Jom Follow!!!

Wednesday, March 28, 2012

Dulukan.......



 dulu kan....

saya selalu merayu dan mengharap untuk dapatkannya, sesuatu yang mustahil untuk dimiliki bagi saya, tapi Allah tahu mana yang baik untuk hambanya....

dulu kan....

saya selalu membandingkan diri saya dengan diri orang lain, kerana kehebatan bercakap dan sebagainya, tapi Allah tahu kita berada di tahap yang sesuai untuk hambanya....

dulu kan...

saya mempersoalkan kenapa Allah beri ujian yang berat kepada saya, sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, tapi Allah tidak akan menguji diluar kemampuan hambanya....

dulu kan..

saya tidak bercita-cita belajar sampai ke tahap ini, tiada cita-cita langsung untuk menjadi seorang engineering. tiada cita-cita langsung  untuk ambil kos kejuruteraan awam, tapi Allah lebih tahu dan cepat mencorak masa depan hambaNya...

………………………………………………………………………………..

tujuan hidup kita adalah mencari keredhaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila kita bersyukur akan nikmatnya.

tapi kenapa kadang-kadang kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan?

itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dapat yang diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita taksub dan lupa untuk bersyukur pada yang Esa...

kita akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Firman Allah jelas: "Dan jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya" |14:34|

sesekali cuba renungkan, berapa banyak nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita tidak henti-henti tanpa kita meminta daripadaNya pun, maka siapalah kita utk berkira-kira denganNya terhadap satu dua permintaan (doa) kita yang masih belum dimakbulkanNya...

Allah tahu yang terbaik, dan Dia akan beri yang terbaik..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, March 11, 2012

Jadual~

Salaamun 'ala manittaba'al huda.....


sebenarnya bagus juga ada jadual begini...

tujuan jadual ini adalah untuk tarbiah kepada diri kita sendiri... 

yang selebihnya biarlah Allah sahaja yang tentukan.. =)

ni pulak jadual puasa...

~boleh tekan image untuk besarkan~

jangan sesekali timbul perasaan riak dan takbur kepada diri sendiri atas ibadah yang dilakukan...

bak kata ustaz saya suatu ketika dulu "jangan sembang kemas mencintai Allah dan Rasul, kalau solat subuh pun di kala mentari terang..."

muhasabah diri sendiri...

kalau kita tak muhasabah diri kita sendri, ada tak orang lain nak tolong muhasabahkan diri kita ?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, March 5, 2012

Biar Sampai Syurga~

Salaamun 'ala manittaba'al huda.....

ada sahabat pernah kata orang cina dia kuat bekerja sebab pada mereka dunia ini segalanya...

tapi kita muslim ini bagaimana ?

apa "end in mind" yang kita ada ?

mati ?

atau sehingga manusia nampak kita berjaya ?

berjaya itu, apa maknanya ?

syurga itu bukankah kita percaya ? "ya..!" 

jadi syurga itu yang perlu jadi "end in mind" kita....

kenapa syurga ?

sebab syurga itu lambang cinta Tuhan kepada insan. Insan yang sudi mencintai Tuhan. Cinta kita pada Tuhan mesti ada balasan dari Tuhan. Walaupun kadang-kadang amalan kita sesekali tak boleh memberi jaminan, tapi cinta Tuhan mengatasi segala kemungkinan. Kemungkinan untuk masuk neraka, siapa yang berani mengaku dia tak pernah berdosa ? Oh, tapi Tuhan itu kasih-Nya luar biasa.

Allah....

kita seringkali terlupa, walaupun kita tahu "end in mind" kita syurga, tapi kita selalu kabur dengan kabus dunia...

kita sebagai insan, dalam segala perbuatan, perlu kita fikir betul-betul, agar apa yang kita kejar dan mahukan, agar apa yang kita ingin miliki, betul-betul kita dapat bawa perkara itu ke syurga....

harta... 

harta apa yang kekal yang kita boleh "bawa" ke syurga ? 

harta yang kita beri di jalan Tuhan. Dan kita akan "dapat" kembali harta yang berlipat kali ganda di syurga...

ilmu....

ilmu yang boleh bawa kita ke syurga ialah ilmu yang selepas kita miliki kita kongsi. Bukan sekadar manfaat sendiri atau kepentingan peribadi, tapi kepentingan ummat serta seluruh isi bumi....

sahabat.... 

sahabat yang dapat beri nasihat untuk betulkan kita, yang betul-betul membantu kita saat susah dan sanggup bersama ketika derita, rakan yang sama-sama berdiri untuk menegakkan agama, maka sahabat ini akan "pimpin" kita ke syurga....



 cinta....

cinta bagaimana yang kita boleh bawa ke syurga ?

apabila cinta itu, mula, tengah dan akhirnya terjaga. Apabila asasnya kuat kerana Tuhan. Bilamana kita pilih jalan cinta yang diredhai Tuhan....

apa asas cinta untuk cinta Tuhan ? Apabila fitrah itu diurus tanpa fitnah. Apabila rasa itu ditujukan untuk jalan yang sah. Apabila halal itu didahulukan, dan haram tidak menjadi perhiasan. Apabila jalan untuk kemaksiatan itu ditutup rapi. Apabila nikah itu menjadi pintu kepada kesetiaan suami dan isteri. Kerana nikah itu melengkapkan separuh agama, maka apa lagi yang diragui ?

kalau perintah Tuhan diturut, usahlah takut. Yakinlah, bahawa bilamana kita pilih jalan taqwa, serahkanlah segala-galanya kepada Tuhan, dan jalan keluar kepada masalah itu kita tak pernah sangka-sangka....

maka cinta ini, bilamana mengikut perintah Ilahi, destinasi terakhirnya adalah syurga abadi...

maka bila jatuh hati, setelah kita pohon petunjuk Ilahi, dan kita yakin bahawa dia itu terbaik untuk dijadikan suami/isteri, bawalah dia ke jalan yang diredhai, bawa dia ke syurga abadi...

jangan pula bila kita ada perasaan, kita mula tak jaga pandangan, dan sayang kita akhirnya hanya membinasakan, kerana kita khuatir cinta sebegini hanyalah ke neraka yang tidak ada sesiapa pun mahu pergi.... mohon dijauhkan....

serahkanlah kepada Allah, kerana hanya Dia yang tahu isi hati, harapan dan mimpi, dan Dia juga yang boleh menjadikan harapan dan mimpi menjadi realiti...

Allah tahu apa yang kita tidak tahu. perancangan Allah itu terlalu sempurna sehingga tidak terjangkau dek akal dan minda. bila kita sudah mendapatkannya baru kita tersentak, tersedar, lantas mengucapkan alhamdulillah..

.  
 p/s : kuatkan hati ini ya Allah. Entah kenapa, hari ini diri ini tak mampu berdiri dan beredar pergi. terpaksa duduk di kerusi. seolah-olah cuba menanti, menanti dan terus menanti. entah kenapa, sekali lagi diuji. Entah kenapa, mata ini tiba-tiba ingin merenung ke depan, tiba-tiba bertemu dua pandangan. Aduhai. Aduhai..






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .