Jom Follow!!!

Tuesday, May 29, 2012

Koreksi Diri...


Salaamun 'ala manittaba'al huda....

amat sukar untuk menulis sesuatu tentang diri sendiri. Apatah lagi jika ianya berkaitan dengan kelemahan dan kekurangan diri. Itulah hakikatnya...

jika kita diberikan sehelai kertas dan diminta menulis kelemahan orang lain, tentunya berkajang-kajang yang dapat kita senaraikan...

 tetapi jika diminta untuk menulis kelemahan diri sendiri, maka berapa lama masa yang diperlukan, dan kita masih termenung sambil menggaru-garu kepala. Sedangkan kertas masih lagi kosong. Kita tidak mampu, itulah realiti yang harus ditelan...

menulis sesuatu kecacatan pada diri sendiri, diibarat membuka pekung di dada dan ia bukanlah suatu yang menarik. Kita mengakuinya termasuk saya sendiri...

fitrah manusia...

apakah perasaan kita jika ada sahabat yang berkata :

“kamu ini hamba Allah yang taat, cantik, baik, cerdik...bla...bla...bla...”

kita merasa gembira ? 

sudah tentu! Hati kita seronok, berbunga-bunga, walaupun kita sebenarnya tidak begitu. Tetapi kita memang gembira...

bagaimana pula jika seorang lagi sahabat berkata :

“kamu ini degil, tidak solat, kurang pandai, hamba nafsu...bla...bla...bla...”

automatik kita akan sakit hati, marah, memberontak tidak setuju. Terasa mahu melayangkan sebijik dua buah tangan, walaupun kita memang begitu. Itulah keadaan kita sebenarnya, tetapi kita marah dan tidak menyukainya...

kenapa ?

manusia sukakan kepada kesempurnaan dan mencari-cari kesempurnaan....

 fitrahnya memang begitu. Lebih-lebih lagi kesempurnaan zahir. Tanyalah kepada sesiapa pun, “Ya...” jawab mereka...

 siapa yang tidak mahu kelihatan cantik, gagah, cerdik, kaya, berpengaruh dan berbagai-bagai lagi. Dan itulah di antara kesempurnaan yang menjadi impian, sebagaimana asal penciptaannya dengan sebaik-baik kejadian.

Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian.” (at-Tin: 4)

Allah SWT memulakan ayat ini dengan lafaz sumpah iaitu sebaik-baik makhluk yang Allah SWT ciptakan adalah manusia. Bentuk tubuhnya melebihi keindahan bentuk tubuh makhluk yang lain, tentang ukuran badannya, tentang manis air mukanya, sehingga digelar "basyar", ertinya wajah yang menggembirakan. Untuk menyempurnakan lagi penciptaannya dianugerahkan pula akal sebagai pedoman dan pengimbang dalam melakukan sesuatu perkara.

manusia, sebaik-baik ciptaan...

justeru, marilah kita memperbanyakkan syukur di atas kurniaan yang amat hebat ini... =)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, May 23, 2012

Bagaimana mencintai secara high class ?



 Salaamun 'ala manittaba'al huda....

Cinta High Class...
  
cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita mesti mencintai secara high class. Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class jugak...

errrr.. apa itu cinta high class ?

cintamu mendaulatkan Allah nombor satu..

cintamu padaku kerana Allahmu yang satu..

cintamu bermujahadah menahan nafsu..

Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik).” (HR al-Tarmizi).

saya terfikir, wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin berterusannya kehidupan di dunia.
Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah...

wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.
Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa. Dan ini barulah high class.
 
jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah.  Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan..

jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan, bila halal, penuh keterujaan..

saya cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki..

lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya...

 bagaikan elektron dan proton...

 bagaikan baju dan seluar...

 bagaikan sepasang selipar...

kedua-duanya saling memerlukan...

bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki...
 
kenapa ianya high class ?

itu tanda patuhi Allah...

itu tanda jauhi fitnah...

itu tanda sebuah mujahadah...

mujahadah itu pahit kerana syurga itu indah..

jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita..

the time will be come, insyaallah..

jika tidak di dunia kita akan bertemu di syurga kelak, insyaallah..

Nabi SAW berpesan "jika kalian berasa gelisah terhadap sesuatu perkara, maka solatlah dua rakaat kemudian berdoalah : Ya Allah, aku beristikharah kepadaMu dengan ilmuMu" (Riwayat Bukhari)

------------------------------------------------

tidak akan rugi orang yang melakukan istikharah dan musyawarah...=)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, May 5, 2012

Sepanjang 22 Tahun Hidup Di muka Bumi Allah Ini~

Salaamun 'ala manittaba'al huda....

4 Mei 1990...

4 Mei 2012, genap usia diri ini 22 tahun...

MasyaAllah sudah 22 tahun saya bernafas di muka bumi Allah ini. Masa itu terlalu pantas dan terus memintas. Keadaan, rupa, perlakuaan dan segalanya jugak mengalami perubahan mendadak yang langsung kita tidak sedari..

terfikir jugak akan diri ini sepanjang hidup suku abad, apakah jasa dan bakti telah ditaburi ?

*diam*

terfikir jugak akan diri ini sepanjang hidup suku abad, adakah cukup amalan yang telah disempurnakan sebaiknya ?

*senyap*

terfikir jugak akan diri ini sepanjang hidup suku abad, berapa banyak dosa yang sentiasa mengejari ?

*sepi*

MasyaAllah kelu lidah berbicara. Kenyataan tak mampu ditafsirkan dengan jelas. Tetapi itulah hakikat. Hakikat yang semua manusia perlu sedar. Kekadang kita sedar tetapi alpa dan lupa. Tak kurang yang sentiasa buat-buat lupa dan alpa..

amat membahagiakan sekiranya ada orang yang menghargai anda. Syukran, terima kasih kerana menghargai diri ini. Belajarlah menghargai manusia lain sekiranya kita mahu dihargai (pesan buat diri sendiri terlebih dahulu). Menghargai dan dihargai, tidak lokek sedikit pun. Langsung tidak rugi..

terima kasih insan-insan yang hebat yang hadir dalam diri ini, mak, ayah dan abang long...

terima kasih sahabat istimewa saya Ainul Elmy Abd Manaf, yang sentiasa memberi kata-kata semangat ketika diri ini lemah...



terima kasih atas pemberian hadiah-hadiah dari kalian...


terima kasih sahabat sepejabat saya yang tidak jemu-jemu menyanyikan lagu selamat hari jadi..


apa lagi yang mampu saya katakan..

terima kasih banyak-banyak..

terima kasih yang sudi belanja makan...

terima kasih kepada sahabat facebook dan sahabat blogger yang sudi wish dan mendoakan kesejahteraan diri ini...

jazakallah khairan sahabat.. Allah yubareek fiik..Allah bless u all =)

kita perlu siap sedia dengan segala macam rintangan. Pelbagai manusia lagi kita bakal temui. Pelbagai gaya dan ragam yang belum kita ketahui. Tiada lain, teruskanlah melangkah tanpa lelah.

coretan ini akan diteruskan. Terima kasih kepada yang menyokong.

Ya Allah, Engkaulah yang membangunkanku di saat aku kejatuhan. Engkaulah yang mengajarku erti sabar di saat aku keresahan. Engkaulah pemilik seluruh hatiku. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih. kerana walaupun diri ini terlalu banyak dosanya, Engkau masih sudi menerimaku sebagai hamba-Mu, dan berterusan memberikan aku peluang untuk satu perubahan. Meskipun aku kerap kali melupakan kebesaran-Mu.






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, May 2, 2012

Seketika Di KLIBF 2012

Salaamun 'ala manittaba'al huda....

dah lama rasanya tak update blog...

rindu rasanya nak bertinta...

apa khabar iman sahabat blog saya =)

entry kali ini, saya ingin berkongsi cerita mengenai KLIBF 2012 yang sedang berlangsung di PWTC..

cuti hari buruh yang lepas saya mengambil kesempatan "berdating" bersama ayahnda tercinta meluangkan sedikit masa kami menghadirkan diri ke Pesta Buku Antarabangsa 2012 (KLIBF 2012 )..

cukup teruja dan mengasyikan apabila melangkah masuk ke PWTC...

pertama kali ke KLIBF yang agak besar pamerannya, dan pertama kali juga ke PWTC, pelbagai rasa yang menyilap di dalam diri. 

taniah saya ucapkan kepada penganjur iaitu MAJLIS BUKU KEBANGSAAN MALAYSIA (MBKM), KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA..

kelabu mata saya melihat lambakan buku-buku yang memenuhi ruang pameran, begitu juga dengan harga yang ditawarkan. Amat istimewa! rasa mahu memborong sahaja semua buku pada ketika itu...

dalam beringat, seratus lebih jugak yang telah saya belanjakan untuk membeli buku-buku yang dipilih. Itu pun dalam beringat kalau tidak beringat habis semua buku diborong mengikut nafsu..

entahlah, mengapa saya terlalu lemah dihadapan kedai buku. Penyakit lama sejak di zaman belajar . "tersungkur saya dipintunya.."

diri ini terlalu teruja melihat buku. melangkah ke kedai buku diri ini akan membaca Au'udzubillah kerana ketika keluar dari kedai buku saya jadi manusia yang fakir tetapi penuh kepuasan dengan buku yang dibeli..

itulah realiti...


namun saya tidak lah kisah untuk belanja "lebih sedikit" kerana setiap sen yang dilaburkan adalah dengan niat untuk mencari ilmu, kebaikan, motivasi, panduan dan sebagainya. Dan saya yakin ia memang berbaloi dalam  mencari erti hidup agar hari ini lebih baik dari semalam..

akhirnya saya bersama ayahnda tercinta melangkah keluar dari bangunan PWTC dengan poket yang fakir tetapi hati yang kembang berbunga seribu kepuasan, bersama susunan buku yang telah kami beli. Bila agaknya dapat menghadam kesemuanya, jangan sampai jadi keldai sudahlah..

 Firman Allah dalam surah al - jumu'ah ayat 5 yang bermaksud :

"Bandingan orang (Yahudi)yang dipertanggungkan dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul beban kitab - kitab yang besar (sedangkan ia tidak mengetahui kandungannya).Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat - ayat keterangan Allah. Dan (ingatlah Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim."(Surah al - jumu'ah 62:5)

jom sahabat sekelian jangan melepaskan peluang untuk mengunjungi KLIBF 2012. Masih ada masa lagi untuk ke sana =)

# seorang insan yang matang dan cerdik akan sentiasa melihat kehidupan sementaranya secara keseluruhan, tindak tanduknya banyak yang memikirkan manfaat jangka masa panjang. Antaranya ialah, dia akan membelanjakan wang, masa, tenaga dan kemahiranya untuk menjaga serta meningkatkan kecergasan dan kecantikan rohani lebih berbanding apa yang dibelanjakan untuk kecantikan fizikal yang zahir.Ya kecergasan dan kecantikan fizikal sangat penting, tetapi jangan dipandang sepi soal rohani, apa guna cantik dimata, sakit dihati?

sedikit perkongsian gambar di KLIBF 2012..


Alhamdulillah Allah beri kesempatan dengan mudah untuk bertemu bertentang mata dan bersalaman menjalin ukwah dengan penulis dan penceramah yang amat dikagumi ustazah Fatimah Syarha 

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil & Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman 



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .