Jom Follow!!!

Sunday, January 27, 2013

Usaha Dan Terus Bergerak..

Salaamun 'ala manittaba'al huda

kadangkala usaha kita terlalu sedikit, tetapi Allah memberikan balasan yang begitu banyak.

umpama kisah Maryam, Allah minta Maryam goyangkan sedikit saja pokok sebagai tanda berusaha, tetapi kemudian Allah hilangkan kelaparan Maryam dengan kurma yang gugur dari pokok itu.

kalau difikirkan logik, wanita yang sarat mengandung, mana mungkin dapat menggoyangkan pokok kurma dengan begitu kuat sehingga gugur pula buah-buahnya. Tetapi begitulah cara Allah mendidik hambaNya.

mendidik kita supaya bergerak dan berusaha, meskipun walau dengan hanya satu langkahan.

berusahalah kerana kadang-kadang kita ini belum berusaha pun ataupun apa yang kita lakukan belum layak untuk digelar sebagai usaha.

usahalah jangan sekali terjatuh dalam kelemahan. Sekali terjatuh jangan lama-lama membiarkannya.

cari tempat berpaut dan bangunlah semula. 


selagi kita belum mati, maka tidak ada apa yang sepatutnya dapat menghentikan usaha kita.

biar mati menjadi penamat segalanya.

sebelum itu, bangun dan teruslah bergerak. Jatuh lagi, bangun lagi. Jatuh lagi, bangun semula.

jangan pernah biarkan diri kita jatuh selama-lamanya, tolong jangan.

Allah uji kerana Dia cinta. "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar" Ali Imran ayat 146

Doa Nabi selepas diuji dengan peristiwa dakwah di Taif ini sangat menyentuh hati. Betapa kerdil dan lemahnya diri kita.

“Ya Allah, aku mengadu kepada-Mu kelemahan kekuatanku, sedikitnya kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Engkaulah Tuhan golongan yang lemah dan Engkau jugalah Tuhanku. Kepada siapa Engkau serahkan aku ?

Kepada orang jauh yang memandangku dengan wajah bengis atau kepada musuh yang menguasai urusanku? Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku, aku tidak peduli (apa yang menimpa). Namun keselamatan daripada-Mu lebih melapangkan aku.

Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari kegelapan serta memperelokkan urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung daripada kemarahan-Mu atau kemurkaan-Mu terkena kepadaku. Kamu berhak untuk mencela aku sehingga Kamu redha. Tiada kuasa dan tiada kekuatan melainkan dengan-Mu.” [Sirah Nabawiyah : Mustafa As-Sibaie']





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 14, 2013

Solat Subuh.

Salaamun 'ala manittaba'al huda

Solat Subuh. Kenapa dengan Solat Subuh?

kadangkala, kita tidak mampu menjaga Subuh di awal waktu bukanlah kerana mata kita yang keletihan atau kepenatan pun, tetapi kerana hati kita yang telah penat dan letih.

kalau benar mata yang letih dan penat, maka mustahil mampu bangun untuk menonton perlawanan bola 2-3 pagi, all-out untuk ulangkaji sebelum hari exam dan sebagainya.

bukan mata yang penat sebenarnya.

 bukan tubuh yang letih atau sakit.

 tapi hati yang letih telah menyebabkan "tercipta" semua alasan itu demi membenarkan kita untuk bermalas-malasan dalam menjaga hak Allah yang pertama di pagi hari dalam diri kita.

sakit, penat biasanya sehari dua saja, tapi kalau sudah berhari-hari, itu mungkin antara tanda hati kita bermasalah.

checklah semula. Luruskah hati kita ketika berada di atas jalan yang lurus.

 penah seorang makcik pesan "kalau nak cari suami yang hebat, cari di masjid pada waktu subuh. saf paling belakang tak apa, yang penting ada.."




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .