Jom Follow!!!

Saturday, December 31, 2011

Cerita Disebalik Pohon Semalu~


pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan....

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah....

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek :

Pertama

 pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)...

Kedua

semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim...

Ketiga

 semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin...

Keempat

 semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja...

wahai kaum Hawa seperti saya, ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil =)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, December 29, 2011

Hanya Cinta DIA Di Hati~


saat diri ini bertanya bagaimana caranya..

hati ini menjawab "aku juga tidak tahu bagaimana caranya"

diri ini sudah istikharah, tapi tidak menemukan sebarang jawapan..

tapi diri ini sangat yakin..

 sekiranya ada redha Allah diatasnya, pasti caranya akan tiba..

biarkanlah caranya berjalan sendiri...

biarlah Dia yang mengaturkan segalanya..

tidak perlu merendahkan martabat diri demi untuk meraih cinta seorang lelaki...

kerana diri ini tahu, manisnya dan cantiknya seorang perempuan itu terletak pada taqwanya, hatinya yang sentiasa tunduk malu pada perkara-perkara yang tidak patut...

dan saat ini, aku hanya mencintaiNya..

saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka....

di situlah Allah lenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka...

 kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih...

saat itu hati ini berbisik : “aku tahu bila Allah mencintaiku, iaitu saat aku membenci segala kejahatanku”

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila Allah mencintai seseorang maka ia membuatnya faham mengenai agamanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


disaat yang sepi ini ya Allah...

ku duduk seorang diri...

memohon keampunan dari Mu...

ya Allah betapa rimbunnya dosaku..

semua terlakar dilembah usiaku..

salah dan silap dimasa yang lalu..

kini ku sesali...

ya Allah ku tidak layak kesyurgamu..

namun tak sanggup ke nerakamu..

kutunduk sujud merendah diri...

kembali padamu...

ya Allah akan ku patuhi segala suruhanmu...

akan ku jauhi segala laranganmu..



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, December 28, 2011

Cinta Hati Saya~

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” [Sahih Sunan al-Tirmizi, no: 1899]

siapa yang suka bagi nasihat sekiranya anak sedikit lalai hal dunia ?

It's ayah. He told about everyhting. memberi nasihat, teguran ketika anaknya sedikit lalai. Bagi semangat ketika  anaknya hampir berputus asa and macam-macam lagi. =)

 siapa yang ajar masak and sambung potong bawang bila myself menangis teresak-esak nak potong bawang and bila potong petai tetibe ada ulat ueww ueww lalu berlari 1 kilometer ? masa mula-mula masak (^_^ )


  It's my mak. Mom's cooking is the best ever in the world !

sentiasa luahkan masalah dekat mak, walaupun kadang-kadang sedikit malu..ngeee  =_=

siapa yang suka cerita pasal gadget and I'm crazy about it. Selalu bagi pendapat which gadget is better and always bought me one. haha.


It's me afifah ghazali. ayah can I have another one?  iPhone 4S is better then blackberry. lalalala~  

 siapa yang bawak pergi klinik masa 12 a.m cause emergency tiba-tiba demam panas pada tengah malam ?


It's ayah and mak. They worried of me.

afifah ghazali <-- agak sensitive dan mudah jatuh sakit, walaupun terkena hujan sikit... =_=

 siapa yang suka mengacau dekat rumah...


It's him. abang long -,- (adik beradik 2 orang je) abang long is the enemy that we can't live without...

sedikit cemburu apabila dia dapat sedikit keistimewaan sebagai "abang long"..

 selagi kita masih ada parents, hargailah mereka...

buatlah mereka tersenyum....

 sometimes ada berlakunya percanggahan pendapat but respect them...

 they know the best for us....

 mereka selalu berkorban apa saje untuk kebahagiaan kita...

 sangat tak patut pentingkan kekasih daripada family....

 berbaktilah kepada mereka selagi mereka ada. =)

cinta ibu sampai ke pintu syurga, cinta ayah sampai ke taman syurga 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Menjadi diriku 。◕‿◕。






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, December 27, 2011

Lampu Isyarat dan Kehidupan~

lampu isyarat atau 'traffic light', saya pasti semua orang pernah melihatnya, bahkan setiap hari...

jika ditanya, apakah warna-warna lampu isyarat, usahkan yang dewasa, kanak-kanak pun boleh menjawab dengan pantasnya. Merah, kuning dan hijau. Itulah warna-warnanya. Sekarang, saya ingin anda memilih urutan lampu isyarat yang sebenar...


macam mana ? dah dapat jawapannya ? keliru ? nampaknya anda kena ambil ujian memandu lagi sekali.

walaupun boleh dikatakan setiap hari kita melihat lampu isyarat, namun kita masih kurang pasti akan kedudukan warnanya yang sebenar. kenapa ? Kerana kita kurang peka atau kurang ambil berat. Apa yang kita tahu, "hijau jalan"...

sebagaimana yang kita tahu, warna-warna lampu isyarat memberi maksud seperti berikut :

Merah - Berhenti
Kuning - Bersedia untuk berhenti/bersedia untuk pecut --> mana satu ek yang tepat ('.'?)
Hijau - Jalan

sebagaimana jalan raya ada peraturannya, ada lampu isyaratnya, begitulah juga dengan kehidupan kita...

apa yang disebut sebagai kehidupan kita ? 

Islam adalah kehidupan kita. 'Islam is the way of life'...

Islam punya hukum dan peraturannya yang tersendiri sepertimana yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Sempurna...

Allah telah menetapkan suruhan dan laranganNya. Allah telah menetapkan yang mana haram dan yang mana halal. Allah telah menetapkan yang mana dosa dan yang mana pahala....

 Lampu Isyarat Merah

sememangnya menjadi fitrah manusia, tergesa-gesa dan berkeluh-kesah. Walaupun tahu merah maksudnya berhenti, namun tetap sahaja ada yang melanggarnya. Undang-undang manusia menetapkan sesiapa yang melanggar lampu isyarat merah akan dikenakan denda maksimum RM300 (bagi yang terselamat la...). Bagaimana kalau berlakunya kemalangan, menyebabkan kehilangan nyawa dan harta? Mungkin ada yang berkata :

"ala, aku pernah je langgar lampu merah. Selamat je. Tengok kaki la beb!"

memang betul la kadang-kadang ada yang 'terselamat' daripada didenda atau ditimpa kemalangan. Ini menyebabkan mereka merasa diri hebat. Akhirnya mendorong mereka untuk mengulangi perkara yang sama. Malahan, mereka rasa seronok bila dapat berbuat demikian....

sahabat sekalian....

buatlah perbandingan melanggar lampu isyarat merah dengan melanggar hukum Allah...

sebagai contoh, walaupun tahu berzina itu dosa besar, masih ada yang sanggup melakukannya. Merasa diri hebat, kerana tidak pernah ditangkap jabatan agama, diserbu pihak berwajib, (mereka lupa, Allah sentiasa melihat mereka) malah yang gadisnya tidak pernah pula 'termengandung'. Hal ini mendorong mereka mengulangi perbuatan keji itu. Tidak pernah terfikir akan kesannya. Bila tiba-tiba si gadis bunting, si jejaka melarikan diri entah ke mana. Habis madu sepah dibuang. Akhirnya anak dalam kandungan menjadi mangsa, dibuang ke dalam tong sampah, mangkuk tandas dan sebagainya. (Sedar atau tidak, makin menambahkan lagi dosa). Tidak pernah terfikir andai Allah menarik nyawa saat bermaksiat kepadaNya. Na'uzubillah... Begitukah kesudahan yang diharap-harapkan?

"Tetapi mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan kerendahan hati ketika  siksaan Kami datang menimpa mereka? Bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menjadikan terasa indah bagi mereka apa yang selalu mereka kerjakan." (Al-An'am:43)

Lampu Isyarat Kuning

seringkali ada yang salah faham atau sengaja buat-buat tak faham, bila lampu kuning, mereka bukannya bersedia untuk berhenti, bahkan menekan pedal minyak dan memecut supaya tidak menunggu lampu merah yang seterusnya..

rasanya lebih ramai yang memilih untuk memecut berbanding memperlahankan kenderaan. Terlalu sedikit yang memilih untuk memperlahankan kenderaan dan berhenti, seterusnya menunggu lampu hijau lagi...

tidak salah seandainya kita memilih untuk memecut, namun risikonya kita sendirilah yang harus memikulnya...

membuat perbandingan, di dalam Islam juga terdapatnya hukum makruh dan syubhah...

 perkara yang makruh bermaksud, membuatnya tidak mengapa tetapi meninggalkannya mendapat pahala.... tak nak pahala ke ('.'?)

sebagai contoh, seandainya kita ragu-ragu dengan status halal sesuatu makanan, maka apa salahnya jika kita terus meninggalkannya...

 Rasulullah s.a.w bersabda, "Tinggalkanlah apa yang meragukanmu dan kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu." (HR Tirmidzi dan Nasa'i)

Dalam sebuah hadith lain, diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, dari Abu Abdillah An-Nu'man bin Basyir, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, antara keduanya terdapat yang samar yang tidak diketahui oleh banyak umat manusia. Barangsiapa menjaga diri dari hal-hal yang samar itu, maka ia telah menjaga agama dan harga dirinya, dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara yang samar, maka ia telah jatuh ke dalam wilayah yang haram, seperti seorang pengembala yang menggembala di sekitar daerah terlarang, sedikit lagi ia akan masuk ke dalamnya. Ketahuilah setiap Raja itu mempunyai daerah terlarang. Ketahuilah sesungguhnya daerah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkanNya..."

Lampu Hijau

sepertimana fungsinya yang membolehkan kenderaan mula bergerak menuju  destinasi, begitulah ia begitu disukai dan ditunggu-tunggu. Ada yang sampai berhenti melepasi garisan putih kerana tidak sabar menunggu 'isyarat' dari 'si hijau'...

memetik kembali dari hadith di atas, sesungguhnya yang halal itu jelas. Begitulah dalam Islam, Allah telah menggariskan suruhanNya dengan sejelas-jelasnya. Ada yang harus dilaksanakan, ada yang sunat dilakukan, dan yang paling perku diitikberatkan adalah perkara yang WAJIB dilaksanakan sebagai umat Islam.

membuat perbandingan, mungkin lebih ramai yang sukakan 'si hijau' di tepi jalan berbanding 'si hijau' yang lagi satu ini...

sebagai contoh, solat merupakan tiang agama, mengerjakannya adalah wajib bagi yang bergelar muslim. Namun, masih ada yang berani mengingkarinya. Mungkin sahaja mereka ini terlupa bahawa azab Allah itu sangat dahsyat....

 sepertimana lampu isyarat berfungsi untuk menjaga dan memelihara keharmonian penghuni di jalan raya, maka begitulah juga hukum-hukum yang telah termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah...

mereka yang ingin 'perjalanannya' selamat ke 'destinasi', maka mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengikuti segala aturan yang ditetapkan. Bila 'lampu merah', mereka 'berhenti' dengan patuhnya, bila 'lampu kuning', mereka memilih 'jalan selamat untuk berhenti', dan bila 'lampu hijau' mula menyala, mereka tanpa ragu 'meneruskan perjalanan' dengan harapan Allah akan memberkati dan merahmati mereka...

muhasabah diri, jadikanlah Islam cara hidup kita. Ingatlah Allah sentiasa memerhatikan kita, bahkan Dia tahu apa yang tersembunyi di dalam hati kita. Bersyukurlah kerana kita terpilih menjadi umatNya.

jangan sesekali kita berkeluh kesah dengan aturan hidup ini kerana dengan mematuhinyalah kita akan terselamat. Sesungguhnya syaitan tidak akan pernah berputus asa memujuk rayu manusia untuk bersama-sama masuk ke neraka jahanam....

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kalian ke dalam Islam secar kaffah (keseluruhan). Dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu."(Al-Baqarah:208)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, December 25, 2011

Hati~


hati ini terlalu unik...

hati ini amat sukar untuk dimengertikan....

 ada ketika tenang dan tenteram...

 kadang-kadang ia resah dan gelisah....

 ada masanya ia bagaikan kosong tidak terisi....

ada waktunya ia gagah dan perkasa...

 walaupun datang ujian bersilih ganti, walaupun ada kata-kata yang menggigitnya, namun ia tetap teguh tak terusik bak batu karang di tengah samudera....

namun diwaktu ia lemah dan longlai, walaupun kata-kata yang sama diucapkan, ianya bagai dihiris sembilu...

 bisanya menusuk hingga lubuk yang paling dalam....

benarlah, hati itu berbolak-balik sifatnya bagaikan masakan di atas dapur yang mendidih dan menggelegak...

itulah uniknya hati...

benar-benar sulit dimengertikan...

"Ya Allah, Tuhan yang membalik-balikkan hati maka tetapkanlah hati kami pada agamamu...."

teringat kata-kata seorang sahabat :

"tidak perlu merendahkan martabat diri demi untuk meraih cinta seorang lelaki. Ketahuilah, manisnya dan cantiknya seorang perempuan itu terletak pada taqwanya, HATInya yang sentiasa tunduk malu pada perkara-perkara yang tidak patut..." 

~Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang, [Al-Ra'd :28]~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, December 22, 2011

Surat Untuk Kamu Yang Tidak Aku Ketahui Siapa~


kehadapan bakal suamiku yang aku sendiri tidak tahu siapa kamu...

 kumulakan bicara ini kepada kamu dengan menyebut nama Allah yang Agung. Maha Suci Allah yang menjadikan aku dan kamu, lelaki dan perempuan. Sebenarnya aku agak canggung untuk menulis tinta ini buat kamu. Ya, siapa pun kamu yang telah ditakdirkan Allah untukku, aku bersyukur seadanya, mengurniakan kamu padaku pada suatu masa yang telah Allah tetapkan...

aku sedang menjaga hati ini hanya untuk kamu yang aku sendiri tidak tahu siapa. Aku sedang menjaga diri ini untuk yang sah memiliki. Aku juga berharap yang sama dari kamu. Maka, aku tidak akan seenak-enaknya memberi senyuman manis kepada lelaki-lelaki lain. Aku juga tidak mungkin menyerahkan cinta dalam hati ini yang masih tersimpan rapi untuk kamu yang aku tidak ketahui siapa....

pertamanya, aku mohon maaf secara terbuka, andai episod semalam pernah menyaksikan kecundangnya aku dalam bab cinta. Baru aku sedar, aku tidak pernah memberikan cinta kepada mereka, aku menipu diri sendiri. Yang pastinya, aku tidak pernah jujur. Aku cakap aku cinta tapi sebenarnya tidak, mungkin kerana keseronokan semata. Aku mohon maaf untuk itu andai kesucian hati sebelum ini pernah dirobek....

kamu yang tidak ku ketahui siapa.....

aku cuma menginginkan kamu sedang dalam persediaan. Aku tidak kisah siapa pun kamu, yang penting kamu belajar. Menambahkan ilmu pengetahuan di dada, agar suatu hari nanti kamu boleh mengajar anak-anak kita dengan ilmu kamu. Aku tidak suka lelaki yang membuang masanya, berhabis masa bermain game PS2, atau chit chat kosong semata, atau hobinya melepak di warung-warung kecil di tepian jalanan. Kerana aku mementingkan ilmu sebagaimana aku sedang berusaha untuk meraih ilmu kini....


aku juga mahu kamu yang tidak ku ketahui siapa kuat untuk berjaga malam demi merebut kasih Allah. Aku ingin, setelah pernikahan kita nanti, malam-malam kita diisi dengan tahajud cinta kepada-Nya bersama. Aku sangat menginginkan detik ini kerana aku sangat sukar melakukannya sendirian. Dan aku sangat mahu engkau yang menjadi imam pada setiap solat-solatku. Tolong tunaikannya...
  
aku pasti sangat bersedih andai aku bisa dibuka hijab untuk melihat perlakuanmu kini, pemakaianmu, dan akhlakmu. Entahlah, dari dulu sehingga sekarang, aku sukar menerima lelaki yang memakai seluar pendek sehingga menampakkan aurat mereka. Aku sedang menjaga auratku juga dari terlihat oleh orang yang tidak sepatutnya, yang bukan halal bagiku. Aku sangat dukacita andai kamu yang aku tidak tahu siapa mudah patah hati dalam perjuangan menegakkan syiar di jalan Allah. Aku tidak mahu kamu mudah berputus asa, kerana aku akan sentiasa mendoakan kamu yang aku sendiri tidak tahu siapa sentiasa bersemangat menjulang panji-panji agama. Semoga kamu bisa menjadi seperti Asadullah...

maafkan aku, jika sebelum kita bertemu ini, akhlakku masih pincang, kata hati sering diikuti. Kerana itu Allah belum menemukan kita, kerana kita masih dalam perjuangan; perjuangan memburu cinta Illahi. Agar kasih kita suatu hari nanti bersandarkan kasih-Nya...


"aku tidak meminta kesempurnaan dari kamu, aku cuma meminta persediaan dari kamu untuk bersedia membimbing dan dibimbing, mentarbiyah dan ditarbiyah serta mendidik dan terdidik...."
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, December 20, 2011

".........."


Situasi 1 :

"suka betul u pergi KLCC eh ? "

"aah.. I kalau datang sini ,suka pergi taman dia .. tenang jer .."

"wah .. romantik la awak ni .eh awak, dah masuk zohor ni ..jom g surau .. kat mana mana surau sini yer .."

“ Er.. er..sana kot.. eh, tak .. belah sana .. tapi ari tu dah pindah blah sana ..i rasa dah tutup kot surau sini .."

"......….."

Situasi 2 :

"awak .. awak suka perempuan camana yer ? "

"saya suka wanita solehah cam awak .. lembut , sopan santun.. solat bila tiba masa  dan utamakan keluarga.."

"kalau begitu, saya mintak maaf la.. kita terpaksa putuskan hubungan kita …"

"hah ? tapi kenapa ? "

"parents saya tak beberapa sukakan awak .. sebab awak tak solat , pakai seluar pendek , pakai rantai , dan paling utama .. awak pentingkan kawan kawan awak lagi dari keluarga awak .."

"tang kawan-kawan tu , saya takleh terima ! saya utamakan keluarga saya ok !"

"kalau begitu , pasti awak solat , tak pakai rantai , dan tidak lepak sehingga jauh malam kan ? takkan parents tak nasihatkan awak kan?"

"erk …"
  
Situasi 3 :
  
"saya rasa , ini kali terakhir kita berjumpa"

"tapi kenapa ? "

"awak sekadar membuang masa keluar dengan saya .."

"kenapa lak awak kata macam tu ? apa buktinya ? "

"awak lebih suka bercerita tentang duniawi bila berada dengan saya.  awak inginkan wanita solehah tapi saya tak nampak awak mampu jadi suami yang soleh "

"esok jugak saya berubah ! "

" ok, jumpa saya setelah awak benar-benar berubah kerana Allah .. "

"macam mana saya nak buktikan yang saya berubah kerana Allah ? "

"awak takkan jumpa saya lagi. sebaliknya akan terus meminang saya  dan menikahi saya selepas itu .."

"ngeeeee...."

kesimpulannya....

seharusnya lelaki tidak harus meletakkan piawaian yang terlalu tinggi untuk calon idaman hatinya...

 ini kerana jika IMANnya hebat, maka dia akan dapat memimpin dengan baik, tidak kira siapa pun yang akan menjadi makmumnya kelak.....

yang harus cerewet pastinya adalah Wanita....

 ini kerana dia sedang memilih calon IMAMnya...

 dan sudah pasti, dia mahukan calon Imam yang mampu membimbingnya dengan baik didunia untuk dibawa bekalan di akhirat kelak...

maka..memilih bakal Imam, lebih penting dari memilih bakal Makmum...

jika betul IMAMnya, maka betullah MAKMUMnya... Insyaallah~ 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, December 19, 2011

Saat Hujan Turun~


Firman Allah SWT :

“Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati, (daerah yang kering-kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan ituberbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).” (al-A`raaf: 57)

sesungguhnya angin yang berhembus adalah pembawa berita gembira sebagai permulaan daripada rahmat Allah yang akan dilimpahkan semua makhluk. Di dalam tafsir Al-Jalalain menyatakan, maksud rahmat adalah rezeki dan hujan.

dalam satu hadis Rasulullah saw telah bersabda :

Daripada`Atha` bin Abu Rabah ra. katanya, dia mendengar Ummul Mukminin A`isyah rha. berkata: "Bila angin bertiup kencang dan langit mendung berawan banyak, tampak kegelisahan di wajah baginda berjalan mundar-mandir. Apabila hujan turun wajah baginda berubah menjadi gembira dan kegelisahannya hilang. A`isyah berkata: Aku bertanya kepada baginda, apa yang menyebabkan baginda begitu gelisah." Baginda menjawab: Aku bimbang kalau-kalau angin mendung itu menjadi laknat yang ditimpakan kepada umatku. Tetapi bila hujan telah turun maka hal itu adalah rahmat." (Muslim)

apabila hujan turun, umat Islam disunatkan untuk berdoa. Antara doa yang diajar oleh Rasulullah saw ialah doa yang diriwayatkan oleh 'Aisyah rha. Doanya seperti berikut :

"Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang memberi manfaat kepada kami" (Riwayat Bukhari)

terdapat juga beberapa riwayat lain dengan lafaz yang sedikit berbeza...

di luar hujan turun mencurah-curah....

 boleh dikatakan setiap pagi dan petang hujan turun....

 hujan hari ini boleh dianggap sebagai mukaddimah atau permulaan kepada pertukaran musim...

 musim sejuk sedang menanti gilirannya....

hujan yang turun takkan terasa lebatnya, apabila pelangi muncul selepas turunnya ia =)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, December 16, 2011

Shy-Shy Cat Love Story 。◕‿◕。







bukan bibir ini berbicara...

namun jiwa ini berbahasa...

dan terus aku....terus berdoa...

berteman dimalam sunyi penuh doa...

sebut namaMu terukir merdu...

istikharah cinta memanggilku...

memohon petunjukMu...


kalau kita sukakan seseorang...

 jangan beritahu si dia....

tapi luahkanlah pada Allah, beritahu Allah...

Allah Maha Mengetahui siapa jodoh kita...

cintai si dia dalam diam...

dari kejauhan disulami kesederhanaan dan keikhlasan...

jika benar cinta itu kerana Allah....

maka biarlah ia mengalir mengikut aliran Allah...

kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah...

maka ia pun berhilir hanya kepada Allah...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, December 15, 2011

Hukum Allah~


zaman sekarang kritik orang di kenakan tindakan..

buat laporan polis..

demo itu..bantahan ini..

tapi bila kritik hukum Allah ?

tanda mentaliti senget masyarakat kita yang sudah sangat kritikal..

kerana taksub nak kuasa politik..

timbul satu video yang menghina hukum Allah..

sanggup persendakan hukum Allah.. 

hati-hati dengan kata-kata..

jangan sampai hal politik membutakan kita dengan menghalalkan segalanya...

Islam itu tertegak bukan mengikut politik...

tetapi politik yang bersih, sihat akan tertegak hanya dengan Islam~




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, December 12, 2011

Cerita Di Sebalik Kenduri Kahwin~

jadi jurukamera seketika untuk Uda =)

“Ayah, ni ada satu lagi kad jemputan kenduri kahwin,” beritahu saya sambil menghulurkannya kepada ayah

“Siapa yang bagi,” tanya ayah sambil membelek-belek kad tersebut.

“ada dalam peti tadi” jelas saya.

“Banyak betul kenduri kahwin minggu ni, hari yang sama pulak tu, jom ikut kenduri kahwin nanti” ayah mengomel 

hampir sepuluh jemputan kenduri kahwin yang mak ayah terima. Termasuk dari rakan-rakan sekerja. Ada yang hari Sabtu dan ada yang hari Ahad. Tetapi itu bukanlah sesuatu yang pelik, kerana sekarang ini musim cuti sekolah. Hari yang sesuai untuk berkumpul keluarga dan sanak saudara. Kalau hujung minggu bukan cuti sekolah mungkin susah sedikit, terkejar-kejar masa.

Dan bagi ayah mungkin terpaksa membuat pilihan untuk pergi ke rumah yang mana satu, kerana untuk memenuhi semua jemputan rasanya sesuatu yang agak mustahil.

Kenduri kahwin dulu-dulu

bercerita mengenai kenduri kahwin, saya perhatikan cukup berbeza dahulu dan sekarang..

 memang banyak perbezaannya. Saya teringat ketika zaman kecik-kecik dahulu, kerja-kerja kenduri kahwin di lakukan secara berjemaah. Bermula dari membina bangsal, menyembelih lembu dan menyiang, mengukur kelapa, membasuh beras hinggalah memasak nasi dan lauk pauk, semuanya dalam suasana bergotong-royong. Cukup harmoni.

alhamdulillah ianya berterusan dan menjadi satu tradisi bagi sanak saudara di Rembau...

"kami tidak mahu kehilangan suasana ini, biar cucu cicit kami melihat suasana kerjasama dengan penuh kasih sayang yang Allah beri" ujar pak long apabila ada yang bertanya kenapa tidak catering saja kerana ia lebih mudah.

kalau sebut kenduri kahwin mesti ada jiran-jiran yang datang akan membawa sesuatu untuk diberikan kepada tuan rumah seperti beras, gula, kopi, sayur-sayur dan sebagainya. Pendek kata setiap orang akan membawa sesuatu sebagai hadiah kepada tuan rumah.

malam kenduri atau biasanya disebut sebagai ‘malam besar’ lebih meriah lagi. Tua muda, lelaki dan perempuan semuanya berkumpul di bangsal. Yang perempuan di bangsal dapur menyiang bawang dan sebagainya. Yang lelaki di bangsal utama mmotong daging, ada yang berborak. Di ketika itu macam-macam cerita dan 1001 kisah yang dapat kita dengar.

3 G O L O N G A N

Sebenarnya jika kita perhati dan kita fiikirkan mungkin kita akan perasan. Apa dia? Cuba lihat tetamu yang datang kenduri kahwin, ada beberapa golongan. Saya lihat ia boleh dibahagikan kepada 3 golongan. Perhatikan..

1. Kawan rapat kita. Kita jumpa dia dan jemput ke rumah, tanpa kad jemputan. Dan dia akan datang pada awal pagi. Datang untuk bekerja basuh pinggan, angkat lauk dan sebagainya. Dia bekerja sampailah ke petang.

2. Tetamu yang kita bagi kad. Dia datang waktu tengahari iaitu waktu makan. Lepas makan dia akan jumpa tuan rumah dan bersalam. Waktu itu tuan rumah akan pakai baju banyak poket.

3. Tetamu yang datang bersama pengantin. Kita tidak jemput atau bagi kad jemputan kepadanya. Dia datang dan duduk di meja bersama pengantin, makan lauk pengantin. Lepas makan, terus balik. Kadang-kadang tuan rumah pun dia tak jumpa. Inilah tetamu yang paling tak guna agaknya.

rupa-rupanya apabila saya fikirkan, tetamu yang datang kenduri kahwin, ehh.. sama macam tetamu yang datang ke rumah Allah. Ada persamaan ke... Tak pernah terfikir pula. Bagaimana persamaannya? Perhatikan.

1. Tetamu yang pertama iaitu apabila mendengar azan, dia terus ke masjid. Apabila azan, maka dia akan tahu ini adalah tanggungjawab yang harus ditunaikan. Orang yang sebegini biasanya diberi amanah oleh Allah untuk jaga agama. Dia tahu dia ada kerja agama.

2. Bila ada kuliah dia akan datang. Jika tiada kuliah maka tak nampaklah mukanya. Seumpama ada kad jemputan dia datang, jika tiada kad jemputan maka tak nampaklah mukanya. Ramai orang begini.

3. Tetamu yang datang apabila ada ‘orang besar’ datang. Maksudnya jika ada program-program besar di masjid maka dia akan datang. Ibarat orang yang datang bersama pengantin. Inilah tetamu yang tak guna agaknya.

perhatikanlah di golongan manakah kita. Satu, dua atau tiga. Jika golongan yang pertama alhamdulillah, istiqamah. Jika golongan kedua, boleh tahan dan ada harapan cuma perlu tingkatkan lagi prestasi. Tetapi jika di golongan yang ketiga, berhati-hatilah. Kerana disitu pasti ada yang tidak kena. Muhasabah diri. Mudah-mudahan sempat kembali kepada kebaikan.

ehh... saya golongan mana pula...~ muhasabah diri untuk saya, awak dan mereka~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, December 7, 2011

Status Baik Di Social Network~


kata-kata hikmah di social network...

kata-kata hikmah selalunya berunsurkan kebaikan, motivasi dan islamik...

dan sesetengah apabila kata-kata ini di share di social network ada saja cakap-cakap manusia...

"issshhh...dia ni, asyik nak letak kata-kata hikmah je. Eleh nak tunjuk bagus la tu. Nak tunjuk yang dia berilmu la tu. Padahal copy paste je. Blah la~ " 

subahanallah, mengucap panjang bila ada yang berfikiran begini...

think positive la wahai sahabat...

Si A : kau tahu mana yang dia tu nak tunjuk bagus ?

Si B : eleh aku kenal la dia tu, dia tu biasa-biasa je..bukan bagus sangat pun~

Si A : la...apa masalahnya biarla dia biasa-biasa pun, dia tu sebarkan kebaikan, bukan buat dosa pun...

Si B : tak la, sekurang-kurangnya dia kena ada ilmu, bertauliah..baru boleh sebar ilmu...

Si A : Pulak dah, aku rasa tak salah pun.. Bak kata pensyarah aku la "knowledge is free" berkongsi ilmu apa yang kita tahu. Aku rasa tak salah pun. Malahan bagus apa, benda baik kenala tegur. Ingat mengingati, selagi tak bercangah dengah syariat biarla dia copy paste ilmu tu. Mana tahu, daripada orang yang tak tahu pasal sesuatu tu, jadi tahu sebab dia share. 

Si B : tapi dia kongsi tu nak menunjuk-nunjuk, riak je lebih...

Si A : subahanallah..mana kau tahu dia nak menunjuk-nunjuk ? kalau niat dia memang nak berkongsi dan langsung tak ada niat menunjuk-nunjuk, riak..macam mana ?

Si B : alaaa...kalau tak riak tak perlu la nak share selalu. mengharapkan orang like status dia~

Si A : iisshhh..sebab apa kau kata dia menharap pula ? bukti ?

Si B : tak perlu bukti, aku tahu sangat la~

Si A : see...dalam hal ni aku nampak kau je yang serkap jarang. kau yang fikir banyak sangat tentang dia. kau yang fikir buruk-buruk tentang dia. cuba bukak minda, think positive. kita sebagai sahabat, doakan je la untuk dia, dengan harapan semoga segala apa yang dia post, dikira oleh Allah sebagai sebahagian daripada amal soleh, tiada yang terlepas daripada perkiraanNya, hatta satu noktah kebaikan di alam maya..

dah jadi macam satu tradisi kat negara kita...

acapkali orang berfikiran negative...

cuba ambil positive dulu dari negative...

cuba lihat perkara kebaikan dulu dari kejahatan..

cuba ambil yang baik-baik dulu...

harus diingat sentiasa dihati dan minda kita, apabila kita menasihati orang lain kebaikan adalah secara tak langsungnya nasihatkan diri kita terlebih dahulu..

jangan selalu mencari kesalahan manusia dan terus menindas manusia tersebut, takut-takut anda sendiri yang tertindas...

setiap orang ada kebaikan dan keburukannya...

setiap orang mampu berubah kearah yang lebih baik...

hati kita ni Allah yang pegang...

kalau hari ini dia jahat, tidak mustahil esok lusa dia akan jauh lebih baik dari kita...

memang kita tidak mampu dan puaskan hati semua orang...

tapi kita cuba yang terbaik untuk diri sendiri, sekaligus menyebarkan kebaikan kepada semua orang..

 utamakan pandangan Allah dari pandangan manusia...

"bersyukurlah sekiranya masih ada yang mahu menasihati kita kearah kebaikan. Itu tandanya orang itu peduli, dan tidak mahu kita terus hanyut"
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, December 5, 2011

Generasi Kini~


seorang pensyarah yang juga pendakwah bebas telah membuat satu kajian..

kajian untuk melihat sejauh mana pelajar ipta atau lebih layak digelar pemuda mengambil berat masalah berkaitan umat Islam....

kebanyakan pelajar lebih memikirkan masalah pekerjaan, cinta, keseronokan, bola, filem, permainan komputer, dan macam-macam lagi...

masalah ini merupakan masalah yang majoriti pelajarnya pemuda dan pemudi Islam...

 punca mengapa pelajar atau kebiasannya dipanggil pemuda tidak mengambil berat masalah ini, antaranya :

tidak terlaksananya undang-undang Allah s.w.t di tempat-tempat majoriti penduduknya beragama Islam.. lebih berpegang dengan undang-undang manusia...

tetapi masalah yang lebih utama sekali ialah, pemuda sekarang lebih memikirkan tentang diri sendiri daripada memikirkan masalah umat yang kian lemah....

setelah melihat kepada kajian ini, jelas kepada kita satu perkara yang amat di khuatirkan iaitu:

hilangnya perasaan menyertai bersama umat Islam di kalangan pemuda. Masalah ini merupakan masalah yang amat dikhuatirkan ke atas umat Islam.

ini memerlukan rawatan yang amat serius untuk menyembuhkannya. Umpama pesakit yang mengalami kesakitan yang kritikal dan memerlukan rawatan yang rapi untuk sembuh...

timbul satu persolan: Mengapa generasi muda tidak mengambil berat tentang isu besar terhadap umat Islam ?

Secara jelas jawapannya: Tidak jelas di kalangan pemuda tentang tujuan hidupnya. Pemuda tidak mengetahui kitaran kehidupan mereka dan nilai mereka di dunia.

kitalah pemuda...

hanya jasad dan tubuh sahaja yang dewasa akan tetapi akal dan pemikiran masih kebudak-budakan...

Adakah kita pemuda masih tidak luput dari melakukan perkara yang kebudak-budakan ?

Tidakkah sama antara berfikir kebudak-budakan dengan umur budak-budak?

ataupun, bukankah hakikat kebudak-budakan ialah kebudak-budakan pada pemikiran dan kefahaman ?

Jawapannya ada pada kita. Taariflah kebudak-budakan sebagaimana kita mahu...

Sebagai akhirnya, hayatilah sebuah hikmah dipetik dari kitab AYYUHAL WALAD – Imam al-Ghazali :

"Hiduplah sebagaimana kamu mahu sesungguhnya kamu akan mati, cintalah siapa yang kamu mahu sesungguhnya kamu akan berpisah dengannya, dan buatlah sebaimana kamu mahu sesungguhnya kamu akan ditanggungjawabkan."

bantulah diriku ya Allah menjadi pemuda islam yang cergas badannya..yang cerdas pemikirannya..yang taat dan patuh pada syariat dan undang-undangMu..yang sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripada ku..yang sentiasa menjadikan Al Quran dan sunnah sebagai panduan dalam hidup..tempatkan diriku sebagai salah seorang para mujahidMU..ku bermohon pada usia ini..aku akan mengikut jejak langkah pemuda sebelumku..seperti Sultan Muhammad Al-Fateh dan pemuda-pemuda islam di bumi Palestin..jadikanlah islam pegangan yang kekal utuh dalam diriku..amin ya rabbal alamin~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, December 4, 2011

Pusat Sunat 'Asyura~


hukum Puasa Tasyu’a dan Puasa hari ‘Asyura...

sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat digalakkan...

hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)

Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: “Apakah ini?”. Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: “Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu,” maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari) 

Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura (10 Muharram)...

sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)

Puasa hari Tasu’a (hari ke-9 Muharram)...

selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9. Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

 marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat....

insyaallah 9 dan 10 Muharram bertepatan 5 dan 6 Disember 2011....

moga Allah permudahkan kita melakukan puasa ini dan mendapat pengampunan dosa yang lalu, insyallah...amin~ 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .