu bersujud dan bertemu dengan Tuhannya di waktu subuh.....


Keindahan suasana subuh tidak banyak dirasakan oleh manusia. Apalagi bila iman manusia itu sedang turun. Tak akan didengarnya suara azan sambung menyambung. Tak akan di dengarnya pula suara ayam berk0k0k di pagi hari membangunkan manusia dengan suara kukuruyuknya. Tak akan kau rasakan pula sejuknya udara pagi dan indahnya pan0rama alam. Bumi Allah yang kaya akan kekayaan alamnya....
 
Indahnya pagi dan suasana subuh membuat hatiku berdecak kagum akan kebesaran pemilik langit dan bumi. Membuatku berzikir dan mengucapkan Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illahu Allahu Akbar. Memuji kebesaran Allah, Tuhan yang maha Tinggi. Tuhan yang Maha Agung...
 
Keindahan suasana subuh telah menyedarkan aku betapa pentingnya mendirikan s0lat di waktu subuh. Membaca Al-Qur’an di pagi hari dan membuatku semakin dekat dengan Pemilik alam semesta yang sangat indah ini. Mengucapkan terima kasih kepada Allah kerana telah dipanjangkan umurku di hari ini. Alhamdullillah...

Keindahan suasana subuh membuatku terharu akan betapa sayangnya DIA kepada para makhlukNya. Semua makhluk yang diciptakanNya diberinya kasih sayang yang sama. Sama-sama diberikan rezeki dari pintu langit dan bumi. Semoga Allah sentiasa menjagaku untuk selalu mendirikan s0lat subuh. S0lat yang di dalamnya mengandung rahsia......

Sudahkah anda mendapat rahsia s0lat subuh disebalik subuhmenjelma??? 
tepuk dada tanya iman....


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

H.A.W.A

Wanita hiasan dunia.Seindah hiasan adalah wanita s0lehah..
 
CANTIK hawa kerana akhlaknya..
LEMBUT hawa kerana tutur katanya..
MESRA hawa kerana senyumannya..
CEKAL hawa kerana beraninya..
PATUH hawa kerana setianya..
SABAR hawa kerana imannya..
KASIH hawa kerana belaiannya..
LEMAH hawa kerana air matanya..
IKHLAS hawa kerana simpatinya..
DENDAM hawa kerana cemburunya..
SAYANG hawa kerana sifat keibuannya..
 
tanpa HAWA.ADAM lemah...
 kerana HAWA.ADAM kalah...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, March 28, 2011

Tiada Yang H0doh.Cuma Kecantikan Yang Berbeza..


Saya memang suka memerhati.Banyak tempat yang saya pergi saya akan sentiasa memerhati.Pelik kur?? Mungkin ya bagi sesetengah 0rang, mungkin juga hanya sesuatu yang biasa..kadang-kadang perjalanan dari shah alam ke keramat meluaskan lagi pemerhatian saya..

 Apa yang saya perhati.Saya suka memerhati gelagat manusia.saya suka memerhati alam semulajadi dan saya juga suka memerhati apa yang berlaku di sekeliling.Saya memerhati bukan dengan pandangan mata yang k0s0ng tanpa warna.Saya memerhati untuk mencelikkan mata hati dan mencetus rasa peduli..

Saya memerhati bukan kerana mahu tahu apa yang tiada pada 0rang lain.jauh sekali untuk mencari kelemahan dan kekurangan mereka.Saya memerhati untuk menilai dan mengenal diri agar terbit rasa syukur dengan apa yang dimiliki...

Tiada Yang H0d0h, Cuma kecantikan Yang Berbeza....
 
 Sesungguhnya manusia diciptakan dengan sebaik-baik kejadian sebagaimana yang disebut 0leh Allah SWT di dalam surah at-Tin ayat 4. Benar manusia memang makhluk terbaik dan istimewa. Mereka b0leh mel0njak melebihi darjat malaikat jika keimanannya kukuh dan menebal serta b0leh turun sehina-hina haiwan jika menurut hawa nafsu dan menyeleweng dari jalan yang telah ditetapkan oleh syarak...
 
    Ada ketikanya timbul pertanyaan 
dari akal saya yang dangkal dan cetek ini,  mengapa Allah menjadikan manusia itu ada yang cantik dan ada yang tidak.ada yang berkulit cerah dan ada yang berkulit gelap.ada yang bermata sepet.ada yang bergigi j0ngang.ada yang telinga kecil.ada yang kening tebal dan berbagai-bagai pers0alan lagi...Begitulah cetusan akal cetek dan jahil se0rang manusia serta pandangan mata makhluk yang serba tidak sempurna ini...

Setiap hari saya memerah 0tak mencari jawapan yang dapat meredakan hati, kadang-kadang sampai bawa mimpi. Saya masih mencari jawapan yang hakiki. Akhirnya saya temui jawapannya......
 
"Tiada yang hodoh, cuma kecantikan yang berbeza" 
kalimah inilah yang membangkitkan saya dari pers0alan yang mend0d0i-d0d0i hidup. Allah SWT berfirman:

"Wahai manusia! Apakah yang telah memperdayakan
kamu (berbuat dosa) terhadap Tuhan kamu Yang Maha Pemurah Tuhan yang telah mengatur kejadianmu lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya diadakan anggota itu) serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya.Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendaki, Dia susunkan kejadianmu." (al-Infithar: 6-8)
 
 Subhanallah! Rupa-rupanya setiap kejadian angg0ta badan sesuai dan seimbang dengan angg0ta yang lain. Mungkin mata yang sepet sesuai dengan muka yang panjang, mulut yang luas kerana sesuai dengan giginya, mungkin juga jari yang panjang sesuai dengan lengan yang kurus. Mungkin juga tahi lalat yang tumbuh di pipi sesuai dengan wajahnya =). Semuanya seimbang menurut susunan yang dikehendaki-Nya. Ya Allah dangkalnya akalku, ceteknya pengetahuanku..

Syukur dan terus bersyukur dengan limpah kurnia-Nya kerana Dia mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Walaupun kita rasa kita tidak cantik dan tidak menarik, ada jerawat, tahi lalat, kulit gelap dan sebagainya. 
Firman Allah SWT:

“B0leh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan b0leh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah: 216)

Kemudian ditambah lagi dengan satu hadis Rasulullah saw untuk ketenangan hati...
 
 Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan juga l0ngg0kan harta kamu, tetapi Dia melihat kepada amal ibadat dan hati kamu." 
 
Alhamdulillah. Tiada yang h0d0h, cuma kecantikan yang berbeza. Jiwa saya tenteram.... =)






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, March 26, 2011

Belajar Itu Wajib =)

dah dekat final...kena stdy cam ni la....
 
 
F0kus itu penting.....
 
 
DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN
 
  • Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
    (DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)
Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
 
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"
 
  • Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan
 Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa
 
 Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu
 
  • Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan 

Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit (3kali)

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa
 
  • Doa memohon kejayaan cemerlang 
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan
 
Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa'
 
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh
 
Usaha,doa & tawakal....
Kita hnya berusaha Allah yang menentukan........~



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thats d End 0f d Class.....

Friday...
ana ade kelas design...
test c0lumn yang terakhir...
ceramah design yang terakhir dr Ir Ghazali (sama nama dengan ayah ana ^_^ )
pastu.. this is last class.
huh... after dis, n0 m0re class n m0re ore discussi0n b0ut design.beam.slab.c0lumn.. hahha
im s0 very glad..

masa tunggu Ir Ghazali...


apabila Ir sudah mula memberi ceramah....
empat sahabat ketika senang dan susah .......


dan................
di akhir caramah..apabila keb0sanan itu telah munc0ol...


keje amik gambar wajib dilakukan ketika b0hsan....
 
 
 
at d end.. nk hbs kelas tu.. ana terus jadi hapy...
tak tahu kenapa....
tapi yang penting hari tu...
design dah tak perlu nk pikir dah..

 dan yang lagi penting..
hari jumaat hari balik ke kediamaan n07...
ketenangan itu munc0ol apabila lihat muka mak dan ayah... ^_^


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, March 25, 2011

Mimpi Dan Impian Untuk Berjaya .......~

Hujung semester musim exam... siswa dan siswi selalunya sibuk menelaah pelajaran masing-masing. Mereka yang belajar secara k0nsisten akan melalui masa ulang kaji dengan bersahaja.
Sebaliknya, mereka yang baru membuka buku pada saat-saat akhir akan mengalami huru hara perasaan. Tidak tahu buku apa yang hendak digagau dahulu, bab mana yang hendak dibelek dan fakta mana yang perlu difahami. Kismis pandai yang dikunyah dan air penerang hati yang dig0g0k tidak akan membantu mereka yang mengulangkaji pada waktu kecederaan kecuali hanya mengembungkan perut semata-mata...

Begitulah bezanya di antara mereka yang hanya bermimpi dan mereka yang mempunyai impian. Yang bermimpi hanya memasang angan-angan. Siswa dan siswi, khayalannya ialah keputusan GPA 4.0 yang tentu sekali bersama Anugerah Dekan. Malangnya, 0leh kerana ia bayangan dan khayalan, mimpi mereka akan bertukar menjadi igauan apabila keputusan diper0lehi dan realiti menjengah di depan matanya.

Untuk yang berimpian pula, kerajinan sudah menjadi resminya, kesungguhan itulah karakternya dan kecemerlangan adalah tabiatnya. Dia manusia realistik kerana kejayaannya dibina, bukannya dikejar. 0leh kerana kejayaannya dibina, ia kukuh berpijak di bumi nyata. Jika dia mengejar kejayaan, kejayaan itu sendiri akan semakin jauh seperti pelangi yang tidak mungkin digapai.

Kejayaan Dicipta, Bukan Nasib

Lihatlah mereka yang sebenar-benarnya berjaya. Kejayaan mereka dicipta. Ia bukannya nasib. Dari segi zahir, kejayaan yang diper0leh tampak begitu senang dan mudah. Padahal, segala derita sengsara, duka nestapa dan peluh bersama air mata darah telahpun dihadapi dengan sabar, reda dan pasrah.

Kerana itu, kejayaan sese0rang tidak boleh ditiru begitu-begitu sahaja. Jika kejayaan ditiru, ia tidak akan kekal lama.
  0leh kerana ia hanya tiruan, kejayaan yang diper0leh biasanya hanya sekejap. Puncaknya hanya dapat disentuh seketika sahaja hari ini. Pada hari es0knya, dia akan menggel0ngs0r ke tempat asal.

Menjejaki Daya, Bukan Meniru Gaya

Yang penting untuk berjaya ialah menjejaki daya mereka yang berjaya, bukannya meniru gaya mereka yang telah berjaya. Akibat hanya meniru gaya, kita hanya memperoleh kulit kejayaan. Sebaliknya bila kita meniru daya 0rang yang berjaya, kita akan memper0leh isi kejayaan itu sendiri.

Pendek kata, mana ada jalan pintas untuk berjaya? Malah, jika kita gunakan segala pengaruh, kuasa dan wang untuk memasuki lebuh raya kejayaan, ia pasti dihalangi dengan pelbagai t0l kerenah yang bukan-bukan sebagai imbuhan.

Sebab tu janganlah bermimpi untuk berjaya. 
Sebaliknya kita mesti memasang impian. 
Ini adalah kerana, mimpi dan impian adalah dua m0de minda yang berbeza!

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَ الرَّحِيم                                      

            Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, 
wa hifzaal mursaliin wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, 
fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin

Ya Allah, kurniakanlah hambamu ini fahaman nabi-nabi
dan hafalan para rasul serta mendapat ilham
dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kepadaku kesihatan  
Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih
Ya Allah bantu la hambamu yang lemah ini
untuk menghadapi peperiksaan akhir semester 5 ini dengan jayanya 
agar dapat mengembirakan hati kedua ibu bapaku dengan keputusan yang diperolehi
dan kurniakan kejayaan kepadaku di dunia dan di akhirat 
amin....~






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

M0tivati0ns Of Life ^^

The most difficult pers0n t0 FACE in life is y0urself.
A GRATEFUL heart is the cure for l0neliness.
D0 n0t judge the FUTURE by the past.
Never stop reaching for the G0AL in fr0nt.
H0ld 0n t0 y0ur BELIEF, then y0u will 0verc0me difficulties.
TRIVIALITIES can accumulate t0 an imp0rtant epis0de.
Kind DEEDS can bring g00d returns.
DREAM is our m0tivation in life.
WISD0M is t0 understand that the w0rld is ever-changing.
SINCERITY is a natural spring of water.
Danger brings us TRUE friends.
SMILE is the first step 0f a new life.
So, g0 0n with y0ur life with a new spirit.
Everyday is a new day..........
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, March 19, 2011

Titipan Buat Hawa ^_^

 
"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

Aku tidak ingin dipandang cantik 0leh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ...

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu se0lah-0lah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati...

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan se0rang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan...

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya?? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi???

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah..

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik??

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan se0rang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen..

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat se0rang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa..

Aku merasa se0lah-0lah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar mem0h0n ampunan-Nya. Aku juga berd0a agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan..

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan se0lah-0lah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang mengg0daku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak..

Aku bukanlah se0rang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana...

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu..

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah j0d0hku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu..

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu..

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku..
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. M0ga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga..

Se0rang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. sem0ga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini....amin....~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .