Jom Follow!!!

Monday, March 28, 2011

Tiada Yang H0doh.Cuma Kecantikan Yang Berbeza..


Saya memang suka memerhati.Banyak tempat yang saya pergi saya akan sentiasa memerhati.Pelik kur?? Mungkin ya bagi sesetengah 0rang, mungkin juga hanya sesuatu yang biasa..kadang-kadang perjalanan dari shah alam ke keramat meluaskan lagi pemerhatian saya..

 Apa yang saya perhati.Saya suka memerhati gelagat manusia.saya suka memerhati alam semulajadi dan saya juga suka memerhati apa yang berlaku di sekeliling.Saya memerhati bukan dengan pandangan mata yang k0s0ng tanpa warna.Saya memerhati untuk mencelikkan mata hati dan mencetus rasa peduli..

Saya memerhati bukan kerana mahu tahu apa yang tiada pada 0rang lain.jauh sekali untuk mencari kelemahan dan kekurangan mereka.Saya memerhati untuk menilai dan mengenal diri agar terbit rasa syukur dengan apa yang dimiliki...

Tiada Yang H0d0h, Cuma kecantikan Yang Berbeza....
 
 Sesungguhnya manusia diciptakan dengan sebaik-baik kejadian sebagaimana yang disebut 0leh Allah SWT di dalam surah at-Tin ayat 4. Benar manusia memang makhluk terbaik dan istimewa. Mereka b0leh mel0njak melebihi darjat malaikat jika keimanannya kukuh dan menebal serta b0leh turun sehina-hina haiwan jika menurut hawa nafsu dan menyeleweng dari jalan yang telah ditetapkan oleh syarak...
 
    Ada ketikanya timbul pertanyaan 
dari akal saya yang dangkal dan cetek ini,  mengapa Allah menjadikan manusia itu ada yang cantik dan ada yang tidak.ada yang berkulit cerah dan ada yang berkulit gelap.ada yang bermata sepet.ada yang bergigi j0ngang.ada yang telinga kecil.ada yang kening tebal dan berbagai-bagai pers0alan lagi...Begitulah cetusan akal cetek dan jahil se0rang manusia serta pandangan mata makhluk yang serba tidak sempurna ini...

Setiap hari saya memerah 0tak mencari jawapan yang dapat meredakan hati, kadang-kadang sampai bawa mimpi. Saya masih mencari jawapan yang hakiki. Akhirnya saya temui jawapannya......
 
"Tiada yang hodoh, cuma kecantikan yang berbeza" 
kalimah inilah yang membangkitkan saya dari pers0alan yang mend0d0i-d0d0i hidup. Allah SWT berfirman:

"Wahai manusia! Apakah yang telah memperdayakan
kamu (berbuat dosa) terhadap Tuhan kamu Yang Maha Pemurah Tuhan yang telah mengatur kejadianmu lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya diadakan anggota itu) serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya.Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendaki, Dia susunkan kejadianmu." (al-Infithar: 6-8)
 
 Subhanallah! Rupa-rupanya setiap kejadian angg0ta badan sesuai dan seimbang dengan angg0ta yang lain. Mungkin mata yang sepet sesuai dengan muka yang panjang, mulut yang luas kerana sesuai dengan giginya, mungkin juga jari yang panjang sesuai dengan lengan yang kurus. Mungkin juga tahi lalat yang tumbuh di pipi sesuai dengan wajahnya =). Semuanya seimbang menurut susunan yang dikehendaki-Nya. Ya Allah dangkalnya akalku, ceteknya pengetahuanku..

Syukur dan terus bersyukur dengan limpah kurnia-Nya kerana Dia mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Walaupun kita rasa kita tidak cantik dan tidak menarik, ada jerawat, tahi lalat, kulit gelap dan sebagainya. 
Firman Allah SWT:

“B0leh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan b0leh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah: 216)

Kemudian ditambah lagi dengan satu hadis Rasulullah saw untuk ketenangan hati...
 
 Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan juga l0ngg0kan harta kamu, tetapi Dia melihat kepada amal ibadat dan hati kamu." 
 
Alhamdulillah. Tiada yang h0d0h, cuma kecantikan yang berbeza. Jiwa saya tenteram.... =)






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .