Jom Follow!!!

Wednesday, July 4, 2012

Kursus ISK/LLP/47/2012

Salaamun ‘ala manittaba’al huda.

Salam Nisfu Syaaban 1433H dari saya Nur Afifah Ghazali...

malam Nisfu Syaaban tanda madrasah Ramadhan makin hampir dengan kita..


bermaksud tinggal lagi kurang daripada 15 hari sebelum kita semua ummat Islam menyambut kedatangan tetamu yang dinanti-nantikan..

wahai jiwa-jiwa yang do'if, hadiah daripada Allah semakin menghampiri..

maka setakat mana persiapan kita untuk menjadikanya Ramadhan yang berganda jauh lebih baik daripada yang sebelumnya?

sudahkan kita mengulangkaji semula ilmu-ilmu yang berkaitan dengan fiqh ibadah puasa dan kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang tersangat istimewa?

sejauh mana persiapan kita dari segi fizikal dan rohani untuk memaksimumkan amalan pada bulan yang berganda-ganda bayaran pahalanya, siang kita wajib berpuasa, kering tekak mengaji bermuka-muka, malam pula hendak berdiri lama menikmati alunan Qur'an yang meruntun jiwa...

apakah logik jika kita berfikir semua ini boleh diperolehi dengan percuma tanpa sebarang usaha persediaan?

kalau nak cemerlang periksa pun kena study macam nak gila, atau nak dapat kerja kena berhempas pulas bertemu duga sini sana.

agak-agak nak dapat syurga kena buat macam mana?

Ya Allah andai ini Ramadhan yang terakhirku.. =(

ok berbalik kepada tajuk entry, hari ini saya ingin menulis satu entry khas mengenai kursus ISK/LLP/47/2012 yang akan menamatkan kursus mereka tidak lama lagi..

membilang hari untuk pulang ke kampung masing-masing..


(Kpl Saiful, saya nak mintak izin ambil satu gambar nak letak dalam blog. maaf dah ambil baru mintak izin..)

taniah kepada anda semua seramai 26 pelatih kerana telah berjaya menghabiskan kursus katalogistik selama 4 bulan dengan jayanya..

taniah yang akan berjaya mendapat gelaran "best student"..

saya cuma dapat mengenali kumpulan pertama OJT dengan lebih dekat dan kumpulan kedua selama seminggu dan untuk kumpulan ketiga saya hanya sempat mengenali mereka diluar sahaja..

-------------------------------------------------------

masa tidak boleh diputar semula..

tetapi memori boleh di simpan..

kita semua akan terus membesar..

tetapi ukhuwah itu kita boleh kekalkan.. =)

syukran kerana sudi bersahabat dengan saya..

Allah sudah aturkan semuanya..

sekiranya saya tidak bekerja di MAFCA..

sekiranya anda tidak dipanggil untuk kursus..

maka kita tidak akan bertemu, tidak akan berta'aruf, tidak akan menjadi sahabat..

sahabat sejati itu bukan perlu dihubungi hari-hari..

tetapi sahabat sejati itu tetap di dalam ingatan, hati dan doa, tidak kira ke mana sahaja kita pergi..

selamat bertugas kembali..

selamat meneruskan perjuangan..

selamat beramal..

selamat menjadi hamba Allah yang soleh..

selamat meyambut bulan Ramadhan 1433H.. =)

mohon maaf andai diri ini tersilap bicara..

jika jumpa saya diluar, tegur-tegur la. jika saya tidak tegur anda dahulu, mungkin saya tidak perasan kerana anda semua sudah tua, dan saya sudah dewasa..woha!  =P


jika tidak jumpa saya sekalipun tapi terjumpa "si comel wkt" saya, maka boleh selitkan nota dicermin, tapi bukan nota saman tau.... 

p/s: saya nak bagi gambar ni dekat orang yang selalu pegang kamera, tapi saya tak tahu nak bagi macam mana. jadi saya letak dalam blog..



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .