Jom Follow!!!

Saturday, November 26, 2011

Kini Hanya Doa dan Tawakal~

Alhamdulillah....selesai juga final exam...

usaha sudah..

kini hanya tinggal doa dan tawakal sahaja...

Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa'

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh...

moga Allah memakbulkan doa hambamu ini...

semoga usaha yang dilakukan..

soalan yang dah jawab..

mendapat keberkatan daripada Allah SWT..

diberi kejayaan di dunia dan akhirat..

dan kejayaan ini dapat mengembirakan hati Hj Ghazali & Hjh Noridah

insyaallah...amiin...

ayah saya slalu pesan..



apapun yang kita buat kat dunia ni..

berdoalah..

mohonlah perkenan daripada Allah..

Dia yang menentukan pengakhiran..

kita hanya merancang..

dan nak dapat doa yang makbul, kita selaku hamba Allah kenalah buat la benda yang diredhai olehNya..

jangan doa je..

usaha takde.. dah tu buat benda yang terang-terang dilarang..

dan perlu diingatkan juga..

kalau tak dapat apa yang kita inginkan..

redhalah dengan ketentuan ilahi..

Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu bergerak mengubah apa yang ada dalam diri mereka terlebih dahulu” Surah Ar-Ra’d ayat 11.

Allah SWT juga berfirman:
“Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah SWT, sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah SWT hanyalah orang-orang yang kufur” Surah Yusu ayat 87.

sekadar perkongsian : mak dan ayah saya masuk surat khabar warta perdana  untuk edisi minggu ini =)




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .