Jom Follow!!!

Saturday, January 28, 2012

Terfikir Mati Esok Hari~

Salaamun 'ala manittaba'al huda...

makin kurang ada masa untuk bersama subuhmenjelma... =_=

kalau betul-betul free memang tiada masalah untuk mengemaskini subuhmenjelma..

yang sering menjadi masalah apabila mencari free berkenaan...

dalam sibuk mencari idea mengupdate blog..

tiba-tiba saya teringat perbualan bersama sahabat saya...

atau lebih akrab lagi sahabat sebilik saya (roomate), perbualan kami semasa sibuk menghadapi final exam tahun lepas...

"fa kita ni sibuk study, agak-agak ada masa depan yang cerah tak ?"

terkedu saya seketika, saya berfikir sebentar, sejurus saya menjawab...

"insyaallah ada rezeki tak kemana, ni kita study untuk masa depan yang cerah la.."

"kadang-kadang risau juga fa, entah boleh ke entah tak kita jadi engineer ni...lagi-lagi kita ni perempuan"

adakala, sesuatu yang kita sangat-sangat harapkan sehingga kita sangka rancangan kita itu tiada cacat celanya, dan hanya tinggal selangkah untuk menggapainya....

 namun pada saat-saat akhir Allah Maha Berkuasa untuk menunjukkan bahawa ketentuanNya berada tinggi mengatasi segala rancangan hamba-hambaNya...

optimis dengan rezeki dan qadr daripadaNya. Dia sentiasa berikan yang lebih baik....

 jangan kecewa dengan plan A yang tak menjadi, kerana kita masih ada plan BCDEFGHIJKLMNOPRSTUVWXYZ =)

"insyaallah ada rezeki kita ina, kita hanya merancang dan Allah sebaik-baik perancang. Allah yang menciptakan kita, maka Dia lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita.." 

beliau mengangguk setuju, lantas meneruskan ketekunan kembali...

sejurus giliran saya pula membuka persoalan...

"hmmmm..kita ni asyik berfikir risau dan runsing fikir masa depan yang cerah je..pernah tak kita terpikir yang kita akan mati esok hari..."

ina diam, dan saya pun diam...

tak sangka pulak soalan tu keluar dari mulut ni...

" eh...a'ah la.., balas pendek ina.."

persoalan ini tehenti di situ...

**********


sejak kebelakangan ini, saya tidak beberapa sihat...

siang didalam ofis, badan sejuk menggigil...

aircond lapan jam sehari...

bila malam menjelma, badan panas....

terpaksa letak cool fever...

ada sahabat ofis tanya, napa tak makan ubat ?

nak makan ubat ? 

Nur Afifah Ghazali ni, 10 kali pikir kalau nak makan ubat...

kalau disuruh lari 10km pun sanggup dari telan ubat =_=

kawasan rumah saya musim demam sekarang...

dah ada banner tergantung "kawasan rumah anda, kawasan kes demam denggi dan sedang dikuarintin..."

moga sakit ini menggugurkan dosa kecilku..

"tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

setiap malam, susah nak tidur...badan panas...

jadi fikiran saya menular pada sebuah persoalan yang saya rasa kecut perut...

"Ya Allah, andai ini tidurku yang terakhir, cukupkah amalan-amalanku selama ini untuk bertemuMu ?"  =(

rasa kecut perut itu kerana persediaan diakhirat sana nanti belum cukup lagi untuk diri ini..

betapa jahilnya diri ini...

diri ini terlalu runsing memikirkan kehidupan mendatang...

terlalu risau adakah diri ini mempunyai masa depan yang cerah...

Ya Allah betapa alpanya diri ini...

kehidupan akhirat yang paling utama, yang sering diri ini alpa...

ingat bila susah, bila senang kita lupa semuanya...

walaupun kita selalu nak lari daripada kesempitan, walaupun kita tidak disuruh untuk mencari kesedihan, tetapi sedarkah kita bahawa kesempitan dan kesedihan itulah yang banyak berjasa membawa ramai manusia mencari dan mendekati Allah..

sebab itu ada masa kita gembira sampai terlupa, didatangkan dukacita sehingga kita mencari Dia.... 

Allah mencampakkan dukacita kepada manusia supaya kita 'ada masa' bersamaNya, sebab Dia Maha tahu bahawa tak ramai yang bersyukur ketika gembira.. 

'La Tahzan, Allah Bersama Kita'

muhasabah diri saya sekitika =_=



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

Rintihan HambaMu said...

Sabda Rasulullah "barangsiapa dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, maka dia diuji dengan suatu musibah" (HR.Bukhari).

Bulan Syurga Firdausi said...

berjaya pd org yg sentiase ingt pd mati :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .