Jom Follow!!!

Wednesday, November 30, 2011

Andai Kita Jatuh Cinta~


kalau kita sukakan seseorang...
jangan beritahu si dia....
nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya...
tapi luahkan pada Allah...
beritahulah Allah....
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam....
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan...

jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH...

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah...

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung tiba...
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak....

ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang...
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu...

cukup cintai dalam diam...
bukan kerana membenci hadirnya...
tetapi menjaga kesuciannya...
bukan kerana menghindari dunia...
tetapi meraih syurgaNya...
bukan kerana lemah untuk menghadapinya...
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup...

cukup cintai dari kejauhan...
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian...
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan...
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga...

cukup cintai dengan kesederhanaan...
memupuknya hanya akan menambah penderitaan..
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan...

cintailah dengan keikhlasan...
tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati...
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi.. ?

"boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

jangan memberi harapan pada yang belum pasti...
kelak ada insan yang bakal dilukai...
jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki...
nanti hati yang kecewa sendiri...

sebaliknya...
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi...
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi...
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn caraNya yang tersendiri...

cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan...
kerana tiada yang tahu rencana Tuhan...
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan...

kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan...
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya...
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

istikharah cinta memanggilku...
memohon petunjukMu...
satu nama teman setia...
naluriku berkata...
bisikan doaku...
dalam butiran tasbih...~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, November 29, 2011

Etika Menguap Yang Sering Dilupakan~


MENGUAP DARI SUDUT PANDANGAN ISLAM

ia datang tanpa diduga juga tanpa diundang....

kita sering dan selalu menguap.....

tetapi adakah kita mengikut apa yang telah disyariatkan ?

tidak kira siang atau malam menguap pasti menjadi peneman tidak kira waktu atau masa....

 Insyallah. Jika masalah kecil ini kita lakukan dengan istiqamah seperti yang telah Islam ajarkan pastinya segalanya akan dimudahkan....

jom kita tengok apa yang telah Islam ajarkan kepada kita....

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci  orang yang menguap.
Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia  mengucapkan ‘Alhamdulillah’, maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan ‘Yarhamukallah!’.
Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah  dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang  kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya”. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka”. Riwayat Imam Muslim

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap.

Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu”. Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin”. Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucapkan “Alhamdulillah”, dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah”.

5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap.

Sekian, wallahu a’lam~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, November 28, 2011

Kawan, Sahabat dan Teman~


ketika mula bertemu...

terasa bagai telah lama bersua...


kau sambut hulur tanganku...

bertegur sapa penuh mesra...

masa terus berlalu...

dan kita tetap seiringan berjalan..

menempuh onak liku...

lalui semua suka dan duka bersama...

biarlah apapun rahsia...

dan kelemahanmu tetap engkau temanku...

riangnya saat kita ketawa...


asyik senda dan bercerita..

walau sesekali pandangan kita berbeza...

andainya tetap serupa...

adakalanya kita juga saling terluka...

namun di akhirnya kita tetap bersama...

dan kini dipisahkan dua benua...

saling mengejar cita...


tak pernah kulupakan...

detik yang indah bersamamu temanku...

kupasti suatu masa...

engkau dan aku kan bertemu semula..

kembali menjalinkan detik nan indah...

untuk kenangan bersama =)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, November 27, 2011

Single ?

Single ? Well, Allah is looking at you right now and saying : I am saving this person for someone special~

awak semua..saya nak bagitahu awak satu perkara ni...

hmm...even saya tak tahu pun siapa awak -_____-

awak, kalau orang lain sibuk mencari cinta..

dua tiga kali tukar pasangan..

biarlah kita ni sibuk mencari cinta Illahi...

saya tak nak kita semua terhanyut dengan permainan dunia yang sementara ni...

letakkan Allah ditempat tertinggi sekali didalam hati kita..

dan bila kita lebih utamakan Dia dari segala-galanya, insyaallah kita dah dapat segala-galanya dalam hidup ini..

biarpun kita keseorangan di dalam dunia...

biar pun tiada siapa temani dalam hidup kita...

dengan adanya connection antara kita dengan Dia, kita dah ada punya segalanya di dalam hidup...

Dia akan melindungi kita, walau dimana jua pun kita berada, insyaallah... =)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, November 26, 2011

Kini Hanya Doa dan Tawakal~

Alhamdulillah....selesai juga final exam...

usaha sudah..

kini hanya tinggal doa dan tawakal sahaja...

Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa'

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh...

moga Allah memakbulkan doa hambamu ini...

semoga usaha yang dilakukan..

soalan yang dah jawab..

mendapat keberkatan daripada Allah SWT..

diberi kejayaan di dunia dan akhirat..

dan kejayaan ini dapat mengembirakan hati Hj Ghazali & Hjh Noridah

insyaallah...amiin...

ayah saya slalu pesan..



apapun yang kita buat kat dunia ni..

berdoalah..

mohonlah perkenan daripada Allah..

Dia yang menentukan pengakhiran..

kita hanya merancang..

dan nak dapat doa yang makbul, kita selaku hamba Allah kenalah buat la benda yang diredhai olehNya..

jangan doa je..

usaha takde.. dah tu buat benda yang terang-terang dilarang..

dan perlu diingatkan juga..

kalau tak dapat apa yang kita inginkan..

redhalah dengan ketentuan ilahi..

Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu bergerak mengubah apa yang ada dalam diri mereka terlebih dahulu” Surah Ar-Ra’d ayat 11.

Allah SWT juga berfirman:
“Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah SWT, sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah SWT hanyalah orang-orang yang kufur” Surah Yusu ayat 87.

sekadar perkongsian : mak dan ayah saya masuk surat khabar warta perdana  untuk edisi minggu ini =)




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, November 7, 2011

Final Exam~

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful...



mohon doa bersama, wahai para sahabar agar dipermudahkan segalanya..

Bismillahirrahmanirrahim....
Ya Allah kurniakanlah Nur Afifah Ghazali fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah dia kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih. Ya Allah kurniakanlah kejayaan terhadapnya dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh..amin ya rabbal alamin...~

(syukran sahabat moga Allah permudahkan urusan kamu ^^)

wawasan diri penuhi dada dengan ilmu...

wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat...

Nur Afifah Ghazali harus cemerlang...

hari ni mesti lebih baik dari semalam...

jangan buang masa...

siapa kata kita tidak boleh...

kita ada Allah maha kuasa...

kita punya kuasa tenaga...

doa sebagai senjata...

Nur Afifah Ghazali sentiasa boleh...cayook ! cayook ! ^^


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, November 5, 2011

Berderai Jua....

berusaha menjadi kuat dan akhirnya berderai jua air mata ini...

raya pertama dalam seumur hidup berjauhan beribu batu dengan mak ayah...

sebak hati ini bila dapat panggilan dan salam aidil adha dari mereka ditanah suci...

lagi sebak bila dapat panggilan dari satu-satunya abang tersayang yang berkali-kalinya meminta maaf dekat satu-satunya adik yang dia ada sebab tak dapat balik raya dan menemani adiknya pada malam raya akibat terpaksa bertugas untuk negara tercinta...


kini hanya kesunyian dan kesepiaan yang menemani....

mendengar takbir raya seorang diri...

hanya mengosok baju raya untuk diri berbanding sebelumnya empat pasang baju raya perlu digosok...

salam aidil adha dari anakmu Nur Afifah Ghazali dan Ahmad Afif Ghazali hanya dapat disampaikan melalui doa...

semoga semuanya dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrur...

kami disini begitu merindui ayahnda dan bonda...

rindu itu adalah anugerah dari Allah...

walaupun jarak kami jauh tapi hati kami sentiasa dekat...

syukran Ya Allah T_T
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, November 4, 2011

Pengorbanan~

Salam to all readers~ =) 

selamat menyambut Eidul Adha...

 Hari raya Eidul Adha seharusnya lebih meriah dari Eidul Fitri...

 sepanjang hidup  menyambut hari raya eidul adha inilah kali pertama diri ini beraya seorang diri...

tanpa ada keluarga tersayang disisi...

mendengar tadbir pada malam raya seorang diri dirumah...

biskut kering cicah air tea'o akan menjadi santapan pada malam raya...

pergorbanan diri ini untuk berjauhan dengan ayahnda dan bonda tercinta..

mohon doa para sahabat semoga perjalanan dan urusan ayanda dan bonda ke arafah pada hari ini dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrur...

Hari Arafah yang mengumpulkan ummat dari segenap penjuru dunia, yang sepatutnya menjadi ‘booster’ kepada perubahan ummat ini, tetapi ramai-ramai begitu, tidak semua yang pulang menjadi seperti para sahabah yang lebih sedikit daripada jumlah itu....

di satu sudut pula, kita melihat terdapat ummat Islam yang tenggelam dalam kemaksiatan dan dosa kepada Allah....

 di celah kesenangan dan kenikmatan yang Allah hantarkan, maka dirosakkannya pula keindahan Islam itu...

tak perlulah kita sebutkan statistik kes zina, sudah jelas penyakit itu sehingga  hari ini timbul pula isu Seksualiti Merdeka di negara kita....



duduk keseorangan dirumah sempat lagi diri ni mengimbau tentang sirah pengorbanan Nabi Ibrahim yang diperintahkan Allah untuk menyembelih Nabi Ismail, anaknya...















pengorbanan tatkala melaksanakan perintah Allah, adakah kita juga tergolong dalam golongan yang taat kepada perintah-Nya ? 

dalam menjauhi larangannya dan melakukan segala amal ibadah kepada-Nya...

Ummah zaman kini perlukan singa, bukan lagi kijang....

 kijang adalah binatang pengecut, pantang digertak sedikit, habis lari bertempiaran...

kita bukanlah orang yang lari ke belakang bila ditentang...

tetapi, kita adalah yang setia mempertahankan Islam di barisan hadapan, tidak gentar meskipun lebih sedikit daripada lawan...

berjemaah sesama ummah adalah suatu kewajipan bukan pilihan...

Rasullah S.A.W bersabda : 

"hendaklah kamu menyertai jemaah islam dan kepimpinannya"

"barangsiapa yang keluar dari jemaah islam daripada golongan islam walaupun sekadar sejengkal, seolah-olah dia memutuskkan  ikatan islam daripada tengkoknya kecuali dia mati"

bangunlah sebagai singa ummah, berhenti daripada merasa lelah, rasailah kegentingan untuk kita merapat pada Allah, kerana itulah bekalan menewaskan jahiliah !

p/s : jangan lupa para sahabat esok berpuasa sunat Hari Arafah, 9 Zulhijjah. Besar ganjarannya...

 Niat: "Sahaja aku berpuasa sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah kerana Allah Taala."

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sebaik-baik do’a adalah pada hari ‘Arafah, dan sebaik-baik do’a yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah (maksudnya) : ‘Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu’. (Hadis Riwayat Tirmizi).

jadi berdoalah banyak-banyak sepanjang hari 9 Zulhijjah dari masuk waktu maghrib (malam ini) sehingga tenggelam matahari esoknya. Mintaklah apa yang kita nak mintak. Ini salah satu waktu mustajab doa... =)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .