Saya sudah hilang
kiraan entah berapa kali kita sudah menonton perlawanan akhir badminton antara
Dato' Lee Chong Wei (LCW) dan Lin Dan.
Setiap kali menonton, perlawananya pasti sengit namun Dato' LCW mesti kalah.
Ini menjadi
contoh,bagaimana kita rakyat Malaysia tidak pernah berputus harap dengan Dato'
LCW. Biarpun beliau sering kali kalah dalam perlawanan akhir menentang Lin Dan,
namun kita tetap menyokong dan mengucapkan tahniah kepada beliau.
Kerana pada
kita, kalah itu tidak mengapa, yang penting semangat dan daya juang yang
ditunjukan.
Demikian halnya
dengan diri kita sendiri, biar pun kita sudah berjuta kali tewas kepada syaitan
yang tidak pernah puas menggoda dan menipu kita. Kita mesti terus berjuang
untuk mengalahkanya, semangat dan daya juang mesti ada. Jangan sesekali
berputus harap dengan rahmat dan bantuan Allah SWT.
Bukanlah maksud saya
untuk menyamakan Lin Dan dengan syaitan, namun demikianlah pengajaran yang saya
kutip dari perasaan duka mendengar khabar Dato' LCW yang tewas lagi.
Apapun, Tahniah Dato'
Lee Chong Wei, anda tetap atlet yang hebat dan atlet contoh buat negara
Malaysia.
Ok dah masuk 5 syawal, maka, bermula lah
puasa 6 bagi siapa yang tidak memulakannya lagi.
Ayuh teman, kita
rancang hari puasa 6 sebaiknya agar tidak tercicir kelak.
Besar ganjarannya
bro...seperti puasa setahun..perghh!!...
Kita juga perlu tahu, Hari Raya
pertama hanyalah hadiah saguhati daripada Allah Azza Wa Jal untuk semua hambaNya
yang berpuasa Ramadhan.
Namun tidak semua yang
dapat GrandPrize daripada Allah melalui puasa Ramadhan mereka, iaitu TAQWA.
Tahniah diucapkan kepada sesiapa yang menang GrandPrize tersebut.
Saguhati orang
Melayu lagi lama, 30 hari biarpun puasa hanya 29 hari..hehehe *sengih dalam hati*
Selamat hari raya semua. Taqabballahu minna wa minkum..
Jadi hamba Tuhan,
bukan hamba Ramadhan.
Malaikat bekerja
fulltime =)