Jom Follow!!!

Saturday, January 28, 2012

Terfikir Mati Esok Hari~

Salaamun 'ala manittaba'al huda...

makin kurang ada masa untuk bersama subuhmenjelma... =_=

kalau betul-betul free memang tiada masalah untuk mengemaskini subuhmenjelma..

yang sering menjadi masalah apabila mencari free berkenaan...

dalam sibuk mencari idea mengupdate blog..

tiba-tiba saya teringat perbualan bersama sahabat saya...

atau lebih akrab lagi sahabat sebilik saya (roomate), perbualan kami semasa sibuk menghadapi final exam tahun lepas...

"fa kita ni sibuk study, agak-agak ada masa depan yang cerah tak ?"

terkedu saya seketika, saya berfikir sebentar, sejurus saya menjawab...

"insyaallah ada rezeki tak kemana, ni kita study untuk masa depan yang cerah la.."

"kadang-kadang risau juga fa, entah boleh ke entah tak kita jadi engineer ni...lagi-lagi kita ni perempuan"

adakala, sesuatu yang kita sangat-sangat harapkan sehingga kita sangka rancangan kita itu tiada cacat celanya, dan hanya tinggal selangkah untuk menggapainya....

 namun pada saat-saat akhir Allah Maha Berkuasa untuk menunjukkan bahawa ketentuanNya berada tinggi mengatasi segala rancangan hamba-hambaNya...

optimis dengan rezeki dan qadr daripadaNya. Dia sentiasa berikan yang lebih baik....

 jangan kecewa dengan plan A yang tak menjadi, kerana kita masih ada plan BCDEFGHIJKLMNOPRSTUVWXYZ =)

"insyaallah ada rezeki kita ina, kita hanya merancang dan Allah sebaik-baik perancang. Allah yang menciptakan kita, maka Dia lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita.." 

beliau mengangguk setuju, lantas meneruskan ketekunan kembali...

sejurus giliran saya pula membuka persoalan...

"hmmmm..kita ni asyik berfikir risau dan runsing fikir masa depan yang cerah je..pernah tak kita terpikir yang kita akan mati esok hari..."

ina diam, dan saya pun diam...

tak sangka pulak soalan tu keluar dari mulut ni...

" eh...a'ah la.., balas pendek ina.."

persoalan ini tehenti di situ...

**********


sejak kebelakangan ini, saya tidak beberapa sihat...

siang didalam ofis, badan sejuk menggigil...

aircond lapan jam sehari...

bila malam menjelma, badan panas....

terpaksa letak cool fever...

ada sahabat ofis tanya, napa tak makan ubat ?

nak makan ubat ? 

Nur Afifah Ghazali ni, 10 kali pikir kalau nak makan ubat...

kalau disuruh lari 10km pun sanggup dari telan ubat =_=

kawasan rumah saya musim demam sekarang...

dah ada banner tergantung "kawasan rumah anda, kawasan kes demam denggi dan sedang dikuarintin..."

moga sakit ini menggugurkan dosa kecilku..

"tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

setiap malam, susah nak tidur...badan panas...

jadi fikiran saya menular pada sebuah persoalan yang saya rasa kecut perut...

"Ya Allah, andai ini tidurku yang terakhir, cukupkah amalan-amalanku selama ini untuk bertemuMu ?"  =(

rasa kecut perut itu kerana persediaan diakhirat sana nanti belum cukup lagi untuk diri ini..

betapa jahilnya diri ini...

diri ini terlalu runsing memikirkan kehidupan mendatang...

terlalu risau adakah diri ini mempunyai masa depan yang cerah...

Ya Allah betapa alpanya diri ini...

kehidupan akhirat yang paling utama, yang sering diri ini alpa...

ingat bila susah, bila senang kita lupa semuanya...

walaupun kita selalu nak lari daripada kesempitan, walaupun kita tidak disuruh untuk mencari kesedihan, tetapi sedarkah kita bahawa kesempitan dan kesedihan itulah yang banyak berjasa membawa ramai manusia mencari dan mendekati Allah..

sebab itu ada masa kita gembira sampai terlupa, didatangkan dukacita sehingga kita mencari Dia.... 

Allah mencampakkan dukacita kepada manusia supaya kita 'ada masa' bersamaNya, sebab Dia Maha tahu bahawa tak ramai yang bersyukur ketika gembira.. 

'La Tahzan, Allah Bersama Kita'

muhasabah diri saya sekitika =_=



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, January 21, 2012

Tiada Tajuk~


Salaamun 'ala manittaba'al huda...

dah lama rasanya tak berblog bersama subuhmenjelma, sampaikan sudah bersawang subuhmenjelma ni...

terasa rindu dihati nak berblog..

apa khabar iman sahabat-sahabat blogger.. ? 

untuk 'dia' yang saya tidak ketahui siapa...








sangat lah sweet if kita serahkan cinta kita dulu kepada Allah dan kemudian Dia sendiri yang akan aturkan kisah cinta kita yang sweeeet jugak...

 bila kita melabuhkan cinta kita dulu kepada Allah, maka Dia akan turut menjadikan orang-orang yang mencintaiNya turut mencintai kita...

maaf ye saya update lambat...

alhamdulillah saya dah dapat kerja di mindef, sementara nak sambung belajar balik...

tapi yang sedihnya, bila masuk hari ketiga saya diarahkan lapor diri ke bahagian penempatan saya tiba-tiba saya dimarahi oleh pegawai perempuan tanpa sebab dan munasabab...

masuk ke bilik pegawai terus kena mara...

sedangkan saya diarah lapor diri kebahagian penempatan saya...

sampai sekarang saya tidak tahu apa salah saya dimarahi..

hati saya lembut dan mudah tersentuh...

nasib baik ada sahabat, sarjan, leading yang memberi semangat semula...

bak kata incharge saya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri je la, janji kerja kita buat, cukup bulan dapat gaji...


*pangkat bukan lesen untuk memarahi seseorang tanpa sebab dan munasabab. sekalipun ada masalah lain, tiada perlu melepaskannya kepada pekerja.....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, January 5, 2012

Fungsi Blog~


pesan ustaz Azhar Idrus lagi...


bukan ku mencari redha makhluk bumi... 

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, January 4, 2012

Kebenaran Dilihat Dengan Mata Hati~

dulu, ada orang mendakwa Tuan Guru Nik Aziz sebagai Ayah Pin. Dari mana perkhabaran diterima, tidak pula dapat dipastikan. Mungkin orang tersebut mempunyai kasyaf...

hari ini kedengaran pula dakwaan Ustaz Azhar Idrus itu Iblis, Syaitan dan sebagainya...

semua dakwaan itu cuma satu, iaitu supaya gelaran ‘sesat’ berjaya dilemparkan kepada golongan ulamak. Biar pun tanpa berlapik hujah, yang penting berjaya memburuk-burukkan, ataupun kalau tidak berjaya sekalipun, setidak-tidaknya mereka berpuas hati dengan mulut jahat mereka...

saya melihat, ada golongan tertentu yang tidak senang dengan gelombang dibawa oleh Ustaz Azhar Idrus. Penceramah dari Terengganu ini dilihat mempunyai daya tarikan yang begitu kuat kepada golongan muda di samping pencerahan agama yang mudah dan sesuai untuk orang awam...


 malam tahun baru, Ustaz Azhar Idrus berjaya mencetuskan fenomena luar biasa apabila kehadirannya di Selangor menarik puluhan ribu manusia untuk menjayakan sambutan alternatif malam tahun baru...

kita akui, bukan mudah untuk seorang ustaz mengekalkan pakaian jubah serta kopiahnya dan dalam masa yang sama diterima baik oleh sasaran dakwah...
  
MATA HATI

apapun, rentetan dari sambutan alternatif malam tahun baru yang kelihatan sungguh berjaya dilakukan oleh Ustaz Azhar Idrus, maka timbullah pula suara sumbang tentang alat muzik itu haram, hiburan itu haram, tiada malam sambutan tahun baru cara Islam dan sebagainya...

dan suara itu lebih sumbang, apabila hanya kedengaran saat dan ketika ini. Sedang sebelumnya, ketika konsert-konsert dan sambutan-sambutan yang lain dihadiri oleh orang besar negara, tidak pula suara-suara tersebut keluar...

tegur menegur itu bagus. Bersama-sama mendidik ummah ke arah celik agama juga bagus...

tetapi bukan dengan cara pembodohan. Bukan dengan cara menggunakan teks Al-Quran dan Hadith secara literal bagi menidakkan atau mengiyakan perbuatan pihak tertentu. Begitu juga, perlu amanah. Jika terdapat padanya khilaf dan perbezaan pendapat di kalangan ulamak, maka pencerahan kepada awam haruslah dibuat dengan cara yang adil...

alangkah hairan apabila ada golongan agamawan yang sengaja menjadi sempit untuk menyempitkan ummah. Ketika satu pihak mengambil alternatif menganjurkan sambutan yang bebas dari unsur-unsur kelalaian,  dimulakan dengan solat, ada pengisian agama, berhibur dalam batasannya dan bersama membacakan Asma Al Husna, maka satu pihak yang lain bertungkus lumus pula menggeledah kitab bagi menidakkan alternatif yang disuakan kepada ummah. Walhal sepatutnya mereka juga menunjukkan satu alternatif yang lain yang lebih baik sebagai ganti kepada alternatif yang mereka tidak suka.

ketidakjujuran itulah yang akhirnya menyedarkan kita, bahawa sesungguhnya kebenaran itu hanya mampu dilihat dengan mata hati dan bukannya mata kepala manusia. Mereka menyangka penglihatan mereka celik, sedangkan mereka sebenarnya telah lama menjadi buta. Allah berfirman dalam Al-Quran :

Dan apakah mereka tidak berjalan di atas muka bumi dan melihat keadaan mereka-mereka itu ( ummat yang dibinasa ) sedang mereka mempunyai hati yang boleh berfikir dan telinga yang boleh mendengar. Maka sesungguhnya mereka itu bukanlah buta mata penglihatan sebaliknya mereka buta hati di dalam dada. [ Al-Haj : 46 ]

sedikit komen ustaz Azhar Idrus mengenai orang yang mencemuh beliau..


begitu tenang saja ustaz menjawab tanpa menyakiti hati siapa-siapa..

“aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu” - Imam Syafie

komen Sham Kamikaze seorang guitarist yang hebat dan kini menjadi seorang pendakwah..

dan bagi saya sendiri yang merupakan seorang remaja dan begitu minta ustaz Azhar Idrus, jangan disalahkan masyarakat awam hanya semata-mata kerana mereka lebih menggemari pendekatan ustaz yang kelihatan lebih friendly dan memahami jiwa anak muda yang sedang ketagih hiburan..

anak muda hanya mampu mengambil dan mencapai apa-apa sahaja yang muncul dan dekat dengan jiwa mereka....

bukan salah anak muda seperti saya, tapi anda yang kurang memahami bahasa kami yang begitu dahagakan ilmu agama...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 2, 2012

Proses Kehidupan~


tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),(36:77)


dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari pati yang berasal dari tanah. (Pati yang berasal dari tanah, ialah pati makanan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dan tanaman yang tumbuh di bumi).Kemudian Kami jadikan pati itu setitis air benih (air mani), pada tempat penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa ketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya (keadaannya yang asal serta ditiupkan roh padanya). Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik baik Pencipta.(23:2,13,14)


"dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?" (6:32)


(demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikanlah Aku (ke dunia), Agar Aku berbuat amal yang saleh terhadap yang Telah Aku tinggalkan. sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. dan di hadapan mereka ada dinding sampal hari mereka dibangkitkan.(23: 99-100)


pada masa berlakunya tiupan sangkakala yang pertama yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan),  Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing);Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut, Pemandangannya tunduk gerun. Mereka (yang ingkar) berkata: Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu?  Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput? Mereka berkata lagi (secara mengejek: Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan! (Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua);  yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata.(79:6-14)


semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.(55: 26-27).

kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal? Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kalian dikembalikan.(21: 34-35).

 kita sering sibuk-sibukkan diri kita dengan urusan duniawi sehingga terlupa urusan ukhrawi. Peringatan kepada diri sendiri terutamanya, banyak salah silap. T___T

 sesungguhnya, dunia hanyalah tempat persinggahan yang sementara. jadikan dunia sebagai medan untuk mengumpul amal bagi bekalan di sana kelak.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, January 1, 2012

Sibuknya Di Tahun Baru 2012M~

"apa azam tahun baru ni ? " tanya si A yang prihatin.

"azam aku nak bekerja lebih rajin, tekun dan terancang, tengok ni diari pun dah beli" jawab si B.

"saya nak belajar bersungguh-sungguh, nak masuk ‘U’." kata seorang pelajar yang bersemangat tinggi.

"aku nak berhenti merokok, membazir je." kata pemuda harapan bangsa. Azam yang amat biasa kita dengar setiap tahun, walaupun tidak pernah makbul. (bukan semua).

“ I nak menamatkan zaman bujang.” Kata si artis sambil tersenyum malu.

di ambang tahun baru. Adegan dan dialog yang seumpama di atas akan kedengaran semula. Macam-macam. Kadang-kadang berulang azam yang sama...

Alhamdulillah, semuanya azam yang baik-baik. Tentulah tidak pernah kita dengar azam seperti, "aku nak gagal dalam ‘exam’..." aku nak jadi pengumpul saman terbanyak, nak masuk buku Malaysian Record." kalau ada, mesti ada yang tak kena dengan orang tu. Itu cerita azam, memang biasa...

Err.. azam tahun 2011 tertunaikah atau tertangguh lagi ?

bagi ibu bapa pula mungkin sibuk memikirkan persiapan persekolahan anak-anak. Baju, seluar, beg, kasut, buku, yuran dan sebagainya. Yang mempunyai anak yang ramai, mungkin tambah pening. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang masih kurang stabil. Harga barangan ketika ini amat membebankan. Kenalah berjimat, walaupun dah lama dan sentiasa berjimat. Beli yang benar-benar perlu sahaja. Kadang-kadang timbul masalah, anak-anak pula mahu yang berjenama. Tambah pening. Kasihan ayah dan ibu...

itu belum tengok adegan hari pertama persekolahan bagi tahun 1. Ada yang ‘cool’, ada yang sedih, tak kurang juga yang menangis, mengamuk pun ada takut kena tinggal. Terpaksalah ibu atau bapa tunggu. Kadang-kadang sampai sebulan. ‘Ape keroje’ kata orang Perak. Sekali lagi kasihan ibu dan ayah. Itu cerita sekolah, memang biasa...

bagi pemuda dan pemudi yang mahu berkahwin di tahun baru ini, baguslah. Berkahwinlah, ikutlah syarak. Ikutlah panduan agama. Jangan membazir. Mudah-mudahan perkahwinan menjadi ibadat. Keberkatan itu yang kita cari. Itu kisah kahwin, memang biasa...

yang bergelar pelajar, realisasikan azam mahu belajar bersungguh-sungguh. Jangan jadi budaya hanya berazam di tahun baru. Akhirnya azam tinggal azam. Banggakan ibu bapa, gembirakan mereka. Pohonlah restu dan doa mereka. Ingat redha Allah terletak pada keredhaan ibu bapa. Insya-Allah kita pasti berjaya. Itu kisah pelajar, memang biasa....

yang bekerja, bekerjalah dengan penuh amanah. Ingatlah azam tahun lepas, mahu meningkatkan produktiviti, mahu mendapat anugerah pekerja cemerlang. Ayuh buktikan. Ikhlaskan diri bekerja kerana Allah. Mudah-mudahan walaupun sedikit yang dibawa balik tetapi dapat membangunkan kemanusiaan diri dan keluarga. Itu kisah pekerja, memang biasa...
  
muhasabah dari kesibukan..

azam baru, persiapan persekolahan, tekun bekerja, mahu berkahwin dan 1001 macam kesibukan, itulah realiti yang sinonim di tahun baru. Yang pasti setiap orang mempunyai kesibukan yang berbeza. Walau apapun kesibukan kita, janganlah kita lupa merenung ke dalam diri kita adakah kesibukan kita ini mempunyai nilai di sisi Allah. Peruntukkanlah masa untuk beribadat. Sibukkan diri untuk menambah saham akhirat. Jangan sampai terlerai tali hubungan dengan Allah. Tiada ertinya kita sibuk siang dan malam tetapi kesibukan itu menjadi murka Allah...

islam tidak melarang penganutnya mencari kesenangan di dunia ini, tetapi biarlah kesenangan itu membawa kepada senangnya beribadat. Apa yang kita bimbangkan semakin manusia disibukkan dengan mencari kesenangan dunia, semakin jauh dihimpit oleh nafsu yang melemaskan. Akhirnya merosakkan diri sendiri...

Firman Allah swt:

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah disiapkannya untuk hari esok. Bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah akan menceritakan tentang apa yang telah kamu kerjakan. Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah melupakan mereka kepada dirinya sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasiq”. (59:18-19)

tingkatkan amal dan istiqamah. Sentiasa muhasabah akan kelemahan diri serta kekurangan amal kita....

jangan risau azam 2012M, andai sudah berazam untuk 1433H =)

"Ya Allah adakah sibukku ini ada nilai di sisi-Mu"

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .