Jom Follow!!!

Monday, December 31, 2012

Bersangka Baik Dengan Allah..

"serius aku frust dengan result aku. Aku pulun study, dapat 6A je? sedih kot."

"kenapa mesti aku yang kena musibah ni? keluarga orang lain best kot. Semua cukup."

"aku tak faham, kenapa dia tipu aku? Khianat aku?"

"bengangnya rasa. Cikgu ni pilih kasih. Aku buat apa semua nampak salah. Budak tu buat apa semua cikgu puji."

Hm. Meh sini duduk sebelah aku diam-diam. Jangan sedihlah. Semua yang berlaku, mesti ada sebab. Ada hikmahnya. Dah dah, jangan menangis. Kadang tu, benda yang menyakitkan kita sekarang, akan menguatkan kita pada masa akan datang. Sabarlah. Kau ada Allah. Percayalah, sekali kita utamakan Allah dalam hidup, kita dapat rasa bahagia tu.

 Nak bahagia di syurga, kenalah rasa sakitnya penjara dunia. Kalau nak rasa nikmat syurga dunia, nanti rasakanlah pula seksa neraka.

Nak tahu satu rahsia tak? Rahsia macam mana para mujahid dulu-dulu sentiasa nampak kental? Sentiasa bertenang walau ditimpa musibah? Rahsianya, mereka dahulukan Allah dalam setiap perkara. Bukan macam kita.

Cuba check balik diri kita.

Bila bangun tidur, mana lagi cepat? Check phone atau baca doa bangun tidur?

Bila dengar azan, masa tu kita tengah online. Mana kita dahulukan? Solat atau online?

Bila tengah marah, mana kita utamakan? Mencarut mengeji atau istighfar?

Bila nampak Al Quran dengan Handphone. Mana kita lebih teruja nak tengok dulu? Phone, atau Al Quran?

Bila tengah syok layan movie, sekali tengok jam dah sesuai untuk solat dhuha. Kita akan pilih solat dhuha, atau teruskan menonton? Dengan alasan, "Ala solat dhuha tu sunat je. Bukan wajib pun."

 Bila terbangun tengah malam, kita choose untuk sambung tidur, atau solat sunat dulu?

Kadang-kadang kita terlampau marah dengan aturan Allah, sampai terlupa, kita lahir ke dunia ni pun atas aturan Allah juga. Betapa sikitnya kita bersyukur, sedangkan kita ada banyak masa yang kita kufur.

*senyum*

Dah dah. Jangan sedih bila ditimpa musibah. Kita kan ada Allah? Dia tak pernah tinggalkan kita. Walau manusia lain jauhi kita, walau manusia lain benci kita, walau manusia lain tinggalkan kita, Allah masih setia bersama kita. And yet, kita masih sibuk nak cari perhatian manusia. Kita rakus nak dapat perhatian manusia, sampai lupa yang Allah sentiasa berikan perhatian pada kita.

Tangan kanan sentuh dada. Tutup mata. Lafazkan, walaupun perlahan.

"Sangka baik dengan Allah. Walau mati ditengah jalan, pasti segalanya sudah tertulis dalam aturan. Bahawa segala yang berlaku, pasti ada hikmahnya yang aku sendiri belum tahu. Yakin, Allah itu tak pernah salah."

*senyum*

Terlupa pulak tahun baru dah nak masuk. Apa azam kalian?

Jom kita azam bersama. Kita bangun solat malam. Boleh? Ala kenapa tak boleh? Kita jaga hubungan kita dengan Allah. Allah akan jaga hubungan kita dengan manusia. Dalam setiap tindakan kita "hablu minnallah" dulu, kemudian baru "hablu minnannas".


Bangun malam, solat sunat. Doakan kejayaan kita. Kita semua, boleh? Aku doakan kamu, kamu doakan aku. Aku doakan ukhuwah kita sampai syurga, kalian doakan ukhuwah kita sekencang dakwah. Amacam? Bersatulah, bersatu kerana Allah! Inilah kisah cinta kita. Kisah cinta kita, berada di atas jalan dakwah dan tarbiyah ini.

Bila nampak ada yang terjatuh, walaupun baru saja berazam tahun baru, janganlah cepat mengutuk. Bantu, kawan. Bantu. Andainya aku jugak jatuh, tarik aku. Begitu juga sebaliknya.

Jom kawan, amalkan baca Al Quran paling kurang sehari satu muka surat. Jangan baca saja tapi fahamkan. Amalkan sentiasa berwudhuk. Jom kawan, kita berukhwah sampai syurga.

Takmil wa istikmal gitu boh! Jom kawan, lari sama-sama dengan aku di atas trek dakwah ini! Lari jauh-jauh dari jahiliyah! Cepat kawan, masa kita tak banyak, dah singkat!

SAYONARA JAHILIYAH! KAMI BERLARI MENUJU MARDHOTILLAH!

OHAYO TARBIYAH! KAMI DATANG UNTUK BERSIHKAN DIRI DARI KARAT JAHILIYAH! NAK BINA GENERASI HARAPAN UMMAH!









Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, December 23, 2012

25 Dec Boleh Ucap Ke Tak?


Daud: macam mana natalmu?

David: baik.. kamu tidak mengucapkan selamat natal padaku?

Daud: tak, agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu. tapi masalah ini, agama saya melarangnya.

David: tapi kenapa? bukankah hanya sekadar kata-kata? teman muslimku yang lain, mengucapkannya padaku?

Daud: mungkin mereka belum mengetahuinya.. David, kamu boleh mengucapkan dua kalimat syahadah?

David: oh no, saya tidak boleh mengucapkannya.. itu akan mengganggu kepercayaan saya...

Daud: kenapa? bukankah hanya kata-kata? ayuh, ucapkanlah...

David: maaf, saya tidak bisa mengucapkannya..

Daud: sama sepertimu, jika saya mengucapkan selamat natal kepadamu, itu akan mengganggu kepercayaanku. sebab jika saya mengucapkan selamat natal, sama saja saya mengakui kelahiran nabi isa sebagai tuhan.

David: ok..ok.. sekarang saya mengerti dan faham...

but there are many ways to wish. jangan sebab perkara kecil macam ni islam di pandang sempit...

kita boleh ucap... tapi macam mana? bagaimana?

sebagai contoh... "Enjoy your Christmas...." Its easy right? 

mohon lepas nih kamu semua tahu dan faham. andai tak faham lagi,boleh rujuk ustaz dan ustazah kalian")
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, December 19, 2012

Choose well~

"aku nak berubah, tapi orang macam tak support aku lah."

"kawan-kawan aku ejek aku bila tengok aku pakai stokin, hand sock. dia kata dah taubat, tapi nanti buat dosa semula."


 "aku malulah. setiap kali aku nak buat baik, ada je suara sumbang mengejek."

"orang tak puas hati dengan perubahan aku."

"ada jugak yang cakap aku yopo. aku pun tak tahu sebab apa. mungkin atas sikap aku. mungkin...." *jungkit bahu*

dan banyak lagi contoh situasi bagi orang yang baru nak berubah. dihentam dan terus dihentam. *lap air mata*

alaa chill lah beb. *pujuk diri*

aku tak kata nak berubah tu senang. payah wo!

berubah tu senang. istiqamah itu yang payah.

*sandar dekat dinding*

bayangkan, hidup di dunia ni sekejap saja. Tak lama. Contoh kita dah hidup dua puluh dua tahun, kita dah lalui macam-macam perkara sepanjang tempoh dua puluh dua tahun tersebut. Once malaikat maut tarik nyawa kita, kita akan rasa hidup ni sekejap. Malah, sangat singkat yang teramat sangat.

masa tu, haa nak buat apa? Nak suruh malaikat maut tunggu, sebab kita nak solat taubat? Tak sempat.

tak sempat dah nak buat apa-apa. Masa tu kita akan rasa, dua puluh dua tahun yang kita rasa lama, sebenarnya sangat singkat. Sangat sangat singkat. Bila tiba hari kematian, baru rasa semuanya yang kita dah buat dalam hidup seperti satu pembaziran.

*betulkan spec*

aku, kau, dia, mereka, kita, kami, anda. Hidup kita tak selama yang kita sangka. Mati kita bila-bila.

ramai orang tengah sihat Allah tarik nyawa, ramai jugak yang sakit tak mati-mati. Itu tanda, ajal itu boleh datang bila-bila masa. Kena siap sedia sentiasa..


kita tahu mati itu pasti. Tapi kita tak yakin. Kan?

kalau betul kita yakin, tahap apa keyakinan kita. Kita kata, ya aku bakal jenazah. Tapi persediaan kita? Macam tak ada. Masih bahagia dengan dunia, layan benda-benda lagha macam Allah tak murka, tinggalkan solat jadi perkara biasa, lewatkan solat boleh kata, "rilekslah, belum habis waktu lagi." 

itu belum bab mengutuk mengumpat. Belum bab menipu dan mencuri. Belum bab betepuk tampar dengan ajnabi. Belum bab tak baca doa lepas makan, doa bangun tidur, doa masuk tandas, hatta doa lepas solat pun kita malas!

sebenarnya kita nak yang mana?

mulut kata, "mestilah nak redha Allah!"

hati kata, "tapi aku sayangkan jahiliyah."

mulut kata, "jom kita sembah Allah."

hati kata, "alaa tak payahlah solat subuh berjemaah. mengantuk kot."

mulut kata, "aku nak berubah."

hati kata, "alamak, mesti payah."

kita nak yang mana?

redha Allah dalam kebencian manusia. atau redha manusia dalam kemurkaan Allah?

nak syurga dunia dan neraka selamanya. atau penjara dunia dan syurga selamanya?

nak hidup bertuhan, mati beriman. atau nak hidup dalam khayalan, mati dalam kekufuran?

sama ada kau, aku, dia, mereka, awak, anda, kalian, kita, semuanya tak terlepas daripada ujian. Malah, ujian nafsu dan iman memang sentiasa jadi cabaran.

jom bangun! Sama-sama jadi mukmin hebat. Pagi seperti singa di rimba, tak gentar walau berhadapan dengan berjuta musuh-musuh agama. Malam bagai rahib yang menangisi dosa-dosa, taubat dan keinsafan, menghabiskan waktu bersama Ar Rahman. Baru gempak!

aku akui, dan aku sendiri merasai jadi baik tak semudah jadi jahat. Nak lawan nafsu tak senang. Tapi nak masuk neraka memang kita tak akan mampu bertahan punya.

cuba bayang.. 

kita terjun dari pokok rambutan ke tanah, di atas tanah tu ada paku. Kita lompat, directly kaki terpijak paku. Sakit tak? Konfem sakit jiddan lah kan? Kalau itu pun tak mampu tahan, apatah azab Allah yang lagi mengerikan? Sumpah aku tak berani nak rasa seksa neraka. Seksa kubur juga minta sangat dijauhkan.

semoga kita semua tergolong sebagai manusia yang hidup dan mati dalam keimanan.

manusia benci kita sebab kita berubah ke arah yang lebih baik. Allah benci bila kita pilih untuk terus hidup dalam jahiliyah. Choose well.


teringat balik, dulu masa duduk dalam suasana tarbiyah, akulah manusia yang paling selalu ponteng usrah. leceh, penat, banyak benda nak buat. nak balik rumah. rindu mak ayah. itulah alasan. dan sekarang aku betul-betul rindu dengan suasana itu. rindu....sangat rindu...andai masa itu boleh di putar..... *lap air mata*







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, December 13, 2012

Siapa Daie?

Salaamun 'ala manittaba'al huda.

bila ada ujian, kita lemah.

bila diberi dugaan, kita mengalah.

bila diberi kerja last minute, kita mengeluh.

bila dimarah, kita melenting.

bila diajak berbalah, kita tak nak kalah.

bila terbangun tengah malam, kita malas nak qiamullail.

bila nampak Al Quran, saja kita biar tak bersentuh.

bila terimbas kenangan lama, kita down.

bila orang ungkit kesalahan kita, kita marah macam orang separa gila.

come on, kita ni daie. Daie. Kita ni daie. Bila namanya daie, apa-apa yang dirasakan 'tak nak buat' itulah yang kita kena buat.

rempuh saja nafsu. Sampai bila nak jadi hamba pada nafsu? Sampai nyawa dah sampai di kerongkong baru tahu nak bertaubat? Baru gelabah nak buat amalan? Masa tu dah terlambat, sangat.

bila kita mati, segala apa yang ada di dunia terputus serta merta. Kecuali sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak-anak yang soleh.

alahai....

apa kita ni ada ke amal jariah yang boleh bantu kita berterusan dalam kubur nanti? Nak keluar duit seringgit dalam tabung masjid pun payah. konon nak harap pahala amal jariah.

doa anak-anak yang soleh? Aku tak ada anak lagi. Kahwin pun belum lagi. Anak tekak ada lah. Jadi terlepaslah chance ni. Fuh. Bayangkan saja aku mati muda. Dua peluang dah terlepas. Sedekah jariah, belum tentu lagi. Doa anak soleh? Aku tak ada lagi.

ilmu yang bermanfaat. Ini.. Aku risaulah juga. Apa sangatlah ilmu yang aku dah sampaikan. Nak harap ia berterusan. Ergh. Memang terlepaslah chance macam ni. Pendakwah apa macam ni. *sandar dekat dinding*

jomlah. Rempuh nafsu. Pendakwah, mana boleh lemah! Bangun, ummah perlukan kita. Bangun, Islam rindukan pejuang muda. Bangun, jadi pemuda pemudi harapan agama. Bangunlah! Bangun! Face realiti yang jahiliyah cuba kuasai hati kita. Satukan jiwa kita dalam kesatuan Islam. Bersatu kita atas satu jalan. Jalan dakwah.

"tapi aku bukan ustaz, ustazah nak jadi pendakwah..?"

 aikk takkan hampa nak tunggu jadi ustaz, baru hampa nak start. Come on lah, setiap daripda kite adalah daie..


"tapi aku busy, Quran pun aku tak sempat nak baca. Aku ada kerja nak buat, tak boleh pergi solat kat masjid." Aikk..alasan lagi. Baca Al Quran tak sempat, baca mesej awek/pakwe panjang berjela macam karangan tu sempatlah kan? pergi masjid tak sempat, tengok cerita korea petang-petang tu boleh pula kan?

dipukul ayat sendiri. Peh sakit. Mohon diri sedar sikit, hidup kita bukan di alam maya, kita ada dunia yang perlukan kita. Mohon sedar diri, nasihat orang panjang berjela kalau diri sendiri malas nak amal, lebih baik terjun masuk gaung.

 apa benda kata "Qudwah qabla dakwah", that means, tunjukkan contoh dahulu sebelum mula berdakwah. Sekadar dakwah kencang, amalan kecundang buat mende oii?

memang aku suka buat tembakan tepat masuk ke jiwa. Kalau orang tak nak terima apa yang aku nak sampaikan, biar aku yang terima sendiri. Aku pun selalu sentap dengan teguran sendiri.

aku bukannya baik sangat. Cuma dah penat nak jadi jahat. Doakan aku. Aku sangat perlu semangat dan doa dari kalian semua.

sangat-sangat...

LA TAN-SA-NI MIN DU'A-IKUM
jangan lupakan aku didalam doa tuan-tuan.

------------------------------------------------------------

tiba-tiba aku rindu dengan anak saudara aku seorang nih. aku ceritakan sedikit pasal dia boleh? Dia anak kelahiran negeri johor. Mak ayahnya berasal dari johor. Tapi orang panggilnya "Mek" seolah-olah dia anak kelahiran negeri cik siti wan kembang. Aku pun tak tahu kenapa.


dia dari kecil sudah menjadi daie. Sebab apa aku cakap macam tuh? Dia tidak akan penah membuka tudung, memperagakan mahkota wanita di depan ajnabi. Di saat sepupu  kecilnya yang lain sedang di lena dibuai mimpi, dia bangun untuk solat subuh tanpa dikejutkan oleh ibunya. 

disaat  kami membuat kenduri arwah, dia duduk di sebelah aku untuk turut sama membacakan tahlil untuk arwah wan dan atuknya walaupun dia tidak penah melihat arwah. Bacaan yassinnya sangat lancar.

bila ditanya kenapa mek tidak turut serta dengan sepupunya yang lain bermain kejar-kejar diluar. Ini jawapannya

"biar mereka tengok mek masuk baca yassin, nanti diorang akan ikut sama. Nak main lepas baca yassin pun boleh.."

ia ini lah yang dinamakan dakwah. Walaupun ia nampak remeh tapi besar harapan anak kecil ini, bila dia buat sesuatu yang boleh meningkatkan keimananya, dia mahu sepupunya yang lain akan turut sama buat. Bukan kerana dia tapi kerana Allah. Setiap daripada kita adalah pendakwah. Nak dakwah bukan dalam masjid atau surau saja, atas pandang bola pun kita boleh berdakwah.

Nuratiqah Alya moga menjadi anak yang soleh. moga jadi pemuda pemudi harapan agama, insyaAllah. tarbiah jiwa, tarbiah iman. tarbiah dari pengalaman. muhasabah dari kehidupan. Allah, bantu aku, dia dan mereka kuatkan iman.



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, November 28, 2012

Sayang Dan Terlalu Sayang..

kau lihat jalan aku mudah,
kau kata family aku supportive,
kau nampak aku ceria ketawa,


tapi kau tak tahu mehnah,
Dia tetap ada untuk aku.
kau kata aku kuat, kau kata kau lemah.
tapi kau tak tahu, sebab kau aku kuat.
sebab Dia, aku bertahan.
akhawat fillah, aku cinta banget dengan kalian.

aku tahu,
Dia yang ubah aku,
Dia yang temukan aku dengan jalan ini,
Dia juga temukan aku dengan kalian.

dan hanya pada Dia,
aku mohon, aku doa, aku rintih.
moga kita terus sahabat.

bukan aku ego,
bukan aku hati kering,
tapi aku tak boleh tunjuk air mata.
aku malu.
apalah sangat mehnah aku terima.
berbanding dengan kalian.

 dulu mungkin ya,
aku tak matang,
sikit-sikit aku nangis,
sikit-sikit cengeng,
sikit-sikit mengadu.

tapi kalian,
bukan mudah menjadi "KITA" yang kini
seriously.

memang impian aku semua indah-indah belaka.
kalau lukis, dapat warna-warni persis pelangi.
tapi kau pun tahu bukan, Dia bagi ikut yang terbaik untuk kita.
bukan ikut suka hati kita.

kalau satu hari nanti aku dah tiada,
tak boleh ligat lagi,
tak boleh pimpin tangan bersama kalian lagi,
tak mampu bersuara lagi,
tak mampu tersenyum lagi,
aku mohon,
ampunkan aku.
maafkan aku.
doakan aku.


aku sayang, sayang...
malah terlalu sayang dengan kalian semua.
Akhawat fillahku. Abadan abada! Biiznillah.
LOTS OF LOVE <3 

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, November 27, 2012

Rasulullah SAW & Buah Limau.

Salaamun 'ala manittaba'al huda.

entry kali ini saya ingin menceritakan kisah Rasulullah SAW dan buah limau..

mungkin ada yang dah penah dengar kisah ini, tapi saya tetap ingin bercerita  sebab saya nak sahabat-sahabat yang saya sayang ingat dan contohi bagaimana mulianya akhlak Rasulullah SAW yang kita sayang.

kisahnya bermula begini....

satu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat.

wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Buahnya sangat cantik. Siapa yang melihat pasti akan terliur. 

baginda menerimanya dengan senyuman gembira....

hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. 

biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Terus makan. Makan dengan senyuman sehingga habis semua limau itu.

kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. 

sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. 

lalu mereka bertanya...

dengan tersenyum  Rasulullah SAW menjelaskan :

"tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa aku merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, aku bimbang ada diantara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Aku bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu aku habiskan semuanya. ..."

begitulah akhlak  Rasulullah SAW..

baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biar pun benda yang tidak baik, apatah lagi dari orang bukan islam.

wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa...

kenapa?

sebenarnya dia bertujuan ingin mempermainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malang ia tidak berjaya. Rancangannya "ditewaskan" dengan akhlak mulia  Rasulullah SAW.

* Rasulullah SAW.  Mekar di hati. Biarkan jasad di dunia. Namun hati bersamaNya. *


sedang berusaha menjadi hamba Allah yang lebih baik. Tegurlah aku, andai aku terlalai :">
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, November 21, 2012

Pray For Gaza~


Salaamun 'ala manittaba'al huda.

bila kita menerima berita saudara-saudara kita yang sedang teruk diuji di Gaza, di Syria dan pelbagai lagi tempat di dunia ini, sebenarnya kita perlu menyedari satu hakikat bahawa kita juga tidak terlepas dari diuji sebenarnya.

ketika kita menerima berita sedemikian itu, kita juga sedang diuji.

apakah kita cakna atau tidak?
apakah yang telah kita lakukan sekiranya kita benar-benar cakna dengan isu itu?

bagaimanakah respon kita bila berdepan dengan isu-isu sebegini?
adakah lebih banyak menyindir orang lain atau kita pun berusaha mengusahakan sesuatu?
adakah lebih banyak kita menyedarkan orang ataupun kita lebih banyak menjatuhkan orang?

adakah dengan tindakan kita menjadikan orang semakin rasa ingin dekat dengan isu-isu sebegini ataupun menjadikan orang lebih tawar hati?

kita diuji juga sebenarnya...
bukan mereka saja yang diuji.

mereka di sana mungkin sedar dan tahu yang mereka sedang diuji, kerana ujian itu zahir di depan mata mereka. kita di sini, diuji dengan ujian yang kadangkala tidak kelihatan di mata kita, tetapi mudah sekali untuk membuatkan kita ini tewas.

sebab itu, berhati-hati dan beringat-ingatlah.
beri pesanan, sebarkan sayang, cadangkan penyelesaian dan kembalilah kepada Tuhan.

kerana ketika kita berusaha memberi kesedaran, bukan kita sebenarnya yang menyampaikan kesedaran, tetapi Allah jualah yang menyampaikan kesedaran itu pada hati-hati manusia.


"Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami jugak telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia. Kami akan terus tetap di dalam perjuangan. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda. Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut daripada Allah atas kealpaan anda semua..." kata-kata dari Khalil Ismail al-Haya Whips HAMAS.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, November 5, 2012

Takut Untuk Memberi Harapan~

Salaamun 'ala manittaba'al huda.

teman,
gantungkanlah harapanmu kepada Allah,
nescaya Dia akan memberikan yang terbaik buat kamu.
jangan berharapkan kepada manusia seperti aku,
kerana aku hanyalah seorang manusia,
yang tiada kudrat dan upaya,
yang tunduk dan patuh kepada ketetapan Rabbul ‘Izzati.

sesungguhnya,
aku takut untuk memberikanmu walau secebis harapan,
kerana aku amat takut,
suatu hari nanti,
aku tak mampu untuk memenuhinya….
lalu hatimu akan terhiris,
oleh tajamnya kecewa.

teman,
sandarkanlah harapanmu kepada Tuhan,
bergantung haraplah kepada-Nya,
kelak nanti,
jika dirimu kecewa,
kecewamu akan bersandarkan Redha…

sesungguhnya kita merancang, Allah jua membuat perancangan untuk hamba-Nya. Dan Allah adalah sebaik-baik Perancang.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik pula bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" [al-Baqarah:216]

bukan sengaja tak bersuara tapi kadang-kadang diam tu lebih power.

diri ini mungkin boleh tolak cinta demi persahabatan.
tapi diri ini takkan boleh tolak jodoh demi persahabatan.
cinta itu hadir dari hati. jodoh itu ketetapan dan ketentuan dari Ilahi.

* Demi kau. Untuk dia. Kerana Allah. *





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, November 2, 2012

Sayang Nabi? Jom ikut Sunnah Baginda..


Salaamun ‘ala manittaba’al huda.

entri kali ini, lebih kepada perkongsian hadith-hadith yang berkaitan dengan video lagu "The Chosen One" oleh Maher Zain. Maher Zain salah seorang artis yang saya minat dengan lagunya ^^,

boleh pause seketika lagu kat blog saya dibahagian atas sekali, untuk menghayati lagu The Chosen One by Maher Zain..

moga entry ini bermanfaat. Kadang-kadang bila kite dengar lagu, kita sekadar mendengar saja tak menghayati apa maksud yang cuba disampaikan. Jom kita hayati sekejap apa yang cuba disampaikan oleh Maher Zain..

Minit 0:32 > Mereka membuang sampah/kotoran di depan rumah.

“Malah, mereka akan datang dengan usus yang berlumuran darah dan membuangnya depan pintu rumah ku…” |al-Tabaqat al-Kubra:Ibn Saad, seperti yang dipetik dalam al-Jami’ al-Kabir: as-Suyuti|

Dalam riwayat lain, ia disebut apabila hal ini berlaku, Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam akan mengambil sampah itu dengan sebatang kayu, datang ke luar pintu dan berkata dengan kuat, “Wahai anak-anak Bani Abdul Manaf, apakah jenis perlindungan yang diberikan ini?” (kerana puak beliau telah berjanji untuk melindunginya, tetapi tidak menghalang kedengkian itu bahkan sampai depan pintu rumah Baginda). Kemudian, beliau akan membuang sampah dari depan pintu itu dan meneruskan perjalanannya. |Subulal-Huda wal-Rashad: Muhammad b Yusuf as-Solihi; ar-Raheeq al-Makhtum: al-Mubarakfuri|

Minit 1:08 & 1:27 > Suka bersedekah.

“Wahai para pedagang, sesungguhnya syaitan dan dosa kedua-duanya hadir dalam jual-beli. Maka hiasilah jual-beli kalian dengan sedekah.” |HR Tirmidzi no. 1208, ia berkata: “Hasan Sohih”|

“Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam adalah orang yang paling berani dan paling dermawan.” |HR Bukhari no.1033, Muslim no. 2307|

Minit 1:40 > Rutin harian di rumah.

Daripada Saidatina A’isyah Radiyallahu Anha apabila ditanya apakah yang dibuat oleh Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam ketika Baginda berada di rumah, dia menjawab: Sesungguhnya dia menjahit bajunya, membaiki sepatunya, dan membuat kerja seperti lelaki-lelaki lain di rumah. |Musnad Imam Ahmad: 24947|

Minit 1:45 > Kanak-kanak menunggang di belakang ketika sujud.

Dari Syaddan Al-Laitsi Radhiyallahuanhu berkata,"Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam keluar untuk solat di siang hari entah Zohor atau Asar, sambil menggendong salah satu cucu Baginda, entah Hassan atau Hussain. Ketika sujud, Baginda melakukannya lama sekali. Lalu aku mengangkat kepalaku, ternyata ada anak kecil berada di atas punggung Baginda Sallallahu Alayhi Wasallam. Maka aku kembali sujud. Ketika Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam telah selesai solat, orang-orang bertanya,"Ya Rasulullah, engkau sujud lama sekali sehingga kami mengira sesuatu telah terjadi atau turun wahyu". Baginda menjawab,’Semua itu tidak terjadi, tetapi anakku (cucuku) ini menunggangi aku, dan aku tidak ingin terburu-buru agar dia puas bermain. |HR Ahmad, An-Nasai dan Al-Hakim|

Minit 2:01 > Membuang bahaya di jalanan.

Daripada Abu Hurairah Radiyallahu Anhu beliau berkata: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam telah bersabda:

“Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari, engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.” |HR Bukhari dan Muslim|

Minit 2:08 – 2:15 > Memberi minum kepada binatang.

Daripada Abu Hurairah Radiyallahu Anh: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam berkata,

“Ketika seorang lelaki telah berjalan, dia berasa haus dan pergi ke bawah perigi dan minum air daripadanya. Apabila dia keluar daripadanya, dia melihat seekor anjing kembang-kempis dan minum lumpur kerana dahaha yang berlebihan. Lelaki itu berkata: Anjing ini mengalami masalah yang sama seperti aku. Jadi dia turun semula ke dalam perigi, mengisi kasutnya dengan air, menangkap dengan giginya dan memanjat lalu memberi minum kepada anjing itu. Allah berterima kasih kepada perbuatan baiknya dan memaafkan beliau. ‘Tanya orang ramai, “Ya Rasulullah! Adakah terdapat pahala bagi kami dalam melayani binatang?” Baginda menjawab, “Ya, ada pahala kerana telah berkhidmat dengan mana-mana makhluk yang bernyawa.”

|HR Bukhari, Hadith # 551 Bab Mengagihkan Air|

Minit 2:17 – 2:21 > Suami Isteri beriadhah.

Daripada A’isyah Radiyallahu Anha: “Semasa aku bersama Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam dalam satu perjalanan, aku telah berlumba dengan Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam dan aku telah mengalahkannya, apabila aku menjadi semakin berisi, aku telah berlumba (sekali lagi) dengan Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam dan Baginda telah berjaya mengalahkanku,” lalu Baginda bersabda: “(kemenangan) ini adalah untuk (kekalahan) yang dahulu.” |Sunan Abi Daud, Sunan Ibn Majah|

Minit 2:26 – 2:33 > Menyaksikan persembahan.

Juga telah diriwayatkan daripada A’isyah Radiyallahu Anha bahawa Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam pernah membawanya menyaksikan permainan para sahabat yang berasal dari Sudan.

Katanya: "Hari itu adalah hari raya di mana orang-orang Sudan bermain pedang dan perisai. Aku (A’isyah Radiyallahu Anha) tidak ingat apakah aku yang meminta untuk menyaksikannya atau Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam yang berkata: Apakah kamu ingin melihatnya? Aku pun menjawab: Ya. Aku disuruhnya berdiri di belakangnya di mana pipiku bersentuhan dengan pipi Baginda. Baginda berkata: Teruskan wahai Bani Arfidah! Ketika aku merasa letih, Baginda bertanya kepadaku: Adakah engkau sudah puas? Aku menjawab: Ya. Baginda pun bersabda: Pergilah.”
|HR Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 950|

Minit 2:55 > Membantu orang dalam kesusahan.

Daripada Abu Hurairah Radiyallahu Anhu beliau berkata: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam telah bersabda:

“Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari, engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.” |HR Bukhari dan Muslim|

Minit 3.12 > Mengasihi kanak-kanak.

Diriwayatkan oleh Usamah ibn Zaid Radiyallahu Anh:

Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam meletakkan saya di (salah satu) pehanya dan meletakkan Al-Hasan ibn `Ali pada peha yang lain, dan kemudian memeluk kami dan berkata," Ya Allah! Engkau kasihanilah mereka, kerana aku sangat mengasihani mereka. "|HR Bukhari|

Minit 3:40 – 3:55 > Memberi makanan kepada jiran.

قال النبي صلى الله عليه و سلم : يا أبا ذر إذا طبخت مرقة فأكثر ماء المرقة وتعاهد جيرانك أو اقسم في جيرانك

Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam berkata, “Wahai Abi Zarr! Jika engkau memasak sup, lebihkanlah airnya (sup) dan penuhilah kewajipan engkau kepada jiran-jiran engkau atau membahagikannya kepada jiran-jiran engkau.” |Adab al-Mufrad|

sesungguhnya kami amat mencintaimu wahai Rasulullah.
Allahumma Solli 'ala Muhammad, Wa 'ala Aali Muhammad.

kita berdoa agar Allah memberikan kita kekuatan untuk menaladani sunnah Baginda, Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wasallam.

Like Sunnah, Share Khair! <3










Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, October 22, 2012

Satu Kisah & Zulhijjah~

Salaamun ‘ala manittaba’al huda.

ada satu kisah, yang lebih kurang begini ceritanya...

suatu hari sedang saya memandu kenderaan, saya memasang CD bacaan ayat suci al-Quran daripada seorang Qori’ yang terkenal, dan yang ada bersama saya ialah seorang anak kecil. 


kemudian Qori’ itu membaca satu ayat daripada surah Fussilat:

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan.."

si kecil  itu kebingungan dan bertanya dengan pantas: "kenapa tak boleh sujud kepada tanda-tanda kekuasaanNya seperti matahari dan bulan, habis tu kita nak sujud kepada siapa?"

maka Qori’ tadi pun melengkapkan ayat itu selepas berhenti sekejap untuk mengambil nafas:

"..dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau benarlah kamu hanya beribadat kepada Allah."

si kecil ini pun bersetuju dengan berkata: "Ha’ah la, benar!"
maka bermanfaatlah apa yang didengar oleh telinganya, dengan apa yang dihayati oleh hatinya… 
*41:37

sahabat yang saya sayangi, beberapa hari lepas kita dah masuk 10 malam terawal Zulhijjah. Kita ingat-ingat balek amalan-amalan yang kita buat masa 10 malam terakhir Ramadhan dulu..

hari-hari kita berdoa mohon Syurga, hari ini Allah membuka lebuhraya untuk kita menujunya.

jom kencangkan amalan kita, jangan risau highway ni tak ada AES speed trap. Insyaallah setiap kelajuan akan dicatat dalam buku amalan.

dan semoga setiap amalan kita diterimaNya

teringat doa  ketika pertengahan Ramadhan dulu..

"Ya Allah sepertimana Kau pertemukan kami dengan Ramadhan, pertemukan juga kami dengan Lailatul Qadr"

maka 10 hari terawal Zulhijjah perbanyakkan doa, yang lebih kurang sama seperti doa di atas.

"Ya Allah sepertimana Kau pertemukan kami dengan Zulhijjah, pertemukan jugak kami dengan Hari Arafah"

hari ni dah masuk 6 Zulhijjah. Teruskan mood melipat gandakan amal soleh. 10 Hari yang paling diberkati ini Allah SWT pilih untuk kita berada di dalamnya seperti mana Allah SWT juga pilih dikalangan hamba-hambaNya untuk menikmati bulan Ramadhan ataupun bertandang ke Masjidil Haraam sebagai tetamuNya bagi menunaikan ibadah Haji.

jom kita berpuasa, banyakan zikir, doa, istighfar, solat sunat, tilawah dan selawat..

"tidak ada hari yang paling disukai Allah untuk melakukan amal soleh melebihi hari-hari tersebut (yakni hari-hari awal Zulhijjah tersebut)" (Riwayat Imam Bukhari dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

9 Zulhijjah nanti kita sama-sama berpuasa insyaallah. Diampunkan dosa setahun sebelum dan setahun yang akan datang.
Allahumma Solli wa Sallim 'ala Nabiyyina Muhammad 


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, October 16, 2012

Untungnya Kita Menjadi Umat Terakhir~

Salaamun ‘ala manittaba’al huda.

apa khabar iman sahabat blogger saya?

moga bertambah iman dari sehari ke sehari..

jika terlanjur berbuat dosa, cepat-cepat istighfar dan iringinya dengan pahala. dengan harapan rahmat dan belas Allah melebihi kemurkaanNya.

biasa la manusia, yang tak sunyi daripada dosa, termasuk lah tukang taip nih -,-'

hari ni tiba-tiba saya terpikir, untungnya kita menjadi umat terakhir kerana tiada lagi umat selepas kita yang boleh memperkatakan tentang dosa-dosa kita.

kita sibuk memikirkan kenapa begitu zalim pada zaman Firaun yang sanggup membunuh anak lelaki mereka yang baru lahir. Kita juga sibuk berbicara kenapa begitu kejam arab jahiliyyah yang sanggup menanam hidup-hidup anak perempuan mereka.

entah kenapa terlalu selesa agaknya, sampai kita terlupa kalau la ada umat selepas zaman kita ni, sudah tentu kita kena lebih teruk. Mana tidaknya anak lelaki ke perempuan ke, jantan ke betina ke, habis dihumban ke dalam tong sampah, disumbat dalam lubang tandas, dicampak ke dalam longkang, dibiarkan dimakan anjing..

sekali lagi saya ulang, untungnya kita menjadi umat terakhir kerana tiada lagi umat selepas kita yang boleh memperkatakan tentang dosa-dosa kita. Jadi kisah-kisah kezaliman/kekejaman/kesudahan/pengakhiran umat terdahulu itu untuk muhasabah umat yang mana? Jadi dosa-dosa umat hari ini juga untuk muhasabah umat yang mana, kalau kita sendiri dah maklum yang kita ini umat terakhir.

# siapa penah dengar sajak dari ustazah Norhafizah Musa yang selalu di putarkan di ikimfm mengenai anak yang terbuang. serius meremang bula roma, menitis air mata bila dengar sajak ustazah. Jika seorang bayi tahu dosa yang terjadi di kalangan manusia pasti dia tidak ingin membesar..pasti.......

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, October 8, 2012

"Kau seru, saat itu juga Aku jawab"

kebanyakkan kita akan rasa sangat-sangat berdebar dan teruja jika dapat peluang bertemu dengan mana-mana ikon atau tokoh dunia yang amat terkenal. 

apatah lagi jika mendapat peluang berbual-bual sebentar, bersalam dan bergambar. Itu sudah cukup untuk membuatkan kita rasa bangga bagai nak gila. Bagi yang teringin sangat, bila tak dapat rasa kecewa dan hasad pula pada mereka yang berjaya.

malangnya perasaan ini tidak hadir sewaktu kita berdiri dihadapan Allah Jalla Wa 'Ala. Pencipta dan Pemilik langit dan bumi. Dia yang memberikan apa sahaja kelebihan kepada mana-mana manusia untuk mereka dipandang tinggi dan mulia.

Allah Jalla Wa 'Ala membuka peluang kita berbicara sepanjang masa,"Kau seru, saat itu juga Aku jawab" kataNya. Tetapi kita tidak teruja dan sering rasa malas untuk berdoa dan merintih kepadaNya.


sekian banyak manusia diatas muka bumi, Allah SWT sentiasa memberikan kita peluang istimewa untuk berbual-bual denganNya, tidak perlu temu janji, tidak perlu sebarang yuran dan giliran. Hanya perlu datang dengan hati yang ikhlas. Apa sahaja yang kita minta, Allah SWT janji akan tunaikan dengan cara yang terbaik. Namun berapa ramai kita yang teruja dan seronok menikmati peluang ini?

bijak syaitan membuatkan kita kagum pada manusia mengatasi kekaguman kita pada Pencipta manusia.

Allah. Allah. Allah.

semoga Allah SWT mengampuni sifat hipokrit dan curang ini.

Al-Quran surat cinta dari Allah. Azan tu pulak call dari Allah. solat tu dating dengan Allah. sehari 5kali Allah ajak dating. belum tambah yang sunat lagi. Sweet sangat bercinta dengan Dia, tak penah rasa kecewa :')

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, October 2, 2012

Monolog Rasa Hati~

mereka suka kata aku ibarat patung.
dan ibaratkan aku dengannya yang tak punya perasaan.
sejujurnya, ku juga punya hati. apa tah lagi perasaan.
aku jugak manusia biasa. kalian lupa?

jika aku sedih.
kalian cuma mampu tolong berdukacita.
sedangkan hakikat yang sebenar, kalian tak rasa apa yang aku rasa.
tak sama. :'(

jika aku gembira.
kalian cuma mampu senyum tanda bahagia untukku.
hakikatnya kalian tak rasa apa aku yang rasa.
betapa gembiranya aku tak sama dengan gembira kalian. tak sama.

aku juga tak tahu apa yang kalian rasa sebenarnya.
aku dah usaha. tapi aku tahu, rasa nya tetap tak sama. kan?

jadi, aku lebih memilih untuk cukup aku dan Penciptaku saja yang tahu.
hatta sahabat sendiri. keluarga terdekat cuma tahu isi hati. bukan rasa hati.

aku tak tahu bagaimana nasibku nanti. maka aku bersabar dengan aturan Ilahi.

aku lebih suka dan banyak menyendiri. tapi aku tak suka hidup sendiri.

Maha hebat Allah. Mencipta kita semua manusia sama
ada hati. sejujurnya aku tak pernah tengok pun rupa hati manusia. 
bentuk macam mana pun aku tak tahu. 
para medik mungkin tahu.

yang aku tahu...
kita cuma di pinjamkan sebentuk ketulan daging bernama hati,
tapi mempunyai 1001 perasaan yang berbeza walaupun terkadang sama. tapi kita tak rasa.

Subhanallah. ALLAH MAHA HEBAT!

Bangga aku menjadi hambaNya !

Punya tuhan sehebat Dia !

Allah. Allah. Allah.

aku bahagia dengan jiwaku. inilah rasaku. 
Allah di hatiku. Islam agamaku.
Al Quran temanku. Muslimah solehah usahaku.
Si soleh harapanku. SyurgaNya impianku. RedhaNya hidupku.
Doa, teguran, nasihat dan bimbingan dari kalian adalah penguatku.
 aku dengan izinNya, tetap dengan jiwaku. :')

Biarlah begini. Aku selesa begini.




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, September 25, 2012

Perjalanan Menuju Syurga Allah~

:: klik untuk besarkan gambar ::
perjalanan hidup menuju syurga Allah. 

di barisan manakah kita. paling atas, tengah atau paling bawah?

 jangan tangguh bertaubat. 

jangan pernah penat untuk bertaubat. 

sebesar mana pun dosa kita, Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. 

muhasabah diri bersama. moga dijadikan iktibar.

p/s : selamat mengundi buat warga kampus, pilihlah yang berpotensi, amanah & bertanggungjawab untuk memimpin.. jangan undi calon yang selalu ponteng kelas & tak buat assignment tak buat. anda mampu mengubahnya.. =)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, September 18, 2012

Nasihatkan Orang Tapi Sendiri Buat Dosa~


A: akak, nak tanya boleh? :)

B: aiwah sayang

A: akak, kalau kita selalu sahaja nasihatkan orang, tapi kita ni sentiasa juga buat dosa, layak ke untuk menasihati orang lain?

B: dakwah itu tanggungjawab kita kepada manusia lain ina. dosa kita, itu urusan kita dengan Allah, dosa dengan manusia, urusan kita dengan manusia. kita tak mahu di akhirat nanti, selangkah sahaja kita nak masuk syurga, tapi tiba ada kawan kita tarik kita and dia cakap, "berani kau nak masuk syurga berseorangan? tak boleh tak boleh, kau kena masuk neraka sama dengan aku, sebab dulu masa aku jahil, kau tak ada pun nasihat aku suruh berubah, kau asyik dengan kawan-lawan Islamik kau tu sahaja!". Haaa... jadi, dakwah ni tanggungjawab kita. bila kita dakwah orang lain, dakwah diri sendiri juga. Once kita dakwah, kita akan terfikir, aku ni dakwah orang, tapi aku sendiri buat dosa. So, itu dah menjadi satu motivasi untuk kita supaya kita tak buat dosa lagi, sebab realiti manusia sekarang, kebanyakannya tak lihat tak dakwah yang diberi, dia lihat pada pendakwah.

A: Allahu, terima kasih akak. :) moga kita terus menjadi muslimah yang berjaya duniawi ukhrawi dan sentiasa istiqamah dalam menjadi bidadari syurga di "sana" :')

B: InsyaAllah sayang, Allahuma amiin 


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, September 12, 2012

Tidak sekuat Khadijah~


saya bukan Khadijah yang berani meminang Rasulullah..

tapi saya hanya wanita biasa punya hati dan perasaan..

ingin mencintai dan dicintai...

namun saya tiada kekuatan sekuat Khadijah...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, September 7, 2012

Bukan Bermakna Saya Lebih Baik~


Salaamun ‘ala manittaba’al huda...

usia subuhmenjelma ini dah hampir masuk 2 tahun..

saya dengan rendah hati ingin memohon maaf andai ada salah silap sepanjang diri ini bertinta...

bila saya menulis sesuatu yang baik, itu bukanlah bermakna saya ini lebih baik dari orang yang membaca apa yang saya tulis. bukan juga nak "bajet bagus".

tidak sekali-kali.

kerana merasakan diri ini punya kekurangan yang begitu banyaklah, saya berusaha melakukan dan menulis sesuatu yang baik. supaya kalau ada manfaatnya yang dapat diambil oleh sesiapa pun yang membacanya, saya berharap manfaat itu menjadi saham untuk saya di sisi Allah.

sebab itu, saya sentiasa berharap pada doa orang-orang yang membaca apa yang saya tulis. saya tahu, ada yang lebih soleh dan solehah dari saya. yang dirinya lebih dekat dengan Allah, doanya makbul di depan Allah.

hendak berharap pada doa diri sendiri yang banyak dosa ini, sudah tentulah payah. maka, pada doa kalian yang soleh dan solehahlah saya menumpang manfaat.

kadang, kita berdiri di tempat kita berada hari ini bukanlah kerana doa kita, tetapi kerana doa-doa orang soleh yang sentiasa mendoakan kita, walau kita tidak tahu siapakah dia.

"aku cintakan orang-orang soleh walau aku bukan dari kalangan mereka."

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, September 6, 2012

Peta Hidup~

-klik untuk besarkan gambar-
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, August 28, 2012

Kelab Khas Buat Para Pendamba Syurga~

A: Tahniah! anda telah terpilih untuk menyertai kelab yang maha dahsyat hebatnya di seluruh galaksi bimasakti secara otomatik! [sila baca dgn nada penuh riang teruja]

B: tunggu sat tunggu sat. bila masa saya register keahlian. tak ingat pun? [sila pamerkan riak hairan]

A: cuba ingat betui-betui. tarik nafas. hembuih. recall balik.

B: eh sumpah ai takde join kelab mana-mana yuu!

A: *geleng kepala*
“Alastu birabbikum? Qalu bala syahidna”
“bukankah Aku ini Tuhanmu?” mereka menjawab: “betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi.” (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)”. (7:172)

keahlian anda telah pun direkodkan sejak anda melafazkan penyaksian dua kalimah syahadah. anda merupakan seorang Muslim. hal yang demikian menjadikan anda sebahagian daripada kelab ini, Kelab Islam. tapi yang sedihnya, ramai diantara ahli kelab yang terus hanyut lalai, leka dan terlupa akan keahlian mereka dalam kelab ini. kebanyakan mereka terus buta. apabila mereka celik di suatu alam yang lain, baru mereka sedar tentang keahlian tersebut. sayangnya, the rice has turn into porridge already bebeh!

B: er.......... (silent pause)________tsk tsk :'(______ astaghfirullah hal aziim

----
jadi anda bagaimana? are you really in this club, or are you not?
tepuk pipi, tanya iman masing-masing.

----------------------------------------------------------------

tak terlambat lagi nak ucap taqabbalallahu minna waminkum kan? ^_^



Salam 'Eidul Fitri dari saya Nur Afifah Ghazali dan keluarga Taman Keramat buat sahabat-sahabat yang mulia. taqabbalallahu minna waminkum. moga Allah menerima amalan (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapatkan kemenangan. amiin. maaf zahir batin =)

sahabat-sahabat yang saya sayang , ingat kita jadi hamba Allah bukan hamba Ramdhan.. selamat berpuasa 6, bagi yang dah mula berpuasa. moga dapat ganjaran bagai puasa setahun. jika tiap-tiap tahun kita buat, macam sepanjang hayat kita berpuasakan? Nabi Daud puasa selang sehari. betapa indahnya menjadi umat Muhammad.. =)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .